Bersemangat betei pemain Pahang FA ni. Walaupun hujan menimpa bumi Pahang Darul Hensem, Cip Pablo Doloh tetap mengarahkan anak buahnya melakukan latihan sambil bermain air hujan.
Kas rasa ini adalah tektik Pablo untuk meyerasikan anak buahnya dengan keadaan semasa. Yelah, perintan hujan gini kena la berlatih dalaa hujan, baru la kena dengan situasi sebenar semasa perlawanan nanti. Baru la body tahan kalaa kena hujan, antibodi dah ada. Bak kata pepatah,"Alah Bisa, Tegal Biasa".
Cer bayangkan kala buat latihan di tempat tertutup, pasti pemain akan berasa selesa bermain tanpa hujan. Dan buatnya dalam perlawanan sebenar nanti hujan turun. Tak ke naya ke player ter. Dah la stadium di Malaysia ni takde bumbung yang tertutup secara automatik bila hujan.
Estadio Darul Makmur dah nok buat bumbung gitu, tapi memikir ke jiran yang dah 50 langkah kehadapan tak buat lagi, jadi dipendam la idea bernas itu. Nanti malu pulok deme ni nanti. Yelah, siapa lagi nak menjaga perasaan jiran kalaa bukan jiran sebelah. Nak harapkan jiran lain, semuanya ngutuk. Tak hormat langsung ke jiran yang menjadi penanda aras dalam sukan bolosepok. Tengok, betapa baiknya jiran yang hensem ni.
"Bila tubuh badan selalu terkena hujan, kelak badan itu akan serasi dengan titisan-titisan rahmat itu."
- Wan Urut, Pemilik Pusat Urutan Tradisional di Taman Ria Jerantut.
YM. Presiden mendengar penerangan dari Pablo sambil ditemani Che Nasir yang sedang mengorek gigi. |
Legend Masih berbisa. |
Pemain-pemain cuba menyebatikan diri dengan air hujan. |
Kesemua Gambor Diatas telah Diambil Dalam Page Pahang FA.
No comments:
Post a Comment