Tuesday, 30 August 2016

Merdekakah PBNP Dan Bolosepok Pahang...?

Sempena sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2016 ni, kas nok sangat nanya ke PBNP pasal kemerdekaan sistem bolosepok Pahang. Adakah bolosepok Pahang ni masih menggunakan sistem yang sama sejak hari pertama ia ditubuhkan?

Bagaimana nak maju jika sistem yang berkurun lalu masih digunapakai dalam pembangunan bolosepok era moden ni. Hendak meratapi sejarah pun biorlah berpada-pada. Janganlah sampai tiada kemajuan langsung.

Jika penubuhan Pahang FC menggantikan Pahang FA dianggap satu perubahan yang akan memajukan bolosepok Pahang, deme dah silap. Kerana jika diteliti  secara mendalam, penswastaan Pahang fc dilihat seperti tikus membaiki labu. Penubuhan Pahang fc dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa seolah-olah tiada perancangan rapi dibuat.

Dengan mengenepikan ramai tonggak utama yang pernah membuatkan Pahang FA menjulang beberapa piala sebelum ini, menyebabkan keadaan Pahang fc bagaikan kapal Titanic yang akan tenggelam ke dasar lautan. Langsung tidak boleh dikemudikan lagi. Mengapa perlu dirombak barisan pemain yang pawer jika mahu menyuntik dna baru ke dalam pasukan. Bukankah lebih bagus jika dirombak barisan pengurusan dan melabur lebih sikit untuk mengambil coach import yang pawer?

Sebenarnya pasukan Pahang ni mula dilihat terumbang-ambing semasa pertengahan musim 2015 lagi. Dan kas pernah menyuarakan pendapat bagaikan ada yang tidak kena dengan pasukan kesayangan ramai ni. Tapi biasalah, pendapat kas tu akan di sanggah dengan kenyataan "pemain mungkin penat", "dalam sukan biasalah ada kalah dan menang", " takkanlah nak menang sokmo, bagilah orang lain menang juga". Dan adalah juga beberapa individu yang agak rapat dengan EXCO PBNP menyatakan bahawa tabung ayam PBNP dah makin ringan.

Ermmm... walauapa pun. Kas harap pasukan yang digilai ramai orang ni kembali bertenaga ibarat baru meminum segelas air tongkat ali yang original. 'Tegang dan Mantak".

No comments:

Post a Comment