Berita sedih dan amat mendukacitakan. PDRM berjaya mengalohkan Pahang FC dengan jaringan 1 berbalas 0 di Stadium Hang Jebat Melaka malam tadi.
Pahang FC perlu menang kelima-lima perlawanan yang akan datang sambil mengharapkan pasukan lain seri ataupun kaloh. Ermmm... Jijikkan. Namun itulah realitinya jika PBNP mahu meneruskan niatnya ingin kekal dalam Liga Super musim depan.
Ya, dalam sebarang pertandingan ada menang dan ada kaloh. Itu sudah lumrah permainan. Dan penyokong pon akan akur jika itu sudah ditakdirkan. Tapi jika setiap kali perlawanan memanjang kaloh je, takkan penyokong nok biarkan dan redho...?
Penyokong tak boleh salohkan pemain kerana pemain bermain berdasarkan tektikal jurulatih. Jika tektikal diberikannya cantik, maka akan cantiklah keputusannya dan jika tektikal gaya gampang, maka akan gampanglah cara mainnya. Tapi kalaa player nok boikot coach dan pengurusan, mereka akan sengaja main sambil lewa.
Jadi, siapa yang patut dipersalahkan...?
Ya, sudah semestinya pihak pengurusan PBNP. Kenapa PBNP dengan tenang menerima keputusan setiap kali perlawanan berakhir...? Tiadakah rasa malu atau tidakkah maruah mereka tercabar dengan kekalohan serta mutu mainan yang gampang?
Kenapa tak nasihatkan Pengurus pasukan supaya mengkaborkan kat jurulatih agar anok buohnya bermain dengan baik...? Apa tugas Pengurus jika hanya duduk menyepi sambil main handphone di bench. Sepatutnya jawatan pengurus pasukan disekalikan dengan jawatan jurulatih. Macam kelab luar negara.
Ermmm apa pon keputusan lepas ni. Di harak PBNP dirombak secara besar-besaran. Cukup-cukuplah mencalarkan maruah rakyat Pahang dan memalukan Pahang.
No comments:
Post a Comment