Tuesday, 21 June 2016

Jersi Switzerland Terkoyak Dan Kenapa Pahang Pawer

Semalam heboh diperkatakan tentang perlawanan Perancis menentang Switzerland yang sekadar seri 0-0. Namun apa yang menarik, ianya bukan mengenai permainan  mereka yang hampeh ter. Tapi lebih kepada perihal 4 helai jersi buatan PUMA yang mudah terkoyak milik pasukan Switzerland dan sebiji bola rasmi Beau Jeu dari ADIDAS telah pecah.


SUMBER TWITTER: Sukan Star


Insiden ini amat memalukan buat kedua-dua pengeluar barangan sukan terbabit, namun apa boleh buat, ianya telah berlaku.

“Saya harap PUMA tak buat kondom”.
- Xherdan Shaqiri (pemain sayap kanan Switzerland)

___________________________________________________________________________


Pada tahun 2014, semasa PAHANG menentang JDT. Sehelai  jersi berjenama PUMA telah ditarik oleh dua orang pemain lawan yang ketika itu tidak dapat mengawal kelincahan pemain pahang bernama Dickson Nwakame.



Apa yang menakjubkan, jersi tersebut tidak koyak malah tiada kesan-kesan pernah ditarik.

Maka bertebaran gambar kejadian diseluruh pelusuk dunia melalui rangkaian internet di setiap negara. Nama Pahang dan PUMA menjadi sebutan dibibir dan di status-status Facebook, Twitter dan Tumlr. Pahang yang sebelum ini terkenal dengan isu Bauksit, keindahan Teluk Chempedak, keenakan ikan patin Sungai temerloh, kehenseman dan kecantikan pemuda pemudi Jerantut, kesejukkan Fraser Hill’s, serta tempat membeli spare part motor di Tong Keat kembali diingati.

Menurut hasil kaji selidik dari beberapa orang professor di sebuah Negara di Selatan tanahair, jersi yang digunakan oleh Dickson pada malam itu dan beberapa jersi milik pemain Pahang  terbabit adalah sama materialnya dengan jersi PUMA milik pasukan Switzerland cuma terdapat sedikit keanehan apabila  seorang professor cuba menyentuh dan membelek jersi milik pasukan Pahang. Terdapat aura yang sangat pawer pada jersi tersebut.

__________________________________________________________________________

“Hudsen, mari lihat ini. Saya terasa terlalu pawer bila menyentuh jersi milik pasukan Pahang. Pelik…!!!”. Prof.  Abraham melambai tangannya  memanggil Hudsen, seorang professor dari utara Ukraine.

“Apa…??? Sungguh menakjubkan. Tidak pernah lagi saya terasa sepawer ini.”.
Kata Hudsen ketika jarinya mula menyentuh jersi  Pahang yang bernombor 2.

“Cuba kamu pegang logo ni, badan saya terasa begitu hebat. Terasa diri ini bagaikan Superman.”
Prof. Abraham cuba membuat aksi terbang.

“Mari kita tanggalkan logo biru ini dan kita selidik lagi. Saya rasa mesti disebabkan logo ini.”

Hudsen dengan berhati-hati mengunting benang yang dijahit pada sebelah kiri jersi putih milik pasukan Pahang. Setelah sejam berlalu, logo PBNP itu berjaya juga dipisahkan dari jersi putih itu. Hudsen dan Abraham mula mengkaji dengan lebih mendalam .

“Logo ini terlalu pawer Abraham. Kamu lihat ni.”

Hudsen mula menarik jersi putih bernombor 2  yang logonya telah ditanggalkan, dengan mudah ianya terkoyak. Tidak cukup dengan itu, Hudsen menorah-noreh lengan kanannya yang memegang logo  biru itu. Aneh, tiada darah yang keluar malah tiada satu pun kesan calar pon di lengannya. Abraham yang kehairanan terus mencapai logo itu ketika Hudsen mula ralit menorah lengannya sendiri.

“Arghhhhhhh… Sakitnya…!!!.”

Bilik itu bergema dengan jeritan Hudsen. Abraham mula terasa kesal dengan tindakannya itu. Hudsen yang menyedari kekesalan Abraham itu terus menghentikan jeritannya.


“Takpe Abraham. Ujikaji kita telah selesai. Sekarang kita tahulah dimana jersi itu mendapat kekuatannya dan kenapa Pahang tidak sepawer dulu.”


Pahang Away Kit 2014

No comments:

Post a Comment