Wednesday 15 June 2016

PERSAHABATAN: Singapura Saksi Kebangkitan Sang Gajah

Dalam 3 siri perlawanan persahabatan antarabangsa di Singapura, Pahang dengan angkuhnya berjaya menjinakkan 2 pasukan dan dijinakkan oleh Geylang United.



SUMBER GAMBOR: PAHANG FC


Kemenangan yang pastinya akan membangkitkan kembali moral dan semangat Tok Gajah dan Mat Kilau ke dalam jiwa dan raga pemain. Sekaligus berjaya menyakinkan penyokong untuk kembali membeli tiket dan berjaya memberitahu penyokong yang Pahang masih mampu untuk beraksi dengan lebih gagah dalam Liga Malaysia.

Dan, pastinya pasukan-pasukan Malaysia kembali gerun dengan semangat yang ditunjukkan oleh pasukan paling pawer di dunia itu setelah Pahang hanya berpura-pura untuk tidak menunjukkan kepawerannya diawal musim.

Bukan kemenangan dan semangat saja yang Pahang dapat dari perlawanan persahabatan ini, tetapi terdapat kelibat seorang pemain dari skuad Piala Presiden yang menyinar, sesuai dengan maksud namanya jika di Melayukan beerti 'Cahaya'. Emmmm... Tapi kas lupa pulok amende nama penuhnya.

Benarlah kata orang lama Greek yang pernah bertandang ke negeri Pahang hanya semata-mata untuk mempelajari teknik menjadi hensem...,'Pergilah kamu mengilap bakat di sebuah negeri yang ramai penduduknya hensem, nescaya kamu akan terkenal di seluruh donia'.

Namun melihat kepada jumlah bolos yang dialami, Pahang masih lagi mempunyai masalah rapuh di bahagian bek. Jika bek tak pawer, maka keeper juga akan turut merasa ketidak paweran itu. Kesian 'The Flying Man' kita selalu dipersalahkan sehingga nampok kurus bentuk badannya.

Cikgu pendidikan jasmani kas, merangkap jurulatih bolosepok sekoloh pernah berkata sambil meniru gaya dan suara Eman Manan yang sedang membuka langkah silat didepan musuhnya...;

' Kamu bermain dibahagian bek dan kamu memerlukan pancaindera yang keenam, dimana kamu harus tahu di mana rakan sepasukan kamu berada, dan kamu harus berada di kedudukan yang sepatutnya kamu berada supaya senang rakan kamu passing bolo'.

'Jangan kamu memikirkan kemana kamu akan meyepak bolo semasa bolo berada di kaki kamu, tetapi kamu sepatutnya telah tahu kemana halatuju bolo tersebut akan kamu sepak sebelum bolo itu datang kepada kamu,' sambungnya lagi.

Puas juga kas cuba menafsir kata-kata cikgu itu sehingga tidak lena tidur dibuatnya. Namun masuk hari ke tujuh tahulah kas akan maksud dan makna kata-kata cikgu PJ itu. Ruper-rupernya bermain bolo ini memerlukan kita bermain secara berpasukan dan bukannya main secara membabi tunggal, yang hidupnya sendirian.

Akhir kata, Bolosepok Pahang Adalah Suatu Seni Yang Tidak Ada Dalam Pasukan Lain.

No comments:

Post a Comment