Tuesday, 24 January 2017

4 Individu Berpengaruh Dicalon Rebut Jawatan Presiden

Seramai 4 individu yang berpengaruh telah dicalonkan oleh ahli gabungan FAM untuk merebut jawatan Presiden FAM. Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sebelum ini selaku Presiden Badan Induk Bolasepak Malaysia, telah menyatakan pendiriannya tidak mahu mempertahankan jawatan tersebut.

Penyerahan nama-nama calon telah ditutup pada hari Isnin yang lalu dan senarai akhir pencalonan akan diumumkan pada 20 Februari.

Kongres Tahunan FAM Ke-53 akan bersidang pada 25 Mac, untuk menentukan siapa yang layak mengalas tangungjawab mempertahankan maruah bolosepok negara selain mampu tahan dimaki oleh penyokong bolosepok tempatan.

Kongres kali yang ke-53 ini juga akan menentukan halatuju dan arah bolosepok tanahair di bawah kepimpinan yang baru.

Antara nama yang di calonkan adalah, Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan), Tan Sri Aseh Che Mat (bekas KSU KDN), Tan Sri Annuar Musa (bekas presiden KAFA) dan TMJ, Tengku Ismail Sultan Ibrahim.


No comments:

Post a Comment