Tuesday 15 November 2016

Jersi Baharu, Jersi Lama, Logo FAM dan NIKE

* * * * * * * * * * * * * *

"If you're ashamed to stand by your colours, you better seek for another flag"
Mokhtar Dahari

* * * * * * * * * * * * * *

Seperti yang sedia maklum, pasukan bolosepok Malaysia kebiasaanya akan menukar jersi setiap 2 tahun sekali. Dan pada tahun ini, iaitu pada hari ini, telah berlangsungnya majlis pelancaran jersi baru untuk pasukan negara.

Jersi yang dilancarkan oleh NIKE Malaysia, akan diguna pakai bagi saingan Piala SUZUKI AFF 2016. Walaupun kelihatan simple tetapi ianya masih menampakkan kegarangannya.


JIka 3 jersi sebelum ini dilekatkan bendera Malaysia di dada pemain, jersi pada edisi kali ini logo FAM akan di gunakan. Sebenarnya dalam bola sepak antarabangsa, logo federasi adalah ‘standard’ yang biasanya digunakan di bahagian dada jersi kebangsaan. Jika dilihat pada kejohanan Euro 2016, Copa America 2016 dan Piala Asia 2015, hampir kesemua negara menggunakan logo federasi atau pun logo pasukan di jersi masing-masing.

Dan untuk mengetahui lebih lanjut mengapa logo lama digunakan sedangkan logo baharu Harimau Malaysia telah dilancarkan pada 16 September lalu...?




* * * * * * * * * * * * * * *

Tidak manis sekiranya kita lihat jersi baru sehingga lupa akan design jersi lama pasukan negara. Untuk itu kas menyertakan 2 keping gambar jersi-jersi terdahulu untuk kita buat sebagai kenang-kenangan.

Jersi Home Malaysia 1950 - 2016

Jersi Away 1980-2016


No comments:

Post a Comment