Thursday, 27 October 2016

PDRM FA : Bagai Meludah Ke Langit

Penghujung musim Liga Malaysia semakin panas apabila PDRM FA mula membuat tuntutan dalam page Facebook miliknya, PDRM FAmengenai Martin Lucero (JDT 1) yang dikhabarkan mengutip 3 kad kuning dalam perlawanan sebelumnya telah diturunkan menentang mereka pada 16 Ogos lalu di Stadium Larkin.

Di post pada: 26 Oktober, 2016 | 02:31 petang | Rabu

Apa yang menjadi persoalannya, mengapa mereka mula mengambil tindakan setelah satu artikel dari laman web Football Channel yang bertajuk "Wajarkah Isu Kad Kuning Martin Lucero Disemak Semula Dan Apakah Impak Kepada Pasukan Lain? di publish pada 26 Oktober, 2016...?

Di post pada: 26 Oktober, 2016 | 11.43 pagi | Rabu
Mengapa mereka tak nak menyiasat sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh pasukan Pahang FC? Untuk rekod, Pahang FC mendapat 3 mata percuma setelah mereka membuat bantahan kerana Kedah FA menyenaraikan pemain yang telah dikenakan 3 kad kuning menentang mereka pada 3 Ogos. Dalam perlawanan terbabit, Kedah telah menang 1-0 keatas Pahang.



Pada perlawanan akhir Liga Super, PDRM FA telah dikalahkan oleh Sarawak (2-1) dan dengan kekalahan tersebut PDRM FA bakal beraksi di Liga Perdana musim depan.

26 Oktober, 2016 | 11.16 pagi | Isnin
Jika sebelum ini page PDRM FA telah keluarkan satu artikel copy&paste mengenai kes Kedah-Pahang yang mengelirukan mereka, kali ini mereka pula mahu terbabit dalam kes yang seakan sama. Tapi yang peliknya, mengapa mereka mahu membuat bantahan setelah artikel dari Football Channel di keluarkan? Kenapa tidak buat bantahan sebelum perlawanan terakhir bermula? Kenapa setelah mereka diistiharkan akan ke Liga Perdana baru mereka bising? Mereka ni tak tahu undang-undang bolosepok Malaysia ke?


Untuk makluman, perlawanan terakhir mereka pada 22 Oktober (Sabtu) dan mereka mula bising pada 24 Oktober. Dan perlawanan menentang JDT (semasa Lucero diturunkan) pada 16 Ogos, ehhhh, dah lebih 48 jam dah ni Abam Polih.

Sedarlah, deme bukan pawer pon.

2 comments:

  1. FAM pun bengong..patut check dulu kelayakan pemain sblum perlawanan..kan ada senarai pemain..

    ReplyDelete