Monday, 18 July 2016

LIGA SUPER 2016: Pahang FC mengajar Sarawak FA

Seperti kebiasaanya, semua pasukan bolosepok yang ada di Malaysia ini akan berlumba-lumba untuk menentang Pahang atau nama panggilan ganasnya Tok Gajah. Dan pada malam 16 Julai yang lalu, pasukan kerdil dari Kepulauan Borneo, Sarawak, dengan rela hati menimba ilmu dari Tok Gajah.

Namun, tidak banyak yang mereka dapat pelajari dari pasukan terpawer itu. Ini berikutan pasukan yang di gelar otai bolosepok Malaysia masih lagi mencari-cari kesesuaian dalam kesebelasan utama mereka.

2 berbalas kosong. Bukanlah perkara yang harus dibanggakan oleh penyokong Tok Gajah. Jika kita menentang TOP 3 Liga Super, keputusan 2 - 0 itu merupakan keputusan yang amat menggembirakan, namun dengan kedudukan Sarawak yang berada di Bottom 5 telah menjejaskan sedikit kegembiraan itu. Ermmm lawan pasukan lemah.



3 mata berjaya dikutip. Dan dengan perlahan Pahang mengambil tempat Perak yang sebelum ini berada di tangga ke-10 liga.

Pahang dan Sarawak berkongsi 12 mata dan adakah ini tandanya mereka bersaudara? Sarawak yang mempunyai lebihan 2 defisit gol mengatasi Pahang yang hanya berjaya menjaringkan 17 gol sepanjang musim ini berjaya menghuni di tangga ke-9.

Nampak gayanya Pahang perlu memiliki pemain yang mampu menjaringkan lebih banyak jaringan.

Keputusan penuh yang di ambil dari page Pahang FC


Pada 23 Julai ini, Kelantan pula akan belajar bermain bola dengan pasukan terpawer.

No comments:

Post a Comment