Wednesday, 13 July 2016

PIALA MALAYSIA: Kami Cuba Bangkit - Razip

Mari kita dengar ulasan Coach Razip yang di interview oleh wartawan Astro Arena selepas perlawanan. Dan resepi untuk membangkit...!!!

* * * * * * * * * * 

"Kami agak leka di awal permainan. "

"Tapi selepas itu pada separuh masa kedua, kami banyak memperbaiki permainan, cuma tidak dapat menjaringkan gol," kata jurulatih Pahang, Razip Ismail.


SUMBER: Astro Arena
* * * * * * * * * *

Takpe coach, kas ada resepi untuk aok bangkit.


Resepi Kuih Bangkit

Bahan-Bahan:
4 cawan tepung ubi
2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan gula halus
1/2 sudu serbuk penaik
4 biji telur ayam
1 biji kelapa
Cara Membuat:
1. Tepung ubi dan tepung gandum hendaklah digoreng terlebih dahulu. Kemudian ambil 3 cawan santan dari kelapa yang telah diparut.
2. Campurkan tepung ubi, tepung gandum, gula bersama serbuk penaik.
3. Pukul telur hingga kembang dan tuangkannya ke dalam tepung sambil mengguli bersamanya.
4. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil menggulinya sehingga ianya lembut.
5. Canai dan terapkan mengikut acuan yang disukai.
6. Seterusnya bakar dengan menggunakan api yang sederhana sehingga ianya kelihatan kekuningan.

7. Setelah agak kekuningan, bolehlah diangkat untuk di simpan dalam balang kedap udara.

No comments:

Post a Comment