Monday 27 June 2016

AIDILFITRI 2016: 8 Julai Cuti Hari Peristiwa ...?

Heboh di viralkan di media sosial dan dalam group Whatsapp pasal cuti peristiwa yang jatuh pada hari Jumaat iaitu Hari Raya Ketiga. Ada yang gembira bagai nok rak sebab dapat cuti lama, dan ada pula yang dengki sebab beliau di wajibkan bertugas pada hari tersebut.

Namun berita tersebut hanyalah berita yang tidak sahih dan telah dinafikan oleh RTM.


"Berikutan tersebarnya gambar melalui media sosial dan aplikasi Whatsapp menunjukkan rerayap daripada petikan Berita Nasional di TV1 pada Jumaat, berkaitan Cuti Peristiwa pada 8 Julai 2016, kami ingin menegaskan bahawa itu hanya sebahagian daripada keseluruhan ayat rerayap berkenaan. Ayat penuhnya ialah "KSN PERTIMBANG HARI RAYA KE-3, 8 JULAI, JUMAAT DIISYTIHAR SEBAGAI CUTI PERISTIWA". Harap maklum."
*** RTM - Radio Televisyen Malaysia.








**nota bawah: Janganlah dipercayai bulat-bulat apa yang diviralkan, carilah sumber yang boleh dipercayai.

No comments:

Post a Comment