Friday 27 January 2017

Bilik Persalinan Pahang FA Berubah

PBNP nampaknya kian serius mengambil hati pemainnya apabila mereka sanggup memecah tabung sekali lagi untuk membeli kerusi yang sedak buat para pemain di bilik latihan.

Bukan sahaja kerusi malah lampu yang memaparkan logo PBNP juga ditambah bagi merangsang nafsu para pemain untuk bermain dengan lebih berwibawa diatas padang. Biarlah mereka sentiasa ingat yang mereka bukan hanya bermain demi lencana didada tetapi juga bermain untuk lencana di atas siling bilik persalinan.

Harap selepas ini kerusi untuk penyokong juga dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada punggung para penyokong. Kalaa tak nanti nok bawok kereta rasa macaa takde punggung je.

Kerusi ini dikatakan mampu memberi aura positif untuk pemain.

Bilik persalinan dalam pembikinan.

Pancaran cahaya dari logo ini mampu merangsang nafsu pemain untuk bermain dengan lebih baik.


No comments:

Post a Comment