Tuesday 24 May 2016

PIALA MALAYSIA 2016: Pahang Naib Johan Kumpulan B...?


Piala Malaysia tanpa kelibat Pahang ibarat Piala Dunia tanpa Coupe du Monde. Begitulah diumpamakan oleh pakar-pakar bolosepok zaman dahulu kala terhadap pasukan yang paling pawer di Tanah Malaya.  Dan ketika zaman dahulu semua pasokan amat gentar dan takut bila berhadapan dengan Pahang FA (nama lama Pahang FC sebelum diswastakan).

Ketakutan dan kegentaran mereka masih lagi wujud di zaman ini sehinggakan mereka akan meroyan  kegembiraan bagai memenangi cabutan nombor 4D jika mampu menewaskan Pahang. Padahal itu tektik Pahang je untuk melihat pasokan lain berasa bahagia.


Tak sedap la kalau asyik menang je, bagaikan tiada fight di liga Malaysia ni nanti. Kang ada pula rakan-rakan dari pasokan yang lain mengugut mahu keluar dari Malaysia atau mahu buat liga mereka sendiri. Emmm… Itulah kesukaran bila menjadi pasokan pawer ni. Terpaksa memikirkan nasib pasokan lain demi memartabatkan  bolosepok Malaysia.


Ahhhhh… Kita lupakanlah pasal kehebatan Pahang ni. Kalau berborok lebih-lebih, nanti ada pula yang menangis bila mengetahui punca sebenar kenapa Pahang FC sengaja merundum musim ni. Kita tengok je gambor keputusan undian bagi Piala Malaysia 2016.



Untuk makluman, Pahang diundi dalam kumpulan B bersama pasukan yang pernah memenangi Piala Malaysia, bukan macam team aok. Julang Piala Tertua di Malaysia ni dulu baru boleh troll pasukan lain.

    
KUMPULAN B
PASUKAN
JUARA
SELANGOR FA
33
KELANTAN FA
2
PAHANG FC
4
KUALA LUMPUR FA
3

Akhir kalam, Bolosepok Adalah Sukan Untuk Rakyat. Bukan untuk pemimpin yang mahu membuncitkan perutnya.

No comments:

Post a Comment