Tuesday, 30 August 2016
Merdekakah PBNP Dan Bolosepok Pahang...?
Bagaimana nak maju jika sistem yang berkurun lalu masih digunapakai dalam pembangunan bolosepok era moden ni. Hendak meratapi sejarah pun biorlah berpada-pada. Janganlah sampai tiada kemajuan langsung.
Jika penubuhan Pahang FC menggantikan Pahang FA dianggap satu perubahan yang akan memajukan bolosepok Pahang, deme dah silap. Kerana jika diteliti secara mendalam, penswastaan Pahang fc dilihat seperti tikus membaiki labu. Penubuhan Pahang fc dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa seolah-olah tiada perancangan rapi dibuat.
Dengan mengenepikan ramai tonggak utama yang pernah membuatkan Pahang FA menjulang beberapa piala sebelum ini, menyebabkan keadaan Pahang fc bagaikan kapal Titanic yang akan tenggelam ke dasar lautan. Langsung tidak boleh dikemudikan lagi. Mengapa perlu dirombak barisan pemain yang pawer jika mahu menyuntik dna baru ke dalam pasukan. Bukankah lebih bagus jika dirombak barisan pengurusan dan melabur lebih sikit untuk mengambil coach import yang pawer?
Sebenarnya pasukan Pahang ni mula dilihat terumbang-ambing semasa pertengahan musim 2015 lagi. Dan kas pernah menyuarakan pendapat bagaikan ada yang tidak kena dengan pasukan kesayangan ramai ni. Tapi biasalah, pendapat kas tu akan di sanggah dengan kenyataan "pemain mungkin penat", "dalam sukan biasalah ada kalah dan menang", " takkanlah nak menang sokmo, bagilah orang lain menang juga". Dan adalah juga beberapa individu yang agak rapat dengan EXCO PBNP menyatakan bahawa tabung ayam PBNP dah makin ringan.
Ermmm... walauapa pun. Kas harap pasukan yang digilai ramai orang ni kembali bertenaga ibarat baru meminum segelas air tongkat ali yang original. 'Tegang dan Mantak".
Thursday, 25 August 2016
LIGA SUPER 2016: Pahang FC Seri Yang Tak 'Berseri'
Monday, 22 August 2016
PIALA MALAYSIA 2016: Kemenangan Yang TakBermakna
Jaringan oleh Mickey pada minit ke 68' dan Kojie pada minit ke 75' bagaikan tiada erti, namun nampak la kesungguhan pemain untuk terus mempertahankan maruah Pahang. Tidak seperti pengurusan PBNP dan Cip Razip yang leka dengan mainan politik dan langsung tidak menghiraukan maruah PFC yang semakin terkoyak.
Sumber: Pahang FC |
Harap skuad muda yang menentang Kelantan pada malam tersebut dikekalkan pada musim depan. Itu pon jika mereka yang diatas masih sayangkan dan mahu menjaga nama Pahang.
Wednesday, 17 August 2016
LIGA SUPER 2016: Pahang FC Mahu Ke Liga Perdana Dengan Bergaya
Pahang kaloh lagi...
Saturday, 13 August 2016
PIALA MALAYSIA 2016: Kemenangan Yang Tidak Bermakna
Pasukan yang dulunya pawer dan digeruni lawan, kini, bolehlah diibaratkan seperti seorang makcik yang dipukau oleh Mat Indon. Begitu senang menyerahkan segala harta benda untuk kesenangan orang lain.
Malam semalam merupakan perlawanan ke-5 piala Malaysia bagi kumpulan B, dan merupakan satu perlawanan yang akan menentukan nasib bagi ke peringkat seterusnya.
Pahang perlu menang sambil mengharapkan Selangor di ayamkan oleh Kelantan.
Dan, Pahang telah menang tetapi kemenangan itu tidak bermakna kerana Selangor yang diharapkan tumpas, berjaya menewaskan pàsukan yang digelar Qu Puteh The Red Warrior. Ermmm, panjang amat gelarannya.
Ibarat, menang sorak kampung tergadai.
Tamat perlawanan semalam menyaksikan Kelantan dan Selangor berjaya keperingkat seterusnya.
Keputusan bagi perlawanan semalam:
PAHANG FC ( 2-1 ) Kuala Lupur FA
Wednesday, 10 August 2016
PIALA MALAYSIA 2016: Pahang Mengembalikan Maruah Bolosepok Selangor.
Takde sape...!!! Ya, takde sape pon orang dalam PBNP yang mahu mengembalikan maruah bolosepok Pahang. Jadi apa guna PBNP ni diteruskan...? Adakah sekadar untuk tempat deme ni dapat makan dan minum selepas mesyuarat? Atau untuk dapat tiket VIP serta jersi pree yang ditandatangani oleh pemain...? Ntohlah, kas bukannya ahli nujum yang mampu untuk membaca akal fikiran mereka.
Tuesday, 9 August 2016
PIALA MALAYSIA 2016: Selangor Belajar Main Bolo Dengan Pahang FC
Ya malam ini, Selangor menjadi tuan rumah bagi perlawanan ke-4 Piala Malaysia. Pertemuan dua pasukan otai dalam arena bolosepok Malaysia yang mengalami masalah dengan pihak pengurusan dan jurulatih.
Sunday, 7 August 2016
LIGA SUPER 2016: Pahang FC kaloh Lagi
Berita sedih dan amat mendukacitakan. PDRM berjaya mengalohkan Pahang FC dengan jaringan 1 berbalas 0 di Stadium Hang Jebat Melaka malam tadi.
Pahang FC perlu menang kelima-lima perlawanan yang akan datang sambil mengharapkan pasukan lain seri ataupun kaloh. Ermmm... Jijikkan. Namun itulah realitinya jika PBNP mahu meneruskan niatnya ingin kekal dalam Liga Super musim depan.
Ya, dalam sebarang pertandingan ada menang dan ada kaloh. Itu sudah lumrah permainan. Dan penyokong pon akan akur jika itu sudah ditakdirkan. Tapi jika setiap kali perlawanan memanjang kaloh je, takkan penyokong nok biarkan dan redho...?
Penyokong tak boleh salohkan pemain kerana pemain bermain berdasarkan tektikal jurulatih. Jika tektikal diberikannya cantik, maka akan cantiklah keputusannya dan jika tektikal gaya gampang, maka akan gampanglah cara mainnya. Tapi kalaa player nok boikot coach dan pengurusan, mereka akan sengaja main sambil lewa.
Jadi, siapa yang patut dipersalahkan...?
Ya, sudah semestinya pihak pengurusan PBNP. Kenapa PBNP dengan tenang menerima keputusan setiap kali perlawanan berakhir...? Tiadakah rasa malu atau tidakkah maruah mereka tercabar dengan kekalohan serta mutu mainan yang gampang?
Kenapa tak nasihatkan Pengurus pasukan supaya mengkaborkan kat jurulatih agar anok buohnya bermain dengan baik...? Apa tugas Pengurus jika hanya duduk menyepi sambil main handphone di bench. Sepatutnya jawatan pengurus pasukan disekalikan dengan jawatan jurulatih. Macam kelab luar negara.
Ermmm apa pon keputusan lepas ni. Di harak PBNP dirombak secara besar-besaran. Cukup-cukuplah mencalarkan maruah rakyat Pahang dan memalukan Pahang.