Friday 10 June 2016

PERSAHABATAN: 3 Wakil Singapura Bakal Dilanggar Tok Gajah

Sempena cuti Liga Malaysia, Pahang FC dengan angkuhnya akan mengadakan perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa dengan kelab-kelab dari Singapura.Menurut laporan yang diterima dari spy yang tidak dibayar gaji, Pahang FC akan membawa 3 (bakal) import baru ke temasek untuk menguji cara mereka bermain bolosepok.

Umum mengetahui bahawa pasukan Pahang kini berada dikedudukan kesebelas dalam liga atau lebih tepat lagi di panggil zon penyingkiran. Ini berikutan prestasi hambar yang ditunjukkan skuad Tok Gajah itu sejak logo baru diperkenalkan lagi, selain penghijrahan beramai-ramai pemain utama sempena Maal Hijrah tahun lalu. Kemasukan ramai pemain junior menambah kesengsaraan pasukan yang digelar 'King of Comeback'.

Itu belum lagi faktor pemilihan jurulatih yang boleh dikatakan mentah untuk membimbing pasukan besar seperti Pahang ni. Kebanyakan penyokong amat bersetuju jika jurulatih import dibawa masuk untuk memberi nafas baru, namun disebabkan kebebalan pihak pengurusan PBNP yang hanya memikirkan duit poket sendiri menyebabkan dana untuk pasukan berkurangan dan Pahang terpaksa memakai bekas penolong jurulatih Zainal Abidin semasa beliau di Pahang iaitu Coach Shah.

Apabila kekalahan demi kekalahan berlaku, penyokong mula memboikot stadium dan hastag #PecatJurulatih, #CEOLetakJawatan, #RombakPBNP mula berkeliaran di wall Facebook dan Twitter. Akibatnya, CEO Pahang FC terpaksa meletak jawatan ini diikuti dengan perletakkan jawatan Coach Shah serta pembantunya Coach A.A. CEO terpaksa meninggalkan dna yang dibuatnya tidak sampai setengah jalan. Apa punya CEO la, tak mampu mengawal hati penyokong. dnaPFC sekadar melepaskan batuk ditangga. Kalau dia bersungguh, pasti dia mampu menyerap tekanan.

Coach Razip Ismail dipilih untuk mengantikan Coach Shah. Razip yang pernah membimbing Kuala Lumpur dan pernah menjulang Piala Bangla bersama pasukan Harimau Muda B sebagai jurulatih. Mungkin disebabkan faktor itu, beliau dipilih PBNP untuk mengemudi Pahang FC.

Namun, selepas tamatnya pusingan pertama Liga Super 2016, dilihat PBNP seakan tersedar dari lamunan. Mereka dikhabarkan akan membuang mana-mana pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik sewaktu pusingan pertama berlangsung. Ini mungkin termasuk pemain import seperti Potokar, Volas dan Zesh. Tidak kedengaran pula keeper kesayangan ramai akan direhatkan, mungkin kita masih boleh lagi melihat aksi terbang dari 'Master of Flying' dalam pusingan kedua liga Super. Ahhh... mana boleh kita lupakan aksi terbangnya sewaktu menentang JDT hari tu

Jadual perlawanan persahabatan antarabangsa:

Sumber dari page Facebook: Pahang FC


Akhir kata, BOLOSEPOK Sukan Untuk Rakyat.



No comments:

Post a Comment