SUMBER FB: Laksamana Tok Gajah
Itulah alasan yang telah di pilih oleh coach Pahang FC untuk mendefend para pemainnya. Alasan itu di berikan setelah kekalahan Pahang FC kepada pasukan Kuala Lumpur dalam saingan Piala Malaysia.
Mengikut jadual Pahang FC setakat ini, hanya Liga Super dan Piala Malaysia saja yang masih Pahang FC lalui, dan mungkin beberapa perlawanan persahabatan. Dan alasan LETIH itu memang tak masuk akal langsung.
Mana mungkin pemain profesional dan pawer mengalami keletihan setelah menghadapi 2 perlawanan dalam masa seminggu. Adakah mereka terlebih makan lemang semasa meraikan kejayaan sebulan berpuasa ataupon mereka penat menghadiri rumah-rumah terbuka, ataupon mereka letih melayan kerenah penyokong?
Atau adakah ada sesuatu yang misteri menyelubungi pasukan paling pawer ini sehingga kesemua pemain Razip Ismail mengalami keletihan. Nampok gayanya Cip perlu memanggil ahli paranormal untuk mendapatkan jawapan yang pasti bagi masalah keletihan yang menghantui pasukan Pahang.
Mengikut kitab lama yang bertajuk "Ilmu Perbomohan dan Cara Rawatannya", keletihan secara tetiba termasuk dalam salah satu tanda semangat jahat mula mendekati tubuh badan manusia. Semangat jahat ini jika tidak dikawal dan dihapuskan, ianya akan merosakkan pemilik tubuh badan tersebut.
Jadi, untuk menghapuskan semangat jahat yang mula mendekati para pemain, Cip Razip perlu mencari jalan untuk mengatasi penyakit letih yang mula merayap ke tubuh pemainnya. Cip perlu menyelesaikan penyakit ini dengan secepat yang mungkin, dan jika dibiarkan, semangat jahat ini akan meresap dan masuk menerusi rongga hidung setiap kali sebelum perlawanan.
Sebab apa semangat jahat ini masuk menerusi rongga hidung atau lebih dikenali sebagai lubang hidung? Buku "Ilmu Perbomohan dan Cara Rawatannya" ada jawapannya. Dapatkannya dipasaran gelap, selagi stok masih ada.
No comments:
Post a Comment