Takde sape...!!! Ya, takde sape pon orang dalam PBNP yang mahu mengembalikan maruah bolosepok Pahang. Jadi apa guna PBNP ni diteruskan...? Adakah sekadar untuk tempat deme ni dapat makan dan minum selepas mesyuarat? Atau untuk dapat tiket VIP serta jersi pree yang ditandatangani oleh pemain...? Ntohlah, kas bukannya ahli nujum yang mampu untuk membaca akal fikiran mereka.
Dengan hala tuju dalam saingan Liga Super yang samar serta bakal terlepas aksi Piala Malaysia di peringkat kumpulan, bolosepok Pahang semakin suram.
Dah berbuih mulut dan semakin serak suara penyokong melaungkan, Razip Out, Rombak PBNP serta banyak lagi dosa kecil dari caci maki yang lemparkan, namun, pasukan bolosepok Pahang masih tiada perubahan.
Kembalikan Maruah Bolasepak Pahang |
Semalam, sekali lagi pasukan kesayangan ramai ini di kalahkan. Dikalahkan oleh seteru tradisi pulak tu.
Namun, tidak adil rasanya hendak menyalahkan pemain, kerana pemain dipimpin oleh seorang jurulatih yang pernah mengemudi pasukan muda negara dan mampu menjulang piala yang tak pernah di julang oleh Cristiano Ronaldo.
Jadi salah Razip...? Ya, mengikut padangan kas, tektikel Razip yang menyebabkan pemain bermain macam gampang. Lainlah kalau ada pemain yang mahu membuat konspirasi mahu menjatuhkan Razip. memang macam gampang la cara mainannya.
Sebut pasal konspirasi. Ianya suatu perkara yang amat sedih untuk dilaksanakan. Jika ada pemain yang terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Razip serta PBNP, pastinya pemain tersebut akan berfikir banyak kali sebelum mereka mahu terlibat secara langsung. Kerana ianya melibat maruah diri, keluarga, pasukan dan nilai intergriti. Kas yakin, jika ianya konspirasi, mereka yang terlibat ni TERPAKSA gagahkan diri untuk menjalankan misi yang dianggap jijik oleh pihak pengurusan namun ianya satu perkara murni jika dilihat dari pandangan penyokong.
Akhir kalam, MARUAH BOLOSEPOK PAHANG HARUS DIKEMBALIKAN.
No comments:
Post a Comment