Monday 31 October 2016

Kedah Dan Selangor Seri, Tapi Kedah Yang Julang

Tahniah Kedah...

* * * * * * * * * * 

Malam semalam, Kedah berjaya mengalahkan Selangor dalam kejohanan Piala Malaysia Edisi 90 sekaligus menebus kekecewaan final musim lalu yang menyaksikan Kedah tewas 0-2 kepada Selangor. Perlawanan yang penuh dramatik dan laju yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan berakhir dengan penentuan sepakan penalti.

Dalam masa 45 minit awal, kedua-dua pasukan buntu untuk menghasilkan jaringan. Masuk sahaja minit ke-52, Rizal Ghazali berjaya memecahkan suasana dan atmosfera Stadium Shah Alam dengan sorokan dari penyokong Kedah.

Namun 8 minit selepas itu, Hazwan Bakri menyamakan kedudukan hasil lorongan Wleh. Sekali lagi suasana SSA bergema dengan sorakan, tapi kali ini datangnya dari penyokong Selangor.

Keputusan seri memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan. Namun tiada jaringan dilakukan dalam masa 30 minit yang diberikan, sehingga membawa ke penentuan sepakan penalti.

Rizal Ghazali menjadi wira buat pasukan Kedah setelah berjaya menyempurnakan sepakan penaltinya, kerana sebelum itu seorang pemain Selangor Rizal Fahmi, gagalmenjaringkan gol.

Keputusan Penalti:
Kedah 6 - 5 Selangor



* * * * * * * * * *

Rizal Ghazali dinobatkan sebagai Pemain Terbaik TM PIala Malaysia 2016


* * * * * * * * * *

Setiap seorang pemain Kedah dijangka akan menerima RM25 000 seorang yang mana RM20 000 dari KFA dan RM5 000 lagi dari kerajaan Negeri Kedah (Klik Disini Untuk Selanjutnya). Bukan itu sahaja, skuad Lang Merah akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa untuk menghadapi Liga Malaysia musim depan.

Kedah juga mengisytiharkan hari ini (Isnin) sebagai cuti peristiwa selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951 kerana sokongan padu penyokong yang sanggup menempuh perjananan yang jauh semata-mata untuk menang.

No comments:

Post a Comment