Thursday 3 November 2016

Antara Razip Ismail, Ex-CEO, Jersi dan DNA

Meskipun beliau berjaya melaksanakan misi singkat pengurusan Pahang FC untuk mengekalkan pasukan Tok Gajah dalam Liga Super musim depan, namun dengan 6 kekalahan (semasa kendalian beliau) dan menyebabkan pasukan hampir terjerumus ke dasar liga serta di tambah lagi dengan suara penyokong yang mahukan beliau berehat dari bangku coach, nasib Razip Ismail kini bagai telor di hujung tanduk.

Razip Ismail
Jika kita imbas rekod terkini semasa beliau mengambil alih pasukan berkuatkuasa 17 Mac sehingga kini, pasukan Pahang hanya berjaya memenangi 5 perlawanan dan 1 kemenangan percuma, 5 keputusan seri serta 6 kekalahan dalam liga super. Pahang terlepas aksi Piala Malaysia 2016 kerana kecundang ketika dalam kumpulan lagi. Suara penyokong yang mahu beliau dihentikan ada asasnya.


Hadirnya beliau bagi mengantikan Coach Ahmad Shaharudin Rosdi yang meletak jawatan pada 8 Mac, 2016 sebenarnya tidak disenangi oleh penyokong. Kerana rekod beliau sebagai coach sebelum ini tidaklah membanggakan walaupun berjaya menjulang Piala Bangabandhu pada tahun 2015. Ramai masih ingat tentang kegagalan beliau membawa Kuala Lumpur FA keluar dari zaman kegelapan mereka serta sekadar di tangga ke-8 Liga Perdana musim 2012.

* * * * * * * * * *

Liga Malaysia telah pun menutup tirainya, untuk itu mari kita soroti perjalanan Pahang FC Musim ini.

Sebelum memasuki tahun 2016, PBNP dengan secara rasminya menswastakan pasukan Pahang FA kepada Pahang FC. CEO Fahrizal Hasan dilantik untuk menguruskan PFC secara korporat. Namun, masuk sahaja tahun baru iaitu sesaat selepas logo Pahang FC diperkenalkan, PFC dicemuh. Pasal mende pulok...?

Logo Baru Pahang FC

Pada tanggal 1 Januari, 2016, tepat jam 12 malam logo baru Pahang FC diperkenalkan. Sebenarnya ramai yang tidak menyukai logo yang diperkenalkan oleh bekas CEO PFC ini yang seakan-akan menyerupai logo Liverpool FC, sebuah kelab yang beridentitikan ayam dan diayamkan di Liga Perdana Inggeris. Ramai yang membantah, malah ramai juga yang menyukainya. Yang membantah itu semuanya tergolong dalam kalangan pencinta bolosepok Pahang.



13 Februari, jersi PFC di pertontonkan kepada umum. Berbeza dengan tahun 2015, acara pengenalan jersi ini hanya diadakan di perkarangan tapak parking berhadapan Pintu Utama Stadium Darul Makmur. Penyokong yang membantah pasal logo tadi sekali lagi mempertikaikan tentang acara yang secara ala kadar ini. Dan dari situlah, penyokong yang mencintai bolosepok Pahang seakan sudah tahu akan kegawatan kewangan yang dihadapi oleh PFC. Ahhh... Penyokong setia mana tahu semua ni.

Jersi PFC Home dan Away
Memperoleh 3 kekalahan dan sekali seri serta ditambah pula kegagalan PFC di pusingan ke-3 Piala FA telah memaksa Fahrizal Hasan, CEO PFC meletakkan jawatan selepas kekalahan yang memalukan kepada Sime Darby di tempat sendiri. Beliau yang sebelum ini telah memperkenalkan dnaPFC, telah dikecam kerana menyenaraikan ramai pemain muda dan import yang tidak segah mana.

Fahrizal Hasan (Ex-CEO PFC)
Penyokong mana yang tak mengamuk jika dilepaskan hampir kesemua pemain utama ke pasukan lain semata-mata mahu menyerapkan DNA gampang beliau kedalam hati dan sanubari pemain muda. Dibawah pengurusan beliau jugalah Pahang FC menghadapai satu lagi masalah yang sama dengan kes Borji. Namun kali ini dengan kelab Frenz United yang melibat pemain muda R. Dinesh dan Kogileswaran. Tapi tahniah juga diucapkan kepada Ex-CEO kerana beliau masih follow up sehingga berjaya menyerapkan pemain muda ini ke skuad utama PFC.

Kogi dan R. Dinesh
Tak cukup dengan itu, 7 Mac, 2016, Coach Shah dan pembantu beliau Azarudin Aziz telah menghantar surat perletakkan jawatan. Walaupun berpengalaman sebagai penolong jurulatih kepada Zainal Abidin Hassan, bekas Cip Pahang FA..., pengalaman beliau masih belum boleh untuk melatih PFC.


Tak lama selepas perlantikan Razip Ismail, coach Ahmad Shaharudin  kembali dipanggil untuk membantu Razip melatih Pahang FC.


Sumber:

Berita Harian - Ceo Letak Jawatan
Sinar Harian - Fahrizal Letak Jawatan
Utusan - Ahmad Shah Letak Jawatan
Berita Harian - Razip Ismail Jurulatih Pahang
Berita Harian - Kogi, Dinesh Milik Pahang
Berita Harian - Pahang Tidak Boleh Daftar Dinesh dan Kogi
Utusan - Ahmad Shah Kembali Ke PFC

No comments:

Post a Comment