Wednesday 13 July 2016

[ VIDEO ] : Piala Malaysia - Kelantan vs Pahang

Sebanyak 6 perlawanan telah berlangsung yang membabitkan 12 pasukan pada malam semalam dan ini termasuklah sebuah pasukan yang paling pawer dan paling ramai peminat gelap, iaitu, Pahang FC. Manakala 2 perlawanan selebihnya akan berlangsung pada malam ini, 13 Julai.

Baiklah, sekarang kita tumpu ke kumpulan B Piala Malaysia 2016. Kumpulan yang dihuni oleh otai-otai bolosepok Malaysia iaitu Kelantan, Selangor K. Lumpur dan pasukan yang pawer, Pahang. Jika tiada pasukan-pasukan dalam Kumpulan B ini maka akan hambarlah perjalanan kempen kempen Piala Malaysia pada tahun itu.

Dalam Kumpulan B itu, ada sebuah pasukan yang paling layak di gelar Raja Bolosepok Malaysia dan Asia..., sapa lagi kalau bukan Pahang.

Pahang yang bertandang ke Kota Bharu semalam sengaja menghadiahkan 3 mata yang amat berharga buat Kelantan untuk survive dalam Kumpulan B, namun perjalanan piala masih lagi panjang untuk Kelantan mendabik dada. Kesilapan yang kecil sengaja dibiarkan untuk membolehkan Pahang meneruskan misi berada di tangga kedua Kumpulan B.


SUMBER: Pahang FC


Pahang berjaya membiarkan Kelantan menyumbat sebiji gol pada minit ke 3 separuh masa pertama, melalui tendangan leret Wan Zaharulnizam. Gol pertama dan terakhir pasukan Kelantan itu bukanlah salah Nasril sorang je kerana sebelum bola itu meleret ke kiri gol, terdapat 6 pemain Pahang yang tidak melakukan apa-apa tindakan.

Pahang kini berkongsi 0 mata dengan Kuala Lumpur selepas K.L di jinakkan oleh Selangor juga dengan defisit 1 gol.

SUMBER: Football Malaysia LLP

No comments:

Post a Comment