Seramai 25 pemain akan dibawa oleh Datuk Ong Kim Swee ke Singapura, esok (5 Oktober) untuk bertemu Singapura di Stadium Nasional, Singapura pada 7 Oktober ini (Jumaat). Perlawanan persahabatan antarabangsa ini dkategorikan sebagai perlawanan gred “A”.
Senarai 25 Pemain Yang Akan Menentang Singapore |
Sementara itu, terdapat 5 pemain yang tidak dibawa ke Singapura (termasuk Kapten Pahang, Abam Matt) dan akan terus menjalani latihan ringan/pemulihan di Wisma FAM, Kelana Jaya sebelum menyertai semula latihan penuh sekembalinya 25 pemain dari Singapura pada Sabtu, 8 Oktober 2016 untuk persiapan menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Afghanistan di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober ini (Selasa).
Senarai 5 Pemain Yang Mengalami Masalah Kesihatan (Masih Ada Peluang Untuk Menentang Afghanistan) |
KOMEN KETUA JURULATIH KEBANGSAAN, DATUK ONG KIM SWEE
"Kelima-lima pemain ini bukan digugurkan tetapi mereka tetap akan menjalani latihan ringan dan latihan pemulihan di Wisma FAM, Kelana Jaya bersama pegawai yang telah kita khaskan sepanjang tiga hari skuad kebangsaan berada di Singapura.
"Apabila pasukan kembali ke tanah air pada Sabtu ini, mereka akan bersama semula pasukan untuk sesi latihan penuh sebagai persediaan menghadapi perlawanan bertemu Afghanistan.
"Ronny mengalami kecederaan belakang, Nasir mengalami kecederaan groin manakala Matthew mengalami sedikit masalah kesihatan.
"Saya tidak membawa Khairul Fahmi ke Singapura kerana ingin memberi peluang kepada dua lagi penjaga gol, sama ada Khairulazhan dan Hafizul Hakim beraksi. Sementara Khuzaimi akan berada dalam skuad untuk bertemu Afghanistan."
Lawan Sesawang FAM:>>> Football Association of Malaysia
No comments:
Post a Comment