Saturday 13 August 2016

PIALA MALAYSIA 2016: Kemenangan Yang Tidak Bermakna

Pasukan yang dulunya pawer dan digeruni lawan, kini, bolehlah diibaratkan seperti seorang makcik yang dipukau oleh Mat Indon. Begitu senang menyerahkan segala harta benda untuk kesenangan orang lain.

Malam semalam merupakan perlawanan ke-5 piala Malaysia bagi kumpulan B, dan merupakan satu perlawanan yang akan menentukan nasib bagi ke peringkat seterusnya.

Pahang perlu menang sambil mengharapkan Selangor di ayamkan oleh Kelantan.

Dan, Pahang telah menang tetapi kemenangan itu tidak bermakna kerana Selangor yang diharapkan tumpas, berjaya menewaskan pàsukan yang digelar Qu Puteh The Red Warrior. Ermmm, panjang amat gelarannya.

Ibarat, menang sorak kampung tergadai.

Tamat perlawanan semalam menyaksikan Kelantan dan Selangor berjaya keperingkat seterusnya.

Keputusan bagi perlawanan semalam:

PAHANG FC ( 2-1 ) Kuala Lupur FA

No comments:

Post a Comment