Monday 30 January 2017

[VIDEO] - Liga Super 2 : Pahang FA vs T-Team

Estadio Darul Makmur berpesta gol atau boleh dikatakan sebagai kenduri gol. Manakan tidak, sebanyak 5 biji gol telah terhasil pada malam itu. Dan kelima-limanya dari pasukan Pahang Pawer!!!

Untuk rekod, perlawanan ini diadakan pada 27.1.2017 dan merupakan perlawanan Liga Super ke-2 bagi pasukan Pahang FA.



Sumber: Pahang FA

Sunday 29 January 2017

Senarai Pemain : Pahang FA vs T-Team

Nampok gayanya pemain-pemain import telah menunjukkan taring ketika menentang T-Teampada hari Jumaat yang lalu. Mereka seolah-olah ingin membuktikan bahawa mereka hanya berkhidmat untuk pasukan Pahang.

Mana tidoknya, kesemua 5 gol pasukan Pahang dijarigkan oleh pemain import.

Gambor dibawoh merupakan startlist pemain utama dan simpanan pasukan Pahang ketika menentang T-Team pada 27.1.2017 yang lalu.


Pahang FA
Pahang FA

T-Team
T-Team

Gambor dibawah ni pulok merupakan senarai penjaring pada malam tersebut.

PAHANG VS T-TEAM

Seperti biasa kesemua gambor yang ada dalam post ni kas ambik dari page Pahang FA.


[VIDEO] - Liga Super 1: Perak vs Pahang

Moh saksikan highlight perlawanan paling pawer lagi beh di skrin henpon atau komputer deme.

Perak vs Pahang pada 21.1.2017 bagi perlawanan Liga Super 1.


Sumber: Pahang FA

Friday 27 January 2017

Bilik Persalinan Pahang FA Berubah

PBNP nampaknya kian serius mengambil hati pemainnya apabila mereka sanggup memecah tabung sekali lagi untuk membeli kerusi yang sedak buat para pemain di bilik latihan.

Bukan sahaja kerusi malah lampu yang memaparkan logo PBNP juga ditambah bagi merangsang nafsu para pemain untuk bermain dengan lebih berwibawa diatas padang. Biarlah mereka sentiasa ingat yang mereka bukan hanya bermain demi lencana didada tetapi juga bermain untuk lencana di atas siling bilik persalinan.

Harap selepas ini kerusi untuk penyokong juga dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada punggung para penyokong. Kalaa tak nanti nok bawok kereta rasa macaa takde punggung je.

Kerusi ini dikatakan mampu memberi aura positif untuk pemain.

Bilik persalinan dalam pembikinan.

Pancaran cahaya dari logo ini mampu merangsang nafsu pemain untuk bermain dengan lebih baik.


Wednesday 25 January 2017

Latihan Tetap diteruskan Walaupun Hujan

Perghhhh...

Bersemangat betei pemain Pahang FA ni. Walaupun hujan menimpa bumi Pahang Darul Hensem, Cip Pablo Doloh tetap mengarahkan anak buahnya melakukan latihan sambil bermain air hujan.

Kas rasa ini adalah tektik Pablo untuk meyerasikan anak buahnya dengan keadaan semasa. Yelah, perintan hujan gini kena la berlatih dalaa hujan, baru la kena dengan situasi sebenar semasa perlawanan nanti. Baru la body tahan kalaa kena hujan, antibodi dah ada. Bak kata pepatah,"Alah Bisa, Tegal Biasa".

Cer bayangkan kala buat latihan di tempat tertutup, pasti pemain akan berasa selesa bermain tanpa hujan. Dan buatnya dalam perlawanan sebenar nanti hujan turun. Tak ke naya ke player ter. Dah la stadium di Malaysia ni takde bumbung yang tertutup secara automatik bila hujan.

Estadio Darul Makmur dah nok buat bumbung gitu, tapi memikir ke jiran yang dah 50 langkah kehadapan tak buat lagi, jadi dipendam la idea bernas itu. Nanti malu pulok deme ni nanti. Yelah, siapa lagi nak menjaga perasaan jiran kalaa bukan jiran sebelah. Nak harapkan jiran lain, semuanya ngutuk. Tak hormat langsung ke jiran yang menjadi penanda aras dalam sukan bolosepok. Tengok, betapa baiknya jiran yang hensem ni.

"Bila tubuh badan selalu terkena hujan, kelak badan itu akan serasi dengan titisan-titisan rahmat itu."
- Wan Urut, Pemilik Pusat Urutan Tradisional di Taman Ria Jerantut.

YM. Presiden mendengar penerangan dari Pablo sambil ditemani Che Nasir yang sedang mengorek gigi.

Legend Masih berbisa.
Pemain-pemain cuba menyebatikan diri dengan air hujan.

Kesemua Gambor Diatas telah Diambil Dalam Page Pahang FA.

Tuesday 24 January 2017

Pemain Import Pahang FA 2017

Sehingga ke saat artikel ini ditulis dan post secara automatik oleh Google, Pahang FA telah menandatangi kontrak 3 pemain import.

Antara 3 pemain yang telah menjadi hensem adalah:

  1. Heo Jae-Won dari Korea. Bermain di posisi pertahanan.
  2. Mohamadou Sumareh dari Gambia, merupakan bekas pemain Perlis FA. Di posisi Midfield.
  3. Matheus Alves Leandro dari Brazil. Beraksi di posisi Serangan.
Ini bermakna Pahang FA masih mempunyai seorang lagi kuota import yang perlu diisi. Giler ke apa tak ada rotation pemain import. Tak beh lalu.

Jika sebelum ini Julius Oiboh pernah bersama-sama pra-musim, namun ntah apa puncanya dia digugurkan sebagai pemain import

Kiko Insa pula merupakan pemain naturalisasi berdarah campuran Sepanyol-Malaysia.


4 Individu Berpengaruh Dicalon Rebut Jawatan Presiden

Seramai 4 individu yang berpengaruh telah dicalonkan oleh ahli gabungan FAM untuk merebut jawatan Presiden FAM. Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sebelum ini selaku Presiden Badan Induk Bolasepak Malaysia, telah menyatakan pendiriannya tidak mahu mempertahankan jawatan tersebut.

Penyerahan nama-nama calon telah ditutup pada hari Isnin yang lalu dan senarai akhir pencalonan akan diumumkan pada 20 Februari.

Kongres Tahunan FAM Ke-53 akan bersidang pada 25 Mac, untuk menentukan siapa yang layak mengalas tangungjawab mempertahankan maruah bolosepok negara selain mampu tahan dimaki oleh penyokong bolosepok tempatan.

Kongres kali yang ke-53 ini juga akan menentukan halatuju dan arah bolosepok tanahair di bawah kepimpinan yang baru.

Antara nama yang di calonkan adalah, Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan), Tan Sri Aseh Che Mat (bekas KSU KDN), Tan Sri Annuar Musa (bekas presiden KAFA) dan TMJ, Tengku Ismail Sultan Ibrahim.


Monday 23 January 2017

Barisan Pemain: Perak vs Pahang

Dalam gambor yang kas ambik dari page Pahang FA ni tersenarai kesebelasan pemain yang akan diturunkan menentang Perak pada 21.1.2017.



Perlawanan tersebut berakhir dengan kesudahan seri 1-1.



JKT pemain yang kas rasa layak mendapat Man Of The Match dalam perlawanan ini.


Friday 20 January 2017

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2017 Bagi Pasukan Pahang

        

tARIKH
PASUKAN
Liga Super
LS 1
21.1.2017
Perak
1
1
Pahang
LS 2
27.1.2017
Pahang
5
0
T-Team
LS 3
4.2.2017
Sarawak
0
1
Pahang
LS 4
11.2.2017
Kedah
4
1
Pahang
Piala FA
FA 1
14.2.2017
Harimau Sedang Tido II
2
4
Pahang
Liga Super
LS 5
18.2.2017
Pahang
6
1
Pulau Pinang
LS 6
25.2.2017
Melaka United
1
3
Pahang
LS 7
1.3.2017
Pahang
3
0
PKNS
LS 8
3.3.2017
Harimau Sedang Tido 1


Pahang
LS 9
19.2.2017
Pahang


FELDA
LS 10
8.4.2017
Kelantan


Pahang
LS 11
15.4.2017
Pahang


Selangor
LS 12
26.4.2017
Selangor


Pahang
LS 13
6.5.2017
Pahang


Kelantan
LS 14
1.7.2017
FELDA


Pahang
LS 15
11.7.2017
Pahang


Harimau Sedang Tido 1
LS 16
15.7.2017
PKNS


Pahang
LS 17
22.7.2017
Pahang


Melaka United
LS 18
26.7.2017
Pulau Pinang


Pahang
LS 19
5.8.2017
Pahang


Kedah
LS 20
20.9.2017
Pahang


Sarawak
LS 21
30.9.2017
T-Team


Pahang
LS 22
21.10.2017
Pahang


Perak

*Keputusan perlawanan LS1 Perak vs Pahang dikemaskini pada 23.1.2017/12.28pm.
*Keputusan perlawanan LS2 Pahang vs T-Team dikemaskini pada 30.1.2017/7.56pm.
*Keputusan perlawanan LS3 Sarawak vs Pahang dikemaskini pada 05.02.2017/5.57pm.
*Keputusan perlawanan LS4 Kedah vs Pahang dikemaskini pada 16.02.2017/12.51pm.
*Keputusan perlawanan FA1 JDT 2 vs Pahang dikemaskini pada 16.02.2017/12.52pm.
*Keputusan perlawanan LS5 Pahang vs Penang dan LS6 Melaka United vs Pahang dikemaskini pada 27.02.2017/8.35am.
*Keputusan perlawanan LS7 Pahang vs PKNS dikemaskini pada 01.03.2017/9.37 am.

Jadual Liga Super Pusingan Pertama Pasukan Pahang FA

Weh deme...

Liga Super dah nok setat. Jersi baru takde lagi ni. Stok koci tak dan nok beli.




Thursday 19 January 2017

LigaM 2017: Jadual Siaran Langsung di Televisyen

Kas dengan rasa angkuh mempersembahkan sebuah gambor yang menayangkan jadual siaran langsung LigaM kita ni.

Nampoknya Media Prima ( TV3 & TV9 ) masih lagi mendapat kontrak untuk tayangan secara langsung.

Jadual yang memaparkan tarikh dan hari serta siaran mana yang menyiarkannya, namun terdapat sedikit kekecewaan dihati apabila tiada lagi senarai pasukan yang akan masuk tv (siaran Langsung).



Wednesday 18 January 2017

Jersi Baharu (2017) Pasukan Hensem



JAKO telah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama Pahang FA. Dan mengikut perancangannya, JAKO turut akan membantu pembangunan pemain muda pasukan Pahang.

Pawer betei Pahang ni dapat sponser dari JAKO, jenama yang terkemuka di Jerman. Bukan lekeh-lekeh punya brand ni. Memang payoh la nok dapat yang tak ori dipasaran.

Mengikut sumber maklumat yang tak rasmi, harga yang akan dijual kepada peminat gelap dan penyokong Pahang adalah RM79.90. Emmm harga mampu milik untuk orang-orang hensem dan lawo.

Jersi Home dan Away diadaptasi dari templat yang sama cuma warnanya sahaja yang beruboh. Tengok je gambor dibawoh ni. Pepalih lawonya.






Jersi home pasukan Pahang FA.















Jersi away pasukan Pahang FA.














SUMBER: PAHANG FA

Pemain Pasukan Paling Hensem 2017

Pahang FA yang sebelum ini digelar Pahang FC sekejak telah mengadakan sesi pengenalan pemain untuk musim 2017.

Majlis pengenalan yang diadakan di Stadium Mini Temerloh pada 14 Januari sempena 'Karnival Super Fans'. Ahhh rugi la deme tak gi, ada artis nyanyi-nyanyi, ada AC Mizal, ada Zetty Mentor, ada Poyeng, Ada Tengku Muda (Presiden PBNP) dan ramai makwe lawo.

Namun kas sedikit hampa apabila jersi bernombor 12 masih belum berpunya, bukan sahaja nombor 12, jersi legend 17 pon masih belum berpunya.

Berikut disenaraikan pemain-pemain yang akan beraksi untuk Pahang FA musim 2017:

PENJAGA GOL
Mohd Helmi Eliza b Elias (1)
Mohd Saufi b Mohamad (22)
Wan Muhammad Azraei b Wan Teh (27)

PERTAHANAN
Mohd Saifulnizam b Miswan (3)
Muhammad Ashar Al Aafiz (30)
Mohd Faisal b Mohd Rosli (14)
Matthew Thomas Davies (2)
R Dinesh (4)
Mohd Afif b Amiruddin (19)
Muslim b Ahmad (24)
Muhammad Zubir b Azmi (25)
Heo Jae Won (15)

TENGAH
Mohd Faisal Mohd Halim (7)
Mohd Nor Azam b Azih (20)
Salomon Raj (23)
Christie Jayaselan (6)
Joseph Kallang Tie (13)
Ahmad Nordin b Alias (18)
Fransisco Insa Bohigues (9)
Wan Zaharulnizam b W Zakaria (8)
Muhammad Nurridzuan b Abu Hassan Shaari (16)
Ahmad Syamim b Yahya (11)

PENYERANG
R Kogileswaran (28)
Mohamad Ashari b Samsudin (5)
Mohamadou Sumareh (26)
Jilious Oiboh (10)

Garang Betei Gayanya

Thursday 12 January 2017

Faiz Subri Dianugerahkan FIFA PUSKAS AWARDS 2016

Tahniah Fazi Subri.