Monday 31 October 2016

Penalti, Jaringan Dan Senarainya

Piala Malaysia 2016 Edisi Ke-90

Memang nampak mudah jika kita melihat pemain profesional mengambil sepakan penalti. Tetapi, deme tahu tak bahawa mengambil sepakan penalti untuk menentukan kemenangan pasukan merupakan satu tekanan yang amat berat tanggungjawabnya.

Ahhh... Tanpa berlengah lagi, mari kita lihat senarai pemain yang menjaringkan gol dan tidak melalui sepakan penalti malam semalam.

Selangor vs Kedah
Sumber: Footbal Malaysia LLP

Tahniah buat Kedah, dan buat Selangor mari kita nyanyi lagu ni:

"Main bola bukannya susah,
Sepak penalti lagi mudah.

Alamak apa terjadi,
Sudah kalah 2 kali.

Tiada siapa yang nak tegur,
Tapi mungkin penjaga gol.

Nasiblah ada KFC,
Kepak ayam penawar hati"

Kedah Dan Selangor Seri, Tapi Kedah Yang Julang

Tahniah Kedah...

* * * * * * * * * * 

Malam semalam, Kedah berjaya mengalahkan Selangor dalam kejohanan Piala Malaysia Edisi 90 sekaligus menebus kekecewaan final musim lalu yang menyaksikan Kedah tewas 0-2 kepada Selangor. Perlawanan yang penuh dramatik dan laju yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan berakhir dengan penentuan sepakan penalti.

Dalam masa 45 minit awal, kedua-dua pasukan buntu untuk menghasilkan jaringan. Masuk sahaja minit ke-52, Rizal Ghazali berjaya memecahkan suasana dan atmosfera Stadium Shah Alam dengan sorokan dari penyokong Kedah.

Namun 8 minit selepas itu, Hazwan Bakri menyamakan kedudukan hasil lorongan Wleh. Sekali lagi suasana SSA bergema dengan sorakan, tapi kali ini datangnya dari penyokong Selangor.

Keputusan seri memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan. Namun tiada jaringan dilakukan dalam masa 30 minit yang diberikan, sehingga membawa ke penentuan sepakan penalti.

Rizal Ghazali menjadi wira buat pasukan Kedah setelah berjaya menyempurnakan sepakan penaltinya, kerana sebelum itu seorang pemain Selangor Rizal Fahmi, gagalmenjaringkan gol.

Keputusan Penalti:
Kedah 6 - 5 Selangor



* * * * * * * * * *

Rizal Ghazali dinobatkan sebagai Pemain Terbaik TM PIala Malaysia 2016


* * * * * * * * * *

Setiap seorang pemain Kedah dijangka akan menerima RM25 000 seorang yang mana RM20 000 dari KFA dan RM5 000 lagi dari kerajaan Negeri Kedah (Klik Disini Untuk Selanjutnya). Bukan itu sahaja, skuad Lang Merah akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa untuk menghadapi Liga Malaysia musim depan.

Kedah juga mengisytiharkan hari ini (Isnin) sebagai cuti peristiwa selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951 kerana sokongan padu penyokong yang sanggup menempuh perjananan yang jauh semata-mata untuk menang.

Friday 28 October 2016

Rumors Perpindahan Pemain Bagi Musim 2017

Ini hanyalah rumors perpindahan pemain Liga Malaysia bagi musim 2017.

Sumber: Harimau Malaya

Thursday 27 October 2016

Hari Rock Malaysia

Rimba Bara telah mengumumkan bahawa hari ini, iaitu tanggal 27 Oktober, 2016 adalah Hari Rock Malaysia.



Hari ini juga filem arahan Mamat Khalid berjudul "Rock Bro" ditayangkan disegenap dan diseluruh pelusok negara.

Ayuh, hidupkan kembali kegemilangan ROCK!!!


PDRM FA : Bagai Meludah Ke Langit

Penghujung musim Liga Malaysia semakin panas apabila PDRM FA mula membuat tuntutan dalam page Facebook miliknya, PDRM FAmengenai Martin Lucero (JDT 1) yang dikhabarkan mengutip 3 kad kuning dalam perlawanan sebelumnya telah diturunkan menentang mereka pada 16 Ogos lalu di Stadium Larkin.

Di post pada: 26 Oktober, 2016 | 02:31 petang | Rabu

Apa yang menjadi persoalannya, mengapa mereka mula mengambil tindakan setelah satu artikel dari laman web Football Channel yang bertajuk "Wajarkah Isu Kad Kuning Martin Lucero Disemak Semula Dan Apakah Impak Kepada Pasukan Lain? di publish pada 26 Oktober, 2016...?

Di post pada: 26 Oktober, 2016 | 11.43 pagi | Rabu
Mengapa mereka tak nak menyiasat sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh pasukan Pahang FC? Untuk rekod, Pahang FC mendapat 3 mata percuma setelah mereka membuat bantahan kerana Kedah FA menyenaraikan pemain yang telah dikenakan 3 kad kuning menentang mereka pada 3 Ogos. Dalam perlawanan terbabit, Kedah telah menang 1-0 keatas Pahang.



Pada perlawanan akhir Liga Super, PDRM FA telah dikalahkan oleh Sarawak (2-1) dan dengan kekalahan tersebut PDRM FA bakal beraksi di Liga Perdana musim depan.

26 Oktober, 2016 | 11.16 pagi | Isnin
Jika sebelum ini page PDRM FA telah keluarkan satu artikel copy&paste mengenai kes Kedah-Pahang yang mengelirukan mereka, kali ini mereka pula mahu terbabit dalam kes yang seakan sama. Tapi yang peliknya, mengapa mereka mahu membuat bantahan setelah artikel dari Football Channel di keluarkan? Kenapa tidak buat bantahan sebelum perlawanan terakhir bermula? Kenapa setelah mereka diistiharkan akan ke Liga Perdana baru mereka bising? Mereka ni tak tahu undang-undang bolosepok Malaysia ke?


Untuk makluman, perlawanan terakhir mereka pada 22 Oktober (Sabtu) dan mereka mula bising pada 24 Oktober. Dan perlawanan menentang JDT (semasa Lucero diturunkan) pada 16 Ogos, ehhhh, dah lebih 48 jam dah ni Abam Polih.

Sedarlah, deme bukan pawer pon.

Friday 21 October 2016

Pahang Kekal, Kedah Rileks, Terengganu Bantah, Penyokong Lain Yang Meroyan.

Memang benarlah kata orang zaman dahulu kala. Jika mahu merasa keajaban pergilah ke sebuah negeri yang kaya dengan emas, bijih besi serta boksit.

Pahang dan keajaiban memang tidak dipisahkan.

Kronologi dan Kedudukan Terkini Liga Super
Terkini, Pahang telah terselamat dari dihumban ke lembah Liga Perdana setelah FAM melucutkan hak Kedah FA bagi perlawanan menentang Pahang pada 3 Ogos yang lalu. Keputusan dibuat disebabkan pengurusan Kedah FA menyenaraikan pemain yang digantung secara automatik setelah menerima 3 kad kuning dalam perlawanan berbeza.

Pasukan Kedah dikira telah kalah dalam perlawanan tersebut dengan jaringan Kedah 0-3 Pahang. Selain itu Kedah juga didenda sebanyak RM5000 dan diberi amaran keras agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Kronologi kad kuning yang diterima Rizal Ghazali (sehingga 3 Ogos):

  1. 13.2.2016 - menentang Felda United, minit ke-39'.
  2. 21.5.2016 - menentang PDRM, minit ke-81'.
  3. 26.7.2016 - menentang Pulau Pinang, minit ke-60'.

Walaubagaimanapun, pasukan Kedah hanya senyap dengan keputusan yang dibuat oleh badan induk bolosepok negara, FAM.


* * * * * * * * * * * * * * *

Sehingga artikel ini ditulis, hanya Terengganu sahaja yang berbunyi mahu membantah keputusan FAM yang dilihat tidak memihak kepada mereka.

Datuk Rozi Mamat, EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu berasa kecewa dengan keputusan tersebut dan dikhabarkan akan menghantar surat bantahan.

Bacaan Lanjut di >>> Terengganu News

Untuk rekod, dua pasukan paling corot dalam Liga Super adalah Pulau Pinang dan Terengganu yang berkongsi 19 mata. Manakala 2 lagi pasukan yang termasuk dalam golongan hampir tercorot dan masih berpeluang ke Liga Perdana musim depan adalah Sarawak dan PDRM. Masing-masing memperoleh 21 mata.

* * * * * * * * * * * * * * *

Berita Pahang kekal di Liga Super musim depan telah menyebabkan ramai penyokong lain meroyan dan tidak dapat menerima hakikat bahawa Pahang FC adalah anak emas FAM. Penyokong mana? Ala penyokong yang bolos 3 kali tu la.

Monday 17 October 2016

Muadzam Shah Bersorak, Raub Mengangkat Maruah Bolosepok

Sabtu, 15 Oktober : Stadium Temerloh bergema dengan sorakkan penyokong dari Muadzam Shah usai sahaja wisel penamat di tiupkan. Manakan tidak, pasukan yang deme sokong tu berjaya mengalahkan sebuah pasukan yang amat kuat dari Pahang Barat, iaitu Raub FA, dalam perlawanan akhir Piala KDYMM Sultan Pahang 2016.



Pintu gol Raub berjaya dibolosi sebanyak 3 kali pada malam itu. Namun semangat juang yang ditunjukkan pemuda-pemuda Raub untuk mempertahankan maruah bolosepok Raub patut dibanggakan. Mereka kini berjaya menaik taraf sukan bolosepok Raub. Dengan ketiadaan liga tempatan, kekangan dana, menumpang padang orang dan tidak ramai penyokong yang tahu kewujudan pasukan, mereka tidak peduli tentang semua itu.

Apa yang penting bagi mereka adalah untuk menaikkan nama Raub setaraf dengan pasukan besar yang lain. Kini mereka berjaya membuktikan kepada warga Raub yang bolosepok daerah masih boleh bernafas. Masih boleh diselamatkan.

Ayuh warga Raub yang cintakan bolosepok. Ajarkan anak deme asas bolosepok. Penuhkan padang dengan pemuda yang inginkan sukan bolosepok terus menapak di Raub.

Jaringan:
1. Mohd Norizwan Mustafa, 12'
2. Engku Syahrial Kahpi, 62'
3. Mohd Syazwan Mohd Abu Bakar, 82'


PASUKAN HADIAH (RM)
JUARA MUADZAM SHAH FA 17 000
N. JUARA RAUB FA 12 000
KE-3/4 TEMERLOH FA 3000
KE-3/4 JERANTUT FA 3000

Friday 14 October 2016

AKHIR PIALA KDYMM 2016: Muadzam Shah Bertemu Raub

Wahai peminat bolosepok sejati.

Ketahuilah olehmu bahawa, kejohanan Piala KDYMM Sultan Pahang 2016 peringkat akhir akan diadakan di Stadium Temerloh, tepat jam 8.45 malam pada hari Sabtu ini.

Piala ini bakal direbut oleh 2 pasukan yang amat pawer lagi hebat, iaitu Muadzam Shah dan Raub.

Mohon beramai-ramai ke Stadium Temerloh malaa esok untuk sama-sama memeriahkan sambil mengusha makwe-makwe stadium.

KEPUTUSAN PERLAWANAN:

MUADZAM SHAH  3-0  RAUB



Wednesday 12 October 2016

KEPUTUSAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA 2016: Malaysia 1. Afghanistan 1.

Perlawanan persahabatan antabangsa kelas A yang melinbatkan pasukan Harimau Malaysia dan Afghanistan berakhir dengan keputusan 1-1.

Gol Afghanistan dijaringkan oleh Noroallah pada minit 22 perlawanan, manakala gol dari Hadin Azman, pemain dari kelab Felda United, pada masa tambahan separuh masa pertama berjaya mengikat Afghanistan dengan keputusan seri sehingga wisel penamat ditiupkan.

Kapten Pahang, Matt. Davies melakukan hantaran lintang yang cantik kemudian Hadin menanduk dengan penuh semangat sebelum bolo tersebut membolosi gol sebelah kanan Afghanistan.


Tuesday 11 October 2016

KEPUTUSAN PERSAHABATAN 2016: Pahang FC vs A.T.M

Tidak mahu mengecewakan ATM yang datang dari jauh, Pahang FC sengaja memasukkan "Master of Flying' pada separuh masa kedua dan menjadikan keputusan malam tadi sekadar seri 2-2.


Monday 10 October 2016

JERSI PAHANG 2015: Deme Jangan Terkejut, Ianya Berharga 219 ribu



Wowww...

Tapi deme jangan lah beria amat terkejutnya. Harga sebenarnya adalah RP219,000.00 atau kalaa di'convert'kan dalam RM ianya berharga RM68++ sahaja dan dijual secara online dalam Bukalapak. Sebuah laman web dari Indonesia yang menjual pelbagai barangan secara online.

Mengikut kajian kas, jersi home 2015 ni bergred AAA.

Beli disini >>> Bukalapak/Jersi Pahang

PERSAHABATAN 2016: Pahang FC Melatih A.T.M

Pahang FC akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang ATM di Stadium Temerloh malam ini.

Stadium Temerloh, stadium yang pernah menjadi saksi kebangkitan Pahang FA. Adakah kebangkitan itu akan tercetus lagi di stadium ini...?

Moh saksikan kehebatan Pahang FC malaa ini.


Friday 7 October 2016

PFAM 2016: Pemain Terbaik Bulan September

Deme tahu tak, Kapten Pahang FC telah di calonkan sebagai Pemain Terbaik Liga Super bagi bulan September, 2016. Turut tersenarai adalah Fakhrul Aiman Sidid (PDRM FC), Thiago Augusto Fernandes (Kedah FA), Juan Martin Lucero (JDT) dan Indra Putra Mahayuddin (Kelantan FA).

Klik link untuk mengundi >>> POTM Sept, 2016 <<<





Thursday 6 October 2016

BOIKOT: 4 Produk Menyumbang Ke Tabung Zionis

Teruskan usaha memboikot dan tidak membeli produk yang telah dikenalpasti menjadi penyumbang tetap ke akaun Tabung Puak Zionis. Membeli produk mereka ibarat memberi peluru kepada Israhell untuk membunuh setiap penduduk Palestine.


Tuesday 4 October 2016

25 Pemain Disenarai Untuk Menentang Singapore, 7 Oktober.

Seramai 25 pemain akan dibawa oleh Datuk Ong Kim Swee ke Singapura, esok (5 Oktober) untuk bertemu Singapura di Stadium Nasional, Singapura pada 7 Oktober ini (Jumaat). Perlawanan persahabatan antarabangsa ini dkategorikan sebagai perlawanan gred “A”.

Senarai 25 Pemain Yang Akan Menentang Singapore
Sementara itu, terdapat 5 pemain yang tidak dibawa ke Singapura (termasuk Kapten Pahang, Abam Matt) dan akan terus menjalani latihan ringan/pemulihan di Wisma FAM, Kelana Jaya sebelum menyertai semula latihan penuh sekembalinya 25 pemain dari Singapura pada Sabtu, 8 Oktober 2016 untuk persiapan menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Afghanistan di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober ini (Selasa).

Senarai 5 Pemain Yang Mengalami Masalah Kesihatan (Masih Ada Peluang Untuk Menentang Afghanistan)
KOMEN KETUA JURULATIH KEBANGSAAN, DATUK ONG KIM SWEE

"Kelima-lima pemain ini bukan digugurkan tetapi mereka tetap akan menjalani latihan ringan dan latihan pemulihan di Wisma FAM, Kelana Jaya bersama pegawai yang telah kita khaskan sepanjang tiga hari skuad kebangsaan berada di Singapura.

"Apabila pasukan kembali ke tanah air pada Sabtu ini, mereka akan bersama semula pasukan untuk sesi latihan penuh sebagai persediaan menghadapi perlawanan bertemu Afghanistan.

"Ronny mengalami kecederaan belakang, Nasir mengalami kecederaan groin manakala Matthew mengalami sedikit masalah kesihatan.

"Saya tidak membawa Khairul Fahmi ke Singapura kerana ingin memberi peluang kepada dua lagi penjaga gol, sama ada Khairulazhan dan Hafizul Hakim beraksi. Sementara Khuzaimi akan berada dalam skuad untuk bertemu Afghanistan."

Lawan Sesawang FAM:>>> Football Association of Malaysia

Saturday 1 October 2016

Piala KDYMM Sultan Pahang: 12 Daerah Berentap

Deme tahu tak wahai pencinta bolosepok yang sejati. Piala KDYMM Sultan Pahang kini telah bermula.

Perlawanan yang telah start pada 30 September dan berakhir pada 15 Oktober, telah menemukan 12 pasukan daerah yang dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Kumpulan A:
Raub
Pekan
Kuantan
Muadzam Shah
Rompin
Kuala Lipis

Kumpulan B:
Bera
Temerloh
Jerantut
Maran
Cameron Highlands
Bentong

Kumpulan A akan bermain di Raub manakala Kumpulan B akan mengegarkan Bera. Dan perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Mini Temerloh.

Sila like pages bolosepok daerah masing-masing untuk mendapatkan update terkini. Amende??? Deme tak tahu kewujudan pages bolosepok daerah? Ahhh... takkan la deme tak tahu pages bolosepok tempat sendiri wujud, kata peminat bolosepok.

KUMPULAN A

30 September 2016
4.30 petang

Kuantan vs Muadzam Shah - Padang MD Raub
Pekan vs Rompin - Padang SK Mahmud
Raub vs Kuala Lipis - Padang SMK Chung Ching

1 Oktober 2016
4.30 petang

Muadzam Shah vs Pekan - Padang MD Raub
Raub vs Kuantan - Padang SK Mahmud
Kuala Lipis VS Rompin - Padang SMK Chung Ching

3 Oktober 2016
4.30 ptg

Rompin vs Kuantan - Padang MD Raub
Kuala Lipis vs Pekan - Padang SK Mahmud
Raub vs Muadzam Shah - Padang SMK Chung Ching

5 Oktober 2016
4.30 ptg

Muadzam Shah vs Kuala Lipis - Padang MD Raub
Kuantan vs Pekan - Padang SK Mahmud
Rompin vs Raub - Padang SMK Chung Ching

6 Oktober 2016
4.30 ptg

Rompin vs Muadzam Shah - Padang MD Raub
Kuantan vs Kuala Lipis - Padang SK Mahmud
Pekan vs Raub - Padang SMK Chung Ching

KUMPULAN B

30 September 2016
4.30 ptg

Temerloh vs Jerantut - Padang 1
Maran vs Bentong - Padang 2
**Bera vs Cameron Highlands - Padang MD Bera 1 (8.45 malam)

1 Oktober 2016
4.30 ptg

Jerantut vs Maran - Padang 1
Cameron Highlands vs Bentong - Padang 3
**Bera vs  Temerloh Padang MD Bera 1 (8.45 malam)

3 Oktober 2016
4.30 ptg

Bentong vs Temerloh - Padang 3
Cameron Highlands vs Maran (Padang 2
**Bera vs  Jerantut (Padang MD Bera 1 (8.45 malam)

5 Oktober 2016
4.30 ptg

Jerantut vs Cameron Highlands - Padang 1
Temerloh vs Maran - Padang 3
**Bentong vs Bera - Padang MD Bera 1 (8.45 malam)

6 Oktober 2016
4.30 ptg

Bentong vs Jerantut - Padang 1
Temerloh vs Cameron Highlands - Padang 2
**Maran vs Bera - Padang MD Bera 1 (8.45 malam)

9 Oktober 2016 - Separuh Akhir 1

12 Oktober 2016 - Separuh Akhir 2

15 Oktober 2016 - Akhir
Stadium MP Temerloh

Harga Mampu Milik Jersi Pahang FC

Sempena berakhirnya musim 2016 ini, Al-Ikhsan telah membuat promosi dengan menurunkan harga jersi original Pahang FC.

Jersi musim 2016 ini bakal menjadi rare kerana dengan berakhirnya Liga M musim ini, logo PFC tidak lagi digunakan. Logo gampang tersebut bakal diganti dengan logo yang lama.

Ayuh dapatkan jersi PFC jika deme pencinta jersi Liga M.

Al-ikhsan.com