Wednesday 14 December 2016

Piala Emas Raja-Raja 2016 dan Kojie

Walaupun Liga-M 2016 telah pun berlalu, namun atas semangat dan maruah bolosepok, sukan bolosepok tidak pernah lupus dari hati dan sanubari rakyat Pahang. Apa sahaja kejohanan bolosepok yang dianjurkan, pasti akan ada wakil dari negeri Pahang yang mana sukan bolosepok ini sudah sebati dengan nyawa rakyat Pahang.

Malam semalam, perlawanan akhir piala yang boleh dikatakan tertua di Asia telah pun berlangsung. Perlawanan yang membabitkan pasukan Pahang dan PDRM berlangsung dalam suasana yang meriah, lagi meriah dari perlawanan terakhir Liga Super, final Piala FA dan final Piala Malaysia.

Untuk makluman semua, PERR kali ini merupakan Edisi Ke-76.

* * * * * * * * * * * *

16 pasukan telah menyertai Piala Emas Raja-Raja untuk musim 2016 dimana 15 darinya datang dari Malaysia dan 1 pasukan lagi dari Singapura. Dan amat mengecewakan apabila wakil dari Johor terpaksa menarik diri semasa peringkat kumpulan atas sebab-sebab yang kas tak dapat kenal pasti lagi. Dan kas malas nak kenal pasti.

Untuk rekod, Pahang selaku juara kumpulan A menewaskan juara bertahan tahun lepas, Negeri 9, dengan aggregat 4-3 di peringkat suku akhir.



Kuala Lumpur menjadi pencabar Pahang di peringkat separuh akhir, namun atas kekentalan anak-anak Pahang, mereka berjaya menewaskan pasukan K.L dengan keputusan secara aggregat  2-1.

Jumpa mereka di final adalah PDRM. Sudah tahu akan kekurangan PDRM kerana ditempatkan dalam kumpulan A. Aksi Pahang semakin mantak apabila menewaskan PDRM dengan jumlah jaringan yang besar iaitu 6-2.

Menjadi wira Pahang pada malam semalam adalah Kojie yang lebih sinonim dengan panggilan "Kawan Budok Pekan". Beliau mejaringkan 4 biji gol sebagai ucapan selamat tinggal kepada Pahang. Untuk makluman, musim depan Kojie akan bermain untuk pasukan Melaka United.

Pahang:

  1. Kojie - 18'
  2. Kojie - 19'
  3. Sharul Nizam - 56'
  4. Kojie - 66'
  5. Kojie - 69'
  6. Baqiuddin - 79'
PDRM:


  1. Mohd Afzal - 44'
  2. Mohd Afzal - 90+'





Untuk makluman semua. Kas tak nengok secara live pun perlawanan semalam.

No comments:

Post a Comment