Monday 27 June 2016

Kogi Dan Dinesh Sah Milik Pahang FC

Satu berita yang menggembirakan pada hari ini apabila dua orang pemain muda telah kembali dan disahkan berada dalam skuad Pahang FC. Pahang FC yang sebelum ini menghadapi masalah dengan Frenz United, pasukan lama Kogi dan Dinesh, telah menggunakan sedikit kepaweran yang ada untuk membawa kembali kedua-dua pemain muda tersebut ke Pahang, bumi yang dihuni oleh jejaka hensem.

Dikhabarkan melalui sumber yang tidak boleh dipercayai, harga untuk menebus kontrak mereka bernilai RM160 ribu. Apekehal sikit sangat jumlahnya...? Gaya terdesok sangat nok duit.

SUMBER: Pahang FC




Orang yang bertungkus-lumus untuk membawa mereka kembali ke jalan yang benar dalam arena bolosepok adalah ex-CEO PFC iaitu saudara Fahrizal Hasan. Beliau yang sebelum ini dikecam hebat kerana pemilihan logo baru PFC yang tidak lawo, dnaPFC yang tidak pawer peganggannya, isu sumber pendapatan kelab dan beberapa lagi isu yang dianggap remeh oleh PBNP tetapi ianya amat besar bagi penyokong yang cintakan bolosepok Pahang.

''Saya amat berterima kasih kepada mantan CEO Pahang FC iaitu Fahrizal Hasan yang sejak dari mula memperjuangkan hak kami yang ingin menyertai pasukan Pahang FC tanpa berputus asa malah menguruskan latihan kami di luar negara sehingga kami akhirnya dapat bersama pasukan Pahang."
- Kogileswaran
Kepulangan Kogi dan Dinesh ke Pahang merupakan tamparan hebat buat Frenz United (F.U) yang sebelum ini beria mahu mereka berdua duduk dibawah pentadbiran F.U. Adakah mereka lupa akan kata-kata dari seorang bijak pandai bolosepok Malaysia yang berbunyi, "...pemain berhak memilih pasukan mana yang mereka suka..."

Walaubagaimanapon, terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Pahang dan mantan CEO PFC kerana berjaya menentang ketidakadilan yang berlaku kepada Kogi dan Dinesh.

No comments:

Post a Comment