Wednesday, 27 July 2016

LIGA SUPER 2016: Kenapa Pahang FC Malas Menang Bertemu Perak

Setelah melihat permainan malam semalam yang mungkin tiada cacat celanya, kas menyifatkan bahawa kekalahan 2-1 itu adalah sesuatu yang misteri. Mana mungkin pasukan yang di latih oleh bekas jurulatih Harimau Muda yang berjaya menjulang Piala Bangabandhu pada Februari, 2015 dengan mudah membiarkan gol kedua di lepaskan.


Pahang FC menentang pasukan ghaib?
Menurut cakap-cakap orang yang menyaksikan perlawanan tersebut, striker kita seakan di pukau sehingga tidak mampu untuk mempamerkan aksi terbaik mereka. Malah lebih menghairankan apabila import kita di bahagian atas kurang memainkan peranan seolah-olah mereka ini tidak pernah bermain bolosepok. Dan disebabkan itulah pemain pertahanan yang bernama Jailton sanggup meninggalkan posisinya untuk menjaringkan gol tunggal melalui tandukan yang agak dramatik.



Satu lagi kejadian misteri yang berlaku pada malam tadi adalah redcard yang di layangkan kepada Helmi Eliza, keeper baru Pahang FC. Helmi dikatakan telah mengkap bola di luar area yang dibenarkan oleh FIFA yang kita sedia maklum bahawa keeper tak boleh mengunakan sentuhan tangan jika berada di luar garisan kotak D. Adakah penglihatan beliau telah di pukau sehingga beliau dengan selamba menangkap bolo di kawasan larangan? Payah untuk dirungkaikan.


Namun kita tak boleh salahkan beliau kerana ketika itu beliau 1 by 1 dengan pemain Perak. Ermmm... masalah bek yang rapuh.

Tugas beliau telah diganti oleh Nasril, atau lebih di kenali sebagai 'The Flying Man'. Itu pun sesuatu yang misteri kerana jika ketepikan Nasril, masih ada 2 lagi keeper muda untuk Pahang gilapkan. Kenapa keeper yang 2 orang tu tidak disenaraikan sebagai pemain simpanan? Apa guna beli sampai 4 orang penjaga gol tapi tidak menggunakan mereka? Ermmm... Misteri...

Misteri yang terus membelenggu diri kas ni adalah sokongan penyokong setia yang mahukan coach baru bagi menggantikan Razip. Satu je kas nok kabor, kalaa Razip diganti dengan Jose Mourinho sekalipun, PFC tetap gaya lama jika diurus oleh orang lama.

Makin merumitkan lagi kemisterian yang berlaku adalah pemilihan ahli-ahli dalam PBNP pada hari Sabtu lalu yang lebih banyak di pelopori oleh ahli politik, penjawat awam serta pentadbir daerah yang sememangnya kita tahu mereka ini amat sibuk untuk memajukan daerah masing-masing. Ermmm... Ada masa sangat ke mereka ni nok memajukan bolosepok? Tengok persatuan daerah la gaya mana deme ni jalankan tugas.

Sape la yang mencipta sistem pemilihan ni?

Akhir kalam, bolosepok adalah sukan untuk rakyat.
Kembalikanlah kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment