Wednesday 29 June 2016

PERSAHABATAN: ATM Diberi Kekuatan Moral Oleh Pahang FC

Malam tadi ATM telah belajar untuk berjaya dalam bolosepok dengan pasukan paling pawer di dunia iaitu Pahang FC. Pahang sengaja tidak menguatkan bahagian pertahanan dan membiarkan sebiji bola melepasi garisan gol seminit selepas import Pahang menjaringkan gol kedua, itu hanyalah lakonan semata-mata. Takkan nak biarkan tetamu pulang dengan tangan kosong.

Matt dan Jailton menghalang Vince

Walaupon sengaja untuk tidak menunjukkan kekuatan di tahap sebenar, dapat di lihat beberapa masalah lama yang masih membelenggu pasukan yang dianggap pawer ini.




  1. Pembukaan ruang untuk pemain-pemain bermain secara pasukan masih lemah. Pemain seolah-olah mereka berkumpul bagai meraikan Hari Raya yang bakal menjelang.
  2. Tendangan bola yang jauh tersasar dari sasaran juga dilihat tidak berubah. Atau mungkin itu adalah trademark pemain Pahang?
  3. Kawasan tengah masih mengalami kegugupan dan agak tergesa-gesa serta gabas dalam mengawal bola. Bagaikan tidak tahu kemana akan menghalakan bolo yang bakal berada di kaki sendiri. Dan tidak tahu siapa yang patut bolo itu di "passing'kan. Harak coach dapat merancang perjalanan bola agar tidak terlewat bolo itu sampai kedestinasinya.
  4. Keserasian masih kurang.
  5. Media PFC tidak lagi mampu untuk memberi update secara live. Mungkin mereka tekun menyaksikan perlawanan tanpa mahu diganggu.
Keputusan Perlawanan Persahabatan
Akhir kalam, bermaafanlah di pagi Idulfitri.

SUMBER GAMBAR: PAHANG FC

No comments:

Post a Comment