Thursday, 30 June 2016

8 Julai, 2016 Cuti Bersyarat

Pelepasan khas daripada bertugas sempena Hari Raya Aidilfitri atau dalam bahasa mudahnya cuti hari raya pada 8 Julai, 2016 (Jumaat). Namun, setiap perkara mestilah bersyarat. Jika hari raya jatuh pada 5 Julai (Selasa) atau pada hari Selasa, pelepasan tersebut terbatal.



Wednesday, 29 June 2016

PERSAHABATAN: ATM Diberi Kekuatan Moral Oleh Pahang FC

Malam tadi ATM telah belajar untuk berjaya dalam bolosepok dengan pasukan paling pawer di dunia iaitu Pahang FC. Pahang sengaja tidak menguatkan bahagian pertahanan dan membiarkan sebiji bola melepasi garisan gol seminit selepas import Pahang menjaringkan gol kedua, itu hanyalah lakonan semata-mata. Takkan nak biarkan tetamu pulang dengan tangan kosong.

Matt dan Jailton menghalang Vince

Walaupon sengaja untuk tidak menunjukkan kekuatan di tahap sebenar, dapat di lihat beberapa masalah lama yang masih membelenggu pasukan yang dianggap pawer ini.

Monday, 27 June 2016

Kogi Dan Dinesh Sah Milik Pahang FC

Satu berita yang menggembirakan pada hari ini apabila dua orang pemain muda telah kembali dan disahkan berada dalam skuad Pahang FC. Pahang FC yang sebelum ini menghadapi masalah dengan Frenz United, pasukan lama Kogi dan Dinesh, telah menggunakan sedikit kepaweran yang ada untuk membawa kembali kedua-dua pemain muda tersebut ke Pahang, bumi yang dihuni oleh jejaka hensem.

Dikhabarkan melalui sumber yang tidak boleh dipercayai, harga untuk menebus kontrak mereka bernilai RM160 ribu. Apekehal sikit sangat jumlahnya...? Gaya terdesok sangat nok duit.

SUMBER: Pahang FC


AIDILFITRI 2016: 8 Julai Cuti Hari Peristiwa ...?

Heboh di viralkan di media sosial dan dalam group Whatsapp pasal cuti peristiwa yang jatuh pada hari Jumaat iaitu Hari Raya Ketiga. Ada yang gembira bagai nok rak sebab dapat cuti lama, dan ada pula yang dengki sebab beliau di wajibkan bertugas pada hari tersebut.

Namun berita tersebut hanyalah berita yang tidak sahih dan telah dinafikan oleh RTM.


"Berikutan tersebarnya gambar melalui media sosial dan aplikasi Whatsapp menunjukkan rerayap daripada petikan Berita Nasional di TV1 pada Jumaat, berkaitan Cuti Peristiwa pada 8 Julai 2016, kami ingin menegaskan bahawa itu hanya sebahagian daripada keseluruhan ayat rerayap berkenaan. Ayat penuhnya ialah "KSN PERTIMBANG HARI RAYA KE-3, 8 JULAI, JUMAAT DIISYTIHAR SEBAGAI CUTI PERISTIWA". Harap maklum."
*** RTM - Radio Televisyen Malaysia.

Tuesday, 21 June 2016

Jersi Switzerland Terkoyak Dan Kenapa Pahang Pawer

Semalam heboh diperkatakan tentang perlawanan Perancis menentang Switzerland yang sekadar seri 0-0. Namun apa yang menarik, ianya bukan mengenai permainan  mereka yang hampeh ter. Tapi lebih kepada perihal 4 helai jersi buatan PUMA yang mudah terkoyak milik pasukan Switzerland dan sebiji bola rasmi Beau Jeu dari ADIDAS telah pecah.


SUMBER TWITTER: Sukan Star


Insiden ini amat memalukan buat kedua-dua pengeluar barangan sukan terbabit, namun apa boleh buat, ianya telah berlaku.

“Saya harap PUMA tak buat kondom”.
- Xherdan Shaqiri (pemain sayap kanan Switzerland)

___________________________________________________________________________

Monday, 20 June 2016

PERSAHABATAN: Negeri Sembilan Berguru Dengan Pahang FC

Setelah Singapura menjadi saksi kebangkitan Tok Gajah, kini Negeri Sembilan pula mahu melihat sendiri kehebatan Pahang FC. Perlawanan persahabatan yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak akan berlangsung pada malaa ini di STAR of Paroi.

STAR of Paroi atau nama panjangnya Stadium Tunku Abdul Rahman, terletak di Paroi, Seremban bakal memuatkan seramai 45 000 penyokong kedua pasukan.

Stadium yang dibuka pada tahun 1992 itu juga bakal menerima kunjugan terhormat dari pasukan yang terulung yang tidak perlulah lagi kita khabarkan. Negeri Sembilan bernasib baik kerana akan mentang Pahang, kerana Pahang adalah satu-satunya pasukan yang masih menggunakan seni permainan bolosepok yang tulen. Disitu dapatlah mereka mempelajari cara bermain bolosepok yang Pahang gunakan.

Dikhabarkan, pada malam ini, Pahang dan Negeri Sembilan akan menguji bakal pemain import mereka.

Mampukah bakal import kedua belah pihak menyerlah...?
Atau adakah import mereka akan mempamerkan aksi hebat hanya untuk malam ini sahaja?
Adakah pemain muda bakal diuji juga?
Sama-sama kita nantikan keputusannya esok...


SUMBER TWITTERinfobola_N9

Wednesday, 15 June 2016

PERSAHABATAN: Singapura Saksi Kebangkitan Sang Gajah

Dalam 3 siri perlawanan persahabatan antarabangsa di Singapura, Pahang dengan angkuhnya berjaya menjinakkan 2 pasukan dan dijinakkan oleh Geylang United.



SUMBER GAMBOR: PAHANG FC


Friday, 10 June 2016

PERSAHABATAN: 3 Wakil Singapura Bakal Dilanggar Tok Gajah

Sempena cuti Liga Malaysia, Pahang FC dengan angkuhnya akan mengadakan perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa dengan kelab-kelab dari Singapura.Menurut laporan yang diterima dari spy yang tidak dibayar gaji, Pahang FC akan membawa 3 (bakal) import baru ke temasek untuk menguji cara mereka bermain bolosepok.

Umum mengetahui bahawa pasukan Pahang kini berada dikedudukan kesebelas dalam liga atau lebih tepat lagi di panggil zon penyingkiran. Ini berikutan prestasi hambar yang ditunjukkan skuad Tok Gajah itu sejak logo baru diperkenalkan lagi, selain penghijrahan beramai-ramai pemain utama sempena Maal Hijrah tahun lalu. Kemasukan ramai pemain junior menambah kesengsaraan pasukan yang digelar 'King of Comeback'.

Itu belum lagi faktor pemilihan jurulatih yang boleh dikatakan mentah untuk membimbing pasukan besar seperti Pahang ni. Kebanyakan penyokong amat bersetuju jika jurulatih import dibawa masuk untuk memberi nafas baru, namun disebabkan kebebalan pihak pengurusan PBNP yang hanya memikirkan duit poket sendiri menyebabkan dana untuk pasukan berkurangan dan Pahang terpaksa memakai bekas penolong jurulatih Zainal Abidin semasa beliau di Pahang iaitu Coach Shah.

Wednesday, 8 June 2016

Pahang FC Bakal Menguji Import baru

Nampak gayanya PBNP telah membuka pintu hati mereka untuk menerima keluh-kesah penyokong berkenaan import yang tak berkualiti yang mereka ambil hujung tahun lalu. PBNP kini bakal menguji import baru melalui perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab dari Singapura.

Tapi amat mengecewakan apabila terlalu banyak rahsia diantara pihak pengurusan dan penyokong. Lebih-lebih lagi Media PBNP yang jarang sekali update status dalam Facebook Page mereka. Import yang bakal mereka uji ni pon dapat diketahui umum berdasarkan page-page yang bukan official dari PBNP.

Mari kita kenali import yang akan diuji pada 15hb nanti:

Tuesday, 7 June 2016

BERPUASA TANPA BOLO.

Selamat menyambut bulan Ramadhan bagi umat Islam yang masih menyukai Pahang FC. Juga buat peminat gelap Pahang FC. Sesungguhnya ke'istiqamah'an deme menyokong pasukan yang pawer ini dapat diterapkan dalam bulan puasa, dengan berpuasa tanpa ada kecelaan.

Dengan bermulanya bulan yang menahan nafsu, maka pasukan bolosepok juga dapat berehat dan melayan Copa America serta EURO 2016. Diharap pemain-pemain bukan hanya menengok saja perlawanan yang akan ditayangkan di Astro, tetapi dapat menerapkan skill serta corak permainan mereka.

Wednesday, 1 June 2016

BOLOSEPOK: Gampang, Tak Boleh Sebut B**i

Troll dan menghina berada dalam susur galur yang sama. Ia perbuatan yang berlawanan dengan kritikan serta cadangan.

(Maaf, post ni bukanlah bertujuan untuk mengutuk dan menghina sesiapa. Baca sampai habis dan jika di share pastikan deme share sampai habis. Kalau tak, wan aok itang)

Troll ni semasa deme di zaman kanak-kanak dulu dipanggil ejekan. Apabila kita sebut zaman kanak-kanak, pasti kita mula ingat tentang perbuatan kita yang pernoh mengejek kekawan lain.

***

'Boooo... Jubor Mamat kena rotan. Pakai pempers la lepah ni'. Ramli (anak Pengetua) melontarkan serangkap ayat mengejek.

'Babi. Ayoh aok muka babi'. Mamat membalas dengan hinaan yang melibatkan ayah Ramli.

'Gampang...'. Balas Ramli semula. Lalu mereka pon beriringan tangan menuju ke kantin dengan gelak ketawa.

Sahabat sejati akan cepat melupakan setiap hinaan dan pergaduhan. Tapi kalaa macam aok yang takde kawan, mesti terus report ke Mok Ayoh.

**Petikan dari cerpen 'Cita-Cita Ramli & Mamat'

*****

Begitu juga dengan perbuatan troll. Seseorang yang ingin troll orang lain pasti sudah tahu akan akibat di hina oleh orang yang di trollnya. Perbuatan ini dipanggil hukum karma kecik. Jadi, sepatutnya deme sudah siap sedia menahan hinaan yang akan dilemparkan.

Tidak adillah jika deme sengaja menganjing orang lain tapi tidak membenarkan orang tersebut membalas balik. Ibarat baling batu ke orang, kemudian lari bersembunyi dibelakang ayoh.

Dalam sukan bolosepok pula, troll, ejekan, makian, hinaan dan perbuatan yang tak murni lain sudah sebati dengan penyokong setiap pasukan. Kemeriahan dapat dirasakan jika ada unsur-unsur yang disebut. Inilah yang dinamakan sukan untuk rakyat. Dimana rakyat bebas untuk membuat apa saja tanpa ada rasa gerun dengan undang-undang.

Cuba bayangkan bolosepok tanpa troll dan hinaan, dimana sebelom perlawanan perang poster tidak berlaku, tiada cabar mencabar. Semasa perlawanan berlangsung pula, hanya sokongan untuk pasukan sendiri dan tidak memerli pasukan dan penyokong lawan. Selepas wisel penamat ditiup, semua balik rumah dan tidur.

Gampang... Memang Gampang... Tak meriah lalu...

Bolosepok Sukan Untuk Rakyat. Bukan untuk yang tinggi taraf kastanya. Bila berkelakuan seperti rakyat marhaen, bergaul dan hadap, serta terimalah perangai rakyat jelata yang tak berapa senonoh ni.

Akhir Kalam, terima kasih kerana membaca penulisan yang kas taip dalam tandas ni. Perghhhh... lega...