Friday 30 December 2016

PAHANG FA: Jadual Piala FA Bagi Pahang

Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang akan menerima tetamu yang amat pawer lagi mantak bagi saingan Piala FA pusingan ke-2. Pasukan mana lagi kalaa bukan Pahang FA.

Mengikut undian yang dijalankan, JDT II akan bertemu Pahang pada 14 Februari, 2017.


Wednesday 21 December 2016

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016




Anugerah Bolosepok Kebangsaan (ABK) 2016 akan diadakan pada 23 Disember, 2016 bertempat di Geno Hotel Subang Jaya, Selangor.

Acara gilang-gemilang itu akan bermula pada pukul 8.30 malam.

Sebanyak 25 kategori bakal dipertandingkan.

Senarai Kategori Anugerah Bolasepak Kebangsaan

Tuesday 20 December 2016

JAKO Mahu Angkuh Bersama Pahang

Page rasmi Pahang FA telah mengistiharkan bahawa jenama dari Jerman iaitu JAKO akan menaja jersi mereka musim depan.

Harap senang la jumpa jersi original di kedei rasmi Pahang FA, itupun kalaa PBNP berminat nok bukok kedei aksesori jenama Pahang FA.


Sunday 18 December 2016

Pemain Baru Pahang FA Musim 2017

Barisan pemain baru Pahang FA untuk musim 2017 dilihat semakin mantak dan pawer. Dengan prestasi semasa mereka yang begitu membanggakan, tidak mustahil Pahang akan sengaja menjadi kuat dan gagah setelah memberi pasukan lain merasai kejuaraan pada musim 2016.

Pahang dan pawer memang tidak dapat dipisahkan.

Kechik dan Muslim Ahmad dari Kelantan FA.
Zubir Azmi, JKT, Ahmad Nordin dan Saha dari Terengganu FA.
Syamim dan Jayaseelan dari Felda United.
Nuri dari Perak FA, dan
Wan Azraei dari T-Team.


Gambar diatas telah diambil dari page Harimau Malaysia.

Saturday 17 December 2016

RUMORS 2017: Jenama Jersi Pasukan 2017

11 jenama terkemuka dikaitkan dengan jersi pasukan Liga Super musim 2017.

Ahhh... Deme tengok je la gambor di bawoh ni yang kas ambik tanpa kebenaran dari Twitter My Football Liga.



Friday 16 December 2016

Jersi Pahang 2017 Berjenama JAKO ?

Pemain pasukan terpawer dan terhensem, Pahang FA, dilihat memakai jersi jenama JAKO semasa perlawanan persahabatan 'Pra-Musim' di Thailand.

JAKO adalah jenama terkemuka antarabangsa yang diasakan oleh orang Jerman.

Antara kelab Asia yang pernah mendapat tajaan jenama JAKO

Walaubagaimanapun, pihak PBNP tidak mengesahkan lagi jersi jenih apa dan jenama mende untuk dipakai musim depan.

Alaaa... slow la PBNP ni. Nok berrahasia sangat. FAK!!!




Thursday 15 December 2016

Pahang FA Kembali Menjadi Pahang FA

Tahniah kepada PBNP kerana mengangkat kembali maruah bolosepok Pahang dengan menguna semula logo lama yang pepalih hensemnya.

Nama pasukan Pahang juga kembali menjadi Pahang FA. Ini bermakna tiada lagi DNAkoneck yang diasaskan oleh ex-ceo PFC.

Pasti ramai diluar sana mengutuk kerana Pahang FC (Pfc) kembali menjadi Pahang FA. Dan ada juga yang beranggapan penyokong Pahang ni jenih "Glory Hunters" kerana tidak sabar-sabar menunggu hasil dari Pfc yang dilihat tidak bermaya musim lalu.

Ahhh... Biarkan kata-kata mereka. Ini pasukan kesayangan kita. Buat apa hendak dengar cakap orang.

* * * * * * * * * * * * * * *

Penyokong Pahang bukanlah jenih penyokong yang tak mahukan perubahan. Biarlah perubahan itu secara beransur-ansur dan berperingkat. Bukannya secara mengejut sehinggakan hampir kesemua pemain utama di lepaskan dan mengguna pemain muda yang masih belum serasi untuk bermain di level senior. Dan banyak lagi...

Biorkan benda hok yang lalu tu berlalu pergi meninggalkan kita yang hensem ni.

* * * * * * * * * * * * * * *

Apa yang menjadi persoalannya sekarang ini adalah PENSWASTAAN.

PBNP masih ada niat nak teruskan penswastaan Pahang FA ni atau tidak? Jika ada niat, baik teruskan sahaja niat suci itu. Tapi kalau taknak menswastakan pasukan, FAK PBNP!!!

Atau adakah penswastaan musim lalu hanya lakonan semata-mata. FAK PBNP sekali lagi.

* * * * * * * * * * * * * * *

Penswastaan akan menyebabkan kroni-kroni PBNP tak dapat cari makan.




Wednesday 14 December 2016

Piala Emas Raja-Raja 2016 dan Kojie

Walaupun Liga-M 2016 telah pun berlalu, namun atas semangat dan maruah bolosepok, sukan bolosepok tidak pernah lupus dari hati dan sanubari rakyat Pahang. Apa sahaja kejohanan bolosepok yang dianjurkan, pasti akan ada wakil dari negeri Pahang yang mana sukan bolosepok ini sudah sebati dengan nyawa rakyat Pahang.

Malam semalam, perlawanan akhir piala yang boleh dikatakan tertua di Asia telah pun berlangsung. Perlawanan yang membabitkan pasukan Pahang dan PDRM berlangsung dalam suasana yang meriah, lagi meriah dari perlawanan terakhir Liga Super, final Piala FA dan final Piala Malaysia.

Untuk makluman semua, PERR kali ini merupakan Edisi Ke-76.

* * * * * * * * * * * *

16 pasukan telah menyertai Piala Emas Raja-Raja untuk musim 2016 dimana 15 darinya datang dari Malaysia dan 1 pasukan lagi dari Singapura. Dan amat mengecewakan apabila wakil dari Johor terpaksa menarik diri semasa peringkat kumpulan atas sebab-sebab yang kas tak dapat kenal pasti lagi. Dan kas malas nak kenal pasti.

Untuk rekod, Pahang selaku juara kumpulan A menewaskan juara bertahan tahun lepas, Negeri 9, dengan aggregat 4-3 di peringkat suku akhir.

Piala Presiden 2017: Sesi Pemilihan Pemain

Kepada anak-anak Pahang yang berumur Bawah 21 tahun. PBNP akan mengadakan pemilihan pemain untuk Piala Presiden tahun 2017.

Bemula pada 15 Disember dan akan berakhir pada 18 Disember, 2016 di Padang MPK 1A, Kuantan.


Harap jangan ada sifat memilih kroni sendiri.

Tuesday 13 December 2016

Media Pahang FC dan PBNP Tidak Sebulu...?

Di khabarkan bahawa trip "Jelajah Thailand" tidak akan disertai oleh pihak media Pahang FC.

Apa...??? Media rasmi pasukan dipinggirkan...??? Bagaimana penyokong mahu mendapat segala jenis info  dan "live update"pasal pasukan semasa perlawanan persahabatan tersebut...?

Bukan sahaja perlawanan "Jelajah Thailand", perlawanan persahabatan pun pihak media Pahang FC takkan buat "Live Update". Kalau dapat update pun mungkin selepas perlawanan.

Kas sertakan Twitter 'screenshot' dari pihak media Pahang FC.


Perlawanan Persahabatan "Jelajah Thailand" Bakal Bermula.

Hebat.

Pahang FC bakal mengadakan siri Jelajah Thailand sebelum Liga-M bermula musim depan. Dikhabarkan mereka akan bermastautin selama 7 hari di negara Gajah Putih itu.

Pasukan yang akan mereka tentang adalah Rayong United, PTT Rayong, Port FC dan Chonburi FC.

Ahhh... Deme tengok je la jadual yang kas rembat dari twitter My Football Liga.



Gajah melawan Gajah.
Harimau tersepit telor.

Tuesday 22 November 2016

Pencalonan Anugerah PUSKAS

Faiz Subri telah tercalon dalm TOP 10 anugerah PUSKAS yang dianjurkan oleh FIFA. Amat menjadi kebanggaan peminat bolosepok apabila ada anak Malaysia yang mampu melakukan jaringan bertaraf dunia.

Ahhhh... Cakak banyok pon tak guna. moh ngundi jaringan Faiz Subri yang amat lawo.

Klik Gambor untuk mengundi:



KLIK LINK DISEBELAH UNTUK MENGUNDI >>> Faiz Subri For PUSKAS Awards <<<

Friday 18 November 2016

PIALA SUZUKI AFF 2016 - Kumpulan B

PIALA SUZUKI AFF 2016 bakal membuka tirai pada 19 November dan berakhir 17 Disember 2016.

Kejohanan yang memasuki Edisi ke-11 ini akan menyaksikan 8 pasukan berentap sesama sendiri dan di bahagikan kepada 2 kumpulan.

Kumpulan A:
Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina

Kumpulan B:
Kemboja, Laos, Timor Leste dan Brunei

Kumpulan A akan bermain di Filipina manakal Kumpulan pula akan beraksi di Myanmar.



Wednesday 16 November 2016

AFF CUP 2016 : 23 Pemain Pilihan OKS

Harimau Malaysia telah menyenaraikan 23 pemain yang akan mengamuk di bumi Myanmar. Doakan mereka pulang membawa khabar yang gembira.

Turut sama dalam skuad ini adalah Abam Matt, kapten Pahang FC.

*RALAT - Tiada pemain yang bernama Khairul Nizam Jothi dalam skuad ini





Terima Kasih Fauzi Roslan

Page-page bolasepak telah memberi bayang bahawa pemain yang menggunakan nama timbangan Budok Pekan akan berhijrah ke Melaka pada musim depan. Namun tidak dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini. 

Akaun facebook milik Fauzi Roslan ( Muhammad Fauzi ) turut mengatakan bahawa beliau tidak akan bersama Pahang Fc musim depan. Dan beliau mengucapkan penghargaan terima kasih kepada PFC kerana memberi ilmu bolosepok untuk beliau terus maju dalam sukan nombor 1 ini. Adakah ini bermakna beliau akan pasti meninggalkan PFC...???


Untuk menguatkan cerita ini, page facebook Kawan Budok Pekan 19 mengepost sekeping gambar berlatarbelakangkan sebuah bangunan yang bersejarah di Melaka.


Untuk rekod, R. Surendran dan Abdul Aziz Ismail telah berhijrah ke Melaka pada musim 2016.

Tuesday 15 November 2016

Jersi Baharu, Jersi Lama, Logo FAM dan NIKE

* * * * * * * * * * * * * *

"If you're ashamed to stand by your colours, you better seek for another flag"
Mokhtar Dahari

* * * * * * * * * * * * * *

Seperti yang sedia maklum, pasukan bolosepok Malaysia kebiasaanya akan menukar jersi setiap 2 tahun sekali. Dan pada tahun ini, iaitu pada hari ini, telah berlangsungnya majlis pelancaran jersi baru untuk pasukan negara.

Jersi yang dilancarkan oleh NIKE Malaysia, akan diguna pakai bagi saingan Piala SUZUKI AFF 2016. Walaupun kelihatan simple tetapi ianya masih menampakkan kegarangannya.


JIka 3 jersi sebelum ini dilekatkan bendera Malaysia di dada pemain, jersi pada edisi kali ini logo FAM akan di gunakan. Sebenarnya dalam bola sepak antarabangsa, logo federasi adalah ‘standard’ yang biasanya digunakan di bahagian dada jersi kebangsaan. Jika dilihat pada kejohanan Euro 2016, Copa America 2016 dan Piala Asia 2015, hampir kesemua negara menggunakan logo federasi atau pun logo pasukan di jersi masing-masing.

Dan untuk mengetahui lebih lanjut mengapa logo lama digunakan sedangkan logo baharu Harimau Malaysia telah dilancarkan pada 16 September lalu...?




* * * * * * * * * * * * * * *

Tidak manis sekiranya kita lihat jersi baru sehingga lupa akan design jersi lama pasukan negara. Untuk itu kas menyertakan 2 keping gambar jersi-jersi terdahulu untuk kita buat sebagai kenang-kenangan.

Jersi Home Malaysia 1950 - 2016

Jersi Away 1980-2016


Papua New Guinea Belajar Main Bolo Dengan Harimau Malaysia

Seperti yang telah sedia maklum, Malaysia atau nama timbangan barunya, Harimau Malaysia telah berjaya mengalahkan Papua New Guinea petang semalam.



Perlawanan ini ibarat misi membalas dendam pasukan negara setelah mereka dikalahkan oleh pasukan sama pada 17 Jun lalu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Harimau Malaysia terlebih dahulu dikejutkan oleh jaringan Nigel Dabinyaba yang menyumbang gol tunggal Papua New Guinea  petang semalam sebelum pemain Harimau Malaysia mengamuk dan berjaya menghasilkan 2 gol.

Pada minit ke-21, Hazwan Bakri menyamakan kedudukan sekaligus menaikkan kembali semangat pemain negara untuk terus berjuang di dalam keadaan hujan lebat. Dan kedudukan kekal 1-1 sehingga wisel separuh masa pertama ditiupkan.

Amri Yahyah menjadi hero Harimau Malaysia semalam apabila dengan tenang menyudahkan sepakan penalti setelah Darren Lok dijatuhkan pada minit ke-47.

Senarai Pemain Pilihan OKS - Malaysia vs Papua New Guinea




Tuesday 8 November 2016

Senarai Pasukan Bersaing Di LIga Super dan Liga Perdana 2017


12 pasukan layak bersaing di Liga Super bagi musim 2017.

  1. JDT 1
  2. Felda United FC
  3. Kedah FA
  4. Kelantan FA
  5. Selangor FA
  6. Perak FA
  7. T-Team
  8. Sarawak FA
  9. Pahang FC
  10. Pulau Pinang FA
  11. Melaka United Soccer Association
  12. PKNS FC
* * * * * * * * * *


12 pasukan yang bakal bersaing di Liga Perdana 2017.
  1. JDT 2
  2. Negeri Sembilan
  3. Kuala Lumpur
  4. Perlis FA
  5. DRB HIcom
  6. Kuantan FA
  7. Sabah FA
  8. UITM FC
  9. MIFA
  10. Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
  11. PDRM FA
  12. Terengganu FA

Monday 7 November 2016

RUMORS: Jurulatih Dan Pemain Yang Dikaitkan Dengan PFC

Liga Malaysia 2016 telah pun tamat. Namun sukan bolosepok Malaysia masih belum tamat. Terdapat pelbagai rumors dan serta mengenai pasukan-pasukan yang menyertai Liga M. Namun yang lebih menarik perhatian adalah senarai jurulatih dan pemain yang bakal beraksi dalam Liga Malaysia.

* * * * * * * * * *

Antara calon jurulatih yang dikatakan akan membimbing pasukan Pahang FC musim 2017.

Nama                                        : Dollah Salleh
Pasukan Terakhir Dilatih         : Perlis FA (Nov 2015-Kini)
Pencapaian Pasukan Terakhir : Ke-6 Liga Perdana


Nama                                        : Mehmet Durakovic
Pasukan Terakhir Dilatih         : Selangor FA ( 2014-2015)
Pencapaian Pasukan Terakhir : Piala Malaysia 2015

* * * * * * * * * *

Antara nama-nama pemain yang dikaitkan dengan pasukan Pahang FC musim 2017.

Nama   : Ashaari Shamsudin
Asal   : Terengganu
Pasukan Lama/Sekarang   : Terengganu FA

Nama   : Joseph Kalang Tie
Asal   :  Sarawak
Pasukan Lama/Sekarang   : Terengganu FA

 Nama   : Ahmad Syamim Yahya
Asal   :  Pahang
Pasukan Lama/Sekarang   : Felda United FC

Nama   : Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
Asal   : Kelantan
Pasukan Lama/Sekarang   : Kelantan


Sebenarnya ramai lagi yang dikaitkan dengan pasukan pawer ini, namun nama-nama inilah yang dilihat akan diikat oleh Pahang FC untuk musim 2017.

Masih ada sinar untuk Pahang FC...

Thursday 3 November 2016

Antara Razip Ismail, Ex-CEO, Jersi dan DNA

Meskipun beliau berjaya melaksanakan misi singkat pengurusan Pahang FC untuk mengekalkan pasukan Tok Gajah dalam Liga Super musim depan, namun dengan 6 kekalahan (semasa kendalian beliau) dan menyebabkan pasukan hampir terjerumus ke dasar liga serta di tambah lagi dengan suara penyokong yang mahukan beliau berehat dari bangku coach, nasib Razip Ismail kini bagai telor di hujung tanduk.

Razip Ismail
Jika kita imbas rekod terkini semasa beliau mengambil alih pasukan berkuatkuasa 17 Mac sehingga kini, pasukan Pahang hanya berjaya memenangi 5 perlawanan dan 1 kemenangan percuma, 5 keputusan seri serta 6 kekalahan dalam liga super. Pahang terlepas aksi Piala Malaysia 2016 kerana kecundang ketika dalam kumpulan lagi. Suara penyokong yang mahu beliau dihentikan ada asasnya.


Hadirnya beliau bagi mengantikan Coach Ahmad Shaharudin Rosdi yang meletak jawatan pada 8 Mac, 2016 sebenarnya tidak disenangi oleh penyokong. Kerana rekod beliau sebagai coach sebelum ini tidaklah membanggakan walaupun berjaya menjulang Piala Bangabandhu pada tahun 2015. Ramai masih ingat tentang kegagalan beliau membawa Kuala Lumpur FA keluar dari zaman kegelapan mereka serta sekadar di tangga ke-8 Liga Perdana musim 2012.

* * * * * * * * * *

Liga Malaysia telah pun menutup tirainya, untuk itu mari kita soroti perjalanan Pahang FC Musim ini.

Sebelum memasuki tahun 2016, PBNP dengan secara rasminya menswastakan pasukan Pahang FA kepada Pahang FC. CEO Fahrizal Hasan dilantik untuk menguruskan PFC secara korporat. Namun, masuk sahaja tahun baru iaitu sesaat selepas logo Pahang FC diperkenalkan, PFC dicemuh. Pasal mende pulok...?

Logo Baru Pahang FC

Pada tanggal 1 Januari, 2016, tepat jam 12 malam logo baru Pahang FC diperkenalkan. Sebenarnya ramai yang tidak menyukai logo yang diperkenalkan oleh bekas CEO PFC ini yang seakan-akan menyerupai logo Liverpool FC, sebuah kelab yang beridentitikan ayam dan diayamkan di Liga Perdana Inggeris. Ramai yang membantah, malah ramai juga yang menyukainya. Yang membantah itu semuanya tergolong dalam kalangan pencinta bolosepok Pahang.



13 Februari, jersi PFC di pertontonkan kepada umum. Berbeza dengan tahun 2015, acara pengenalan jersi ini hanya diadakan di perkarangan tapak parking berhadapan Pintu Utama Stadium Darul Makmur. Penyokong yang membantah pasal logo tadi sekali lagi mempertikaikan tentang acara yang secara ala kadar ini. Dan dari situlah, penyokong yang mencintai bolosepok Pahang seakan sudah tahu akan kegawatan kewangan yang dihadapi oleh PFC. Ahhh... Penyokong setia mana tahu semua ni.

Jersi PFC Home dan Away
Memperoleh 3 kekalahan dan sekali seri serta ditambah pula kegagalan PFC di pusingan ke-3 Piala FA telah memaksa Fahrizal Hasan, CEO PFC meletakkan jawatan selepas kekalahan yang memalukan kepada Sime Darby di tempat sendiri. Beliau yang sebelum ini telah memperkenalkan dnaPFC, telah dikecam kerana menyenaraikan ramai pemain muda dan import yang tidak segah mana.

Fahrizal Hasan (Ex-CEO PFC)
Penyokong mana yang tak mengamuk jika dilepaskan hampir kesemua pemain utama ke pasukan lain semata-mata mahu menyerapkan DNA gampang beliau kedalam hati dan sanubari pemain muda. Dibawah pengurusan beliau jugalah Pahang FC menghadapai satu lagi masalah yang sama dengan kes Borji. Namun kali ini dengan kelab Frenz United yang melibat pemain muda R. Dinesh dan Kogileswaran. Tapi tahniah juga diucapkan kepada Ex-CEO kerana beliau masih follow up sehingga berjaya menyerapkan pemain muda ini ke skuad utama PFC.

Kogi dan R. Dinesh
Tak cukup dengan itu, 7 Mac, 2016, Coach Shah dan pembantu beliau Azarudin Aziz telah menghantar surat perletakkan jawatan. Walaupun berpengalaman sebagai penolong jurulatih kepada Zainal Abidin Hassan, bekas Cip Pahang FA..., pengalaman beliau masih belum boleh untuk melatih PFC.


Tak lama selepas perlantikan Razip Ismail, coach Ahmad Shaharudin  kembali dipanggil untuk membantu Razip melatih Pahang FC.


Sumber:

Berita Harian - Ceo Letak Jawatan
Sinar Harian - Fahrizal Letak Jawatan
Utusan - Ahmad Shah Letak Jawatan
Berita Harian - Razip Ismail Jurulatih Pahang
Berita Harian - Kogi, Dinesh Milik Pahang
Berita Harian - Pahang Tidak Boleh Daftar Dinesh dan Kogi
Utusan - Ahmad Shah Kembali Ke PFC

Monday 31 October 2016

Penalti, Jaringan Dan Senarainya

Piala Malaysia 2016 Edisi Ke-90

Memang nampak mudah jika kita melihat pemain profesional mengambil sepakan penalti. Tetapi, deme tahu tak bahawa mengambil sepakan penalti untuk menentukan kemenangan pasukan merupakan satu tekanan yang amat berat tanggungjawabnya.

Ahhh... Tanpa berlengah lagi, mari kita lihat senarai pemain yang menjaringkan gol dan tidak melalui sepakan penalti malam semalam.

Selangor vs Kedah
Sumber: Footbal Malaysia LLP

Tahniah buat Kedah, dan buat Selangor mari kita nyanyi lagu ni:

"Main bola bukannya susah,
Sepak penalti lagi mudah.

Alamak apa terjadi,
Sudah kalah 2 kali.

Tiada siapa yang nak tegur,
Tapi mungkin penjaga gol.

Nasiblah ada KFC,
Kepak ayam penawar hati"

Kedah Dan Selangor Seri, Tapi Kedah Yang Julang

Tahniah Kedah...

* * * * * * * * * * 

Malam semalam, Kedah berjaya mengalahkan Selangor dalam kejohanan Piala Malaysia Edisi 90 sekaligus menebus kekecewaan final musim lalu yang menyaksikan Kedah tewas 0-2 kepada Selangor. Perlawanan yang penuh dramatik dan laju yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan berakhir dengan penentuan sepakan penalti.

Dalam masa 45 minit awal, kedua-dua pasukan buntu untuk menghasilkan jaringan. Masuk sahaja minit ke-52, Rizal Ghazali berjaya memecahkan suasana dan atmosfera Stadium Shah Alam dengan sorokan dari penyokong Kedah.

Namun 8 minit selepas itu, Hazwan Bakri menyamakan kedudukan hasil lorongan Wleh. Sekali lagi suasana SSA bergema dengan sorakan, tapi kali ini datangnya dari penyokong Selangor.

Keputusan seri memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan. Namun tiada jaringan dilakukan dalam masa 30 minit yang diberikan, sehingga membawa ke penentuan sepakan penalti.

Rizal Ghazali menjadi wira buat pasukan Kedah setelah berjaya menyempurnakan sepakan penaltinya, kerana sebelum itu seorang pemain Selangor Rizal Fahmi, gagalmenjaringkan gol.

Keputusan Penalti:
Kedah 6 - 5 Selangor



* * * * * * * * * *

Rizal Ghazali dinobatkan sebagai Pemain Terbaik TM PIala Malaysia 2016


* * * * * * * * * *

Setiap seorang pemain Kedah dijangka akan menerima RM25 000 seorang yang mana RM20 000 dari KFA dan RM5 000 lagi dari kerajaan Negeri Kedah (Klik Disini Untuk Selanjutnya). Bukan itu sahaja, skuad Lang Merah akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa untuk menghadapi Liga Malaysia musim depan.

Kedah juga mengisytiharkan hari ini (Isnin) sebagai cuti peristiwa selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951 kerana sokongan padu penyokong yang sanggup menempuh perjananan yang jauh semata-mata untuk menang.

Friday 28 October 2016

Rumors Perpindahan Pemain Bagi Musim 2017

Ini hanyalah rumors perpindahan pemain Liga Malaysia bagi musim 2017.

Sumber: Harimau Malaya

Thursday 27 October 2016

Hari Rock Malaysia

Rimba Bara telah mengumumkan bahawa hari ini, iaitu tanggal 27 Oktober, 2016 adalah Hari Rock Malaysia.



Hari ini juga filem arahan Mamat Khalid berjudul "Rock Bro" ditayangkan disegenap dan diseluruh pelusok negara.

Ayuh, hidupkan kembali kegemilangan ROCK!!!


PDRM FA : Bagai Meludah Ke Langit

Penghujung musim Liga Malaysia semakin panas apabila PDRM FA mula membuat tuntutan dalam page Facebook miliknya, PDRM FAmengenai Martin Lucero (JDT 1) yang dikhabarkan mengutip 3 kad kuning dalam perlawanan sebelumnya telah diturunkan menentang mereka pada 16 Ogos lalu di Stadium Larkin.

Di post pada: 26 Oktober, 2016 | 02:31 petang | Rabu

Apa yang menjadi persoalannya, mengapa mereka mula mengambil tindakan setelah satu artikel dari laman web Football Channel yang bertajuk "Wajarkah Isu Kad Kuning Martin Lucero Disemak Semula Dan Apakah Impak Kepada Pasukan Lain? di publish pada 26 Oktober, 2016...?

Di post pada: 26 Oktober, 2016 | 11.43 pagi | Rabu
Mengapa mereka tak nak menyiasat sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh pasukan Pahang FC? Untuk rekod, Pahang FC mendapat 3 mata percuma setelah mereka membuat bantahan kerana Kedah FA menyenaraikan pemain yang telah dikenakan 3 kad kuning menentang mereka pada 3 Ogos. Dalam perlawanan terbabit, Kedah telah menang 1-0 keatas Pahang.



Pada perlawanan akhir Liga Super, PDRM FA telah dikalahkan oleh Sarawak (2-1) dan dengan kekalahan tersebut PDRM FA bakal beraksi di Liga Perdana musim depan.

26 Oktober, 2016 | 11.16 pagi | Isnin
Jika sebelum ini page PDRM FA telah keluarkan satu artikel copy&paste mengenai kes Kedah-Pahang yang mengelirukan mereka, kali ini mereka pula mahu terbabit dalam kes yang seakan sama. Tapi yang peliknya, mengapa mereka mahu membuat bantahan setelah artikel dari Football Channel di keluarkan? Kenapa tidak buat bantahan sebelum perlawanan terakhir bermula? Kenapa setelah mereka diistiharkan akan ke Liga Perdana baru mereka bising? Mereka ni tak tahu undang-undang bolosepok Malaysia ke?


Untuk makluman, perlawanan terakhir mereka pada 22 Oktober (Sabtu) dan mereka mula bising pada 24 Oktober. Dan perlawanan menentang JDT (semasa Lucero diturunkan) pada 16 Ogos, ehhhh, dah lebih 48 jam dah ni Abam Polih.

Sedarlah, deme bukan pawer pon.