Friday, 29 July 2016

BAB 1 : Pahang FC Diambang Kemusnahan

Pasukan Pahang musim ini di lihat tidak banyak memberikan cabaran untuk pasukan lain hadapi. Mungkin dengan pertukaran status dari FA ke FC telah merubah mindset pengurusan bahawa pasukan yang bertaraf legend ini perlu bermula semula seperti bayi yang baru di lahirkan.

Ini dapat dilihat apabila hampir kesemua pemain yang pernah membawa kejayaan kepada pasukan 2 3 tahun kebelakangan ini dibiarkan membawa haluan masing-masing pada akhir musim lalu. Yang tinggal hanyalah Poyeng, Ijan ‘The Chewing man’, Zesh (sehingga pertengahan musim) dan Kojie (yang dulu digelar ‘SuperSub’) serta beberapa pemain muda yang di daftarkan pada musim lalu.

Bukan sahaja pemain, malah jurulatih yang selalu menggunakan tektikal ‘Long Ball’ juga di tendang keluar dan diganti dengan penolongnya, Ahmad Shaharuddin Rosdi yang juga bekas pemain Pahang dari tahun 1994 hingga 2003. Untuk rekod, coach Shah pernah membantu Dollah Salleh dan Cip Zainal sebagai penolong jurulatih.

Awal Mac lalu, CEO Pahang FC telah meletak jawatan akibat tidak mampu untuk menerima tekanan dari penyokong. Ekoran dari itu, Pahang FC yang baru diswastakan secara tergesa-gesa pada musim ini bertindak menukar semula menjadi FA pada tahun depan. Apa jenis perancangan la ni.

Kini jawatan CEO di pegang oleh Dato’ Akhbar, orang kuat bolosepok Temerloh. Namun prestasi pasukan Pahang yang pernah di gelar Real Madrid Malaysia ini tetap terumbang-ambing bagai kapal tanpa tujuan. Berbeza dengan bekas CEO lama yang banyak berinteraksi dengan penyokong melalui laman social seperti Twitter dan Facebook, CEO baru tidak pernah mengeluarkan kenyataan di media social. Mungkin tak berapa fasih akan penggunaan media elektronik kot.

Tapi fail meja CEO yang sebenar bukanlah member informasi pasal pasukan kepada penyokong. Orang yang sepatutnya berhubung terus dengan penyokong adalah pengurus. Apa guna jawatan pengurus jika beliau hanya senyap sahaja.


***********************************

Sabtu lalu, pemilihan Exco PBNP telah berlangsung. Dan jika dilihat dari keputusan yang telah dijalankan, kas yakin benar, tiada apa-apa perubahan pun akan berlaku untuk musim depan. Pemilihan sekadar untuk mengisi kertas kerja yang di tetapkan oleh Pesuruhjaya Sukan.

Sebenarnya, kekusutan yang melanda Pahang ini dapat dilihat sejak pertengahan musim lepas lagi dimana Pahang mempamerkan aksi yoyo dan tiada satu pun piala dijulang. Malah belum habis Piala Malaysia 2015, ada aura-ura menyatakan yang coach Jenal akan berpindah.

Episod memalukan Pahang berterusan apabila 3 mata di potong oleh FAM atas arahan FIFA dalam saingan LIga Super 2015 kerana kelawatan Pahang FA menyelesaikan masalah gaji bekas pemain importnya, Mohamed Borji (musim 2013).

 *****************************************


Kini, Pahang sekali lagi mengalami masalah. Penyokong setia semakin jauh untuk menyokong, penyokong lalang meneruskan hidup seperti biasa dan semakin ramai mendoakan agar Pahang kembali ke Liga Perdana.

Pahang FC diambang kemusnahan... YA, dimusnahkan oleh PBNP sendiri.

No comments:

Post a Comment