Perlawanan ke-19 Liga Super musim ini mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan sebuah lagi pasukan Pantai Timur, Terengganu.
Keputusan seri ini bukanlah sesuatu yang membanggakan kerana kedudukan dalam carta Pahang FC masih lagi tidak berubah. Dan Pahang perlu menang ketiga-tiga baki perlawanan sambil mengharapkan pasukan lain mendapat keputusan yang gampang.
Dengan mengumpul 14 mata dan menduduki di tangga ke-12 liga, nyawa Pahang FC di dalam Liga Super untuk musim depan dilihat semakin nazak. Liga Perdana 2017 nampaknya sedang melambai-lambai penyokong Pahang FC untuk bersama-sama memeriahkan liga itu musim depan.
Tahniah buat pengurusan PBNP dan ex-CEO PFC yang berjaya memalukan dan mencalar maruah pasukan bolosepok Pahang.
No comments:
Post a Comment