Wednesday 16 November 2016

Terima Kasih Fauzi Roslan

Page-page bolasepak telah memberi bayang bahawa pemain yang menggunakan nama timbangan Budok Pekan akan berhijrah ke Melaka pada musim depan. Namun tidak dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini. 

Akaun facebook milik Fauzi Roslan ( Muhammad Fauzi ) turut mengatakan bahawa beliau tidak akan bersama Pahang Fc musim depan. Dan beliau mengucapkan penghargaan terima kasih kepada PFC kerana memberi ilmu bolosepok untuk beliau terus maju dalam sukan nombor 1 ini. Adakah ini bermakna beliau akan pasti meninggalkan PFC...???


Untuk menguatkan cerita ini, page facebook Kawan Budok Pekan 19 mengepost sekeping gambar berlatarbelakangkan sebuah bangunan yang bersejarah di Melaka.


Untuk rekod, R. Surendran dan Abdul Aziz Ismail telah berhijrah ke Melaka pada musim 2016.

No comments:

Post a Comment