Troll dan menghina berada dalam susur galur yang sama. Ia perbuatan yang berlawanan dengan kritikan serta cadangan.
(Maaf, post ni bukanlah bertujuan untuk mengutuk dan menghina sesiapa. Baca sampai habis dan jika di share pastikan deme share sampai habis. Kalau tak, wan aok itang)
Troll ni semasa deme di zaman kanak-kanak dulu dipanggil ejekan. Apabila kita sebut zaman kanak-kanak, pasti kita mula ingat tentang perbuatan kita yang pernoh mengejek kekawan lain.
***
'Boooo... Jubor Mamat kena rotan. Pakai pempers la lepah ni'. Ramli (anak Pengetua) melontarkan serangkap ayat mengejek.
'Babi. Ayoh aok muka babi'. Mamat membalas dengan hinaan yang melibatkan ayah Ramli.
'Gampang...'. Balas Ramli semula. Lalu mereka pon beriringan tangan menuju ke kantin dengan gelak ketawa.
Sahabat sejati akan cepat melupakan setiap hinaan dan pergaduhan. Tapi kalaa macam aok yang takde kawan, mesti terus report ke Mok Ayoh.
**Petikan dari cerpen 'Cita-Cita Ramli & Mamat'
*****
Begitu juga dengan perbuatan troll. Seseorang yang ingin troll orang lain pasti sudah tahu akan akibat di hina oleh orang yang di trollnya. Perbuatan ini dipanggil hukum karma kecik. Jadi, sepatutnya deme sudah siap sedia menahan hinaan yang akan dilemparkan.
Tidak adillah jika deme sengaja menganjing orang lain tapi tidak membenarkan orang tersebut membalas balik. Ibarat baling batu ke orang, kemudian lari bersembunyi dibelakang ayoh.
Dalam sukan bolosepok pula, troll, ejekan, makian, hinaan dan perbuatan yang tak murni lain sudah sebati dengan penyokong setiap pasukan. Kemeriahan dapat dirasakan jika ada unsur-unsur yang disebut. Inilah yang dinamakan sukan untuk rakyat. Dimana rakyat bebas untuk membuat apa saja tanpa ada rasa gerun dengan undang-undang.
Cuba bayangkan bolosepok tanpa troll dan hinaan, dimana sebelom perlawanan perang poster tidak berlaku, tiada cabar mencabar. Semasa perlawanan berlangsung pula, hanya sokongan untuk pasukan sendiri dan tidak memerli pasukan dan penyokong lawan. Selepas wisel penamat ditiup, semua balik rumah dan tidur.
Gampang... Memang Gampang... Tak meriah lalu...
Bolosepok Sukan Untuk Rakyat. Bukan untuk yang tinggi taraf kastanya. Bila berkelakuan seperti rakyat marhaen, bergaul dan hadap, serta terimalah perangai rakyat jelata yang tak berapa senonoh ni.
Akhir Kalam, terima kasih kerana membaca penulisan yang kas taip dalam tandas ni. Perghhhh... lega...
No comments:
Post a Comment