Monday 17 October 2016

Muadzam Shah Bersorak, Raub Mengangkat Maruah Bolosepok

Sabtu, 15 Oktober : Stadium Temerloh bergema dengan sorakkan penyokong dari Muadzam Shah usai sahaja wisel penamat di tiupkan. Manakan tidak, pasukan yang deme sokong tu berjaya mengalahkan sebuah pasukan yang amat kuat dari Pahang Barat, iaitu Raub FA, dalam perlawanan akhir Piala KDYMM Sultan Pahang 2016.



Pintu gol Raub berjaya dibolosi sebanyak 3 kali pada malam itu. Namun semangat juang yang ditunjukkan pemuda-pemuda Raub untuk mempertahankan maruah bolosepok Raub patut dibanggakan. Mereka kini berjaya menaik taraf sukan bolosepok Raub. Dengan ketiadaan liga tempatan, kekangan dana, menumpang padang orang dan tidak ramai penyokong yang tahu kewujudan pasukan, mereka tidak peduli tentang semua itu.

Apa yang penting bagi mereka adalah untuk menaikkan nama Raub setaraf dengan pasukan besar yang lain. Kini mereka berjaya membuktikan kepada warga Raub yang bolosepok daerah masih boleh bernafas. Masih boleh diselamatkan.

Ayuh warga Raub yang cintakan bolosepok. Ajarkan anak deme asas bolosepok. Penuhkan padang dengan pemuda yang inginkan sukan bolosepok terus menapak di Raub.

Jaringan:
1. Mohd Norizwan Mustafa, 12'
2. Engku Syahrial Kahpi, 62'
3. Mohd Syazwan Mohd Abu Bakar, 82'


PASUKAN HADIAH (RM)
JUARA MUADZAM SHAH FA 17 000
N. JUARA RAUB FA 12 000
KE-3/4 TEMERLOH FA 3000
KE-3/4 JERANTUT FA 3000

No comments:

Post a Comment