Pahang dan keajaiban memang tidak dipisahkan.
Terkini, Pahang telah terselamat dari dihumban ke lembah Liga Perdana setelah FAM melucutkan hak Kedah FA bagi perlawanan menentang Pahang pada 3 Ogos yang lalu. Keputusan dibuat disebabkan pengurusan Kedah FA menyenaraikan pemain yang digantung secara automatik setelah menerima 3 kad kuning dalam perlawanan berbeza.
Pasukan Kedah dikira telah kalah dalam perlawanan tersebut dengan jaringan Kedah 0-3 Pahang. Selain itu Kedah juga didenda sebanyak RM5000 dan diberi amaran keras agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Kronologi kad kuning yang diterima Rizal Ghazali (sehingga 3 Ogos):
Walaubagaimanapun, pasukan Kedah hanya senyap dengan keputusan yang dibuat oleh badan induk bolosepok negara, FAM.
Kronologi dan Kedudukan Terkini Liga Super |
Pasukan Kedah dikira telah kalah dalam perlawanan tersebut dengan jaringan Kedah 0-3 Pahang. Selain itu Kedah juga didenda sebanyak RM5000 dan diberi amaran keras agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Kronologi kad kuning yang diterima Rizal Ghazali (sehingga 3 Ogos):
- 13.2.2016 - menentang Felda United, minit ke-39'.
- 21.5.2016 - menentang PDRM, minit ke-81'.
- 26.7.2016 - menentang Pulau Pinang, minit ke-60'.
Walaubagaimanapun, pasukan Kedah hanya senyap dengan keputusan yang dibuat oleh badan induk bolosepok negara, FAM.
* * * * * * * * * * * * * * *
Sehingga artikel ini ditulis, hanya Terengganu sahaja yang berbunyi mahu membantah keputusan FAM yang dilihat tidak memihak kepada mereka.
Datuk Rozi Mamat, EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu berasa kecewa dengan keputusan tersebut dan dikhabarkan akan menghantar surat bantahan.
Bacaan Lanjut di >>> Terengganu News |
Untuk rekod, dua pasukan paling corot dalam Liga Super adalah Pulau Pinang dan Terengganu yang berkongsi 19 mata. Manakala 2 lagi pasukan yang termasuk dalam golongan hampir tercorot dan masih berpeluang ke Liga Perdana musim depan adalah Sarawak dan PDRM. Masing-masing memperoleh 21 mata.
* * * * * * * * * * * * * * *
Berita Pahang kekal di Liga Super musim depan telah menyebabkan ramai penyokong lain meroyan dan tidak dapat menerima hakikat bahawa Pahang FC adalah anak emas FAM. Penyokong mana? Ala penyokong yang bolos 3 kali tu la.
No comments:
Post a Comment