Selangor ada bekas pemain dan bekas jurulatih Pahang...
Satu perubahan tektikal yang mengelirukan.
Itulah yang berlaku dalam perlawanan Piala Malaysia Sabtu
lalu yang membabitkan 2 otai bolosepok Malaysia. Tektikal yang mengubah pemain
pertahanan menjadi penyumbang gol buat pasukan, dan pemain penyerang sebagai pengacau. Ermmm.. Ntah apa lah yang di
fikirkan oleh Cip Razip ni sehinggakan pemain Selangor serta bekas jurulatih Pahang terkeliru dengan tektikalnya.
Jelas pada malam itu, Pahang boleh lah diibaratkan sedang
berlatih menentang pasukan MSSD kerana corak permainan Pahang dan Selangor amat
besar jurangnya. ‘Pahang is Real Madrid’ kalaa tengok ke gaya permainan yang
bersahaja berbanding Selangor yang dilihat bermain menggunakan kederat.
Hantaran dari Dinesh, pemain pertahanan kiri Pahang, menuju
tepat ke kepala
Abam Matt, pemain pertahanan kanan Pahang, berjaya menghasilkan
satu jaringan yang penuh dramatic pada malam itu. Riuh rendah Stadium Darul
Makmur dengan suara penyokong menyebut “GOLLLLLLLLLLLL”.
Sebenarnya kas pon tak tahu bila kali terakhir perkataan “GOL”
itu disebut secara beramai-ramai oleh penyokong Pahang. Mungkin pada masa teres
belakang gol penuh dengan bebudok baju hitam kot. Sekarang ni ntoh berapa orang
je yang pakai baju hitam di belakang gol terrr.
Jaringan Abam Matt yang bergandingan dengan Dinesh telah
menimbulkan satu persoalan yang besar buat penyokong Pahang. Mana perginya
pemain tengah dan penyerang Pahang pergi semasa perlawanan sedang berlangsung?
Mari kita fikirkan bersama…
Kita ikuti highlight perlawanan Pahang FC menentang bebudok
MSSD, eh silap, Pahang FC menentang Selangor FA.
No comments:
Post a Comment