Friday 14 April 2017

[POSTER] Liga Super 11 : Pahang vs Selangor

____________________

LIGA SUPER KE-11

Pahang Hensem vs Selangor Merah
15 April | Sabtu

Estadio' Darul Makmur
_________________




Monday 3 April 2017

Piala FA 2017 : Gawang JDT Bolos 3 Kali Di Kuantan.


Estadio Darul Makmur, 1 April: Pahang atau lebih dikenali sebagai Tok Gajah atau lebih mesra di panggil Pahang Pawer berjaya menidakkan kemampuan anak buah dan tektikal Benjamin Mora, coach pasukan JDT1.

JDT seperti yang kita ketahui, memang pasukan yang terkuat masakini. Taraf mereka sudah sampai ke peringkat Asia (kata merekalah). Fasiliti mereka sudah setaraf pasukan/kelab Eropah. Pengurusan liga tempatan mereka sama hebatnya dengan pengurusan EPL.

Namun, itu semua tidak dapat menandingi nafsu buas Pahang untuk memalukan JDT. Hasilnya urang Rauk, Syamim menghukum keeper JDT dengan sekali tandukan, Alves melakukan gerakan cantik diantara pertahanan dan keeper JDT, serta Dike menguis bolo sambil melompat menggunakan 2 kaki.

Berbeza dengan jaringan Marco Antonio yang menggunakan lutut. Dalam kitab kuno, Ketamadunan Dan Falsafah Bolosepok Pahang Kuno Jilid ke-2, jaringan menggunakan lutut adalah perkara yang memalukan. Pada waktu itu, sesiapa yang melakukannya akan dihukum bertelanjang sampai habis perlawanan. Namun peraturan itu dipadam dalam teks Jilid ke-3 kerana amalan itu amat memalukan maruah keluarga dan bangsa.

Permainan Pahang pada malam Sabtu lalu amat tenang dan releks je. Berbeza dengan pasukan JDT yang terpaksa bertungkus lumus untuk mengalahkan Pahang. Lebih teruk, kapten JDT seakan hilang punca apabila berhadapan dengan Tocang.

Jelas terpancar keletihan dimuka SR8 bila berhadapan dengan Tocang.

Sudahlah kalah, penyokongnya pula tidak dapat masuk stadium kerana tiada tiket. Sebenarnya sudah diberitahu bahawa kuota tiket untuk JDT adalah 100 keping sahaja. Yang datang beramai-ramai untuk menyaksikan kekalahan kenapa? Tengok dalam tv sudah la.

Konon ada yang bagitahu bahawa pihak PBNP mengapur duit tiket mereka. Apekejadanya nak menipu mereka, setakat RM3000 (contoh nilai) PBNP boleh buat loan Bank Rakyat la. Lagipun sudah diberikan kuota 100 keping, lagi mahu mintak lebih dengan pengurusan Pahang. Woiiiii, datang beratur dekat kaunter stadium la.

Usai sahaja permainan tamat, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kedua-dua pasukan dan penyokong. Harap di sana nanti tiadalah juga masalah untuk penyokong dan pasukan Pahang. Bukan mende, FMLLP dah kabor bahawa pasukan perlu tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Masih ada 90 minit lagi di Larkin untuk Pahang memalukan JDT.


Wednesday 22 March 2017

Google Doodle : Penghargaan Buat Allahyarham P. Ramlee



Sempena hari kelahiran yang ke-88 Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, Google melancarkan Doodle khas buat lagenda seni tanahair itu.

Walaupun sudah 44 tahun beliau pergi meninggalkan kita, namun karyanya tetap segar malah masih releven untuk di tonton oleh semua lapisan masyarakat kini.

Lagenda yang berasal dari Pulau Pinang ini, merupakan seorang pelakon, penyanyi, pemuzik, penulis lagu/lirik malah, juga seorang pengarah. Dengan pelbagai kebolehan itu, memang layaklah beliau digelar 'Seniman Agung Negara'.

"Itulah yang P. Ramlee katakan, seni kami bukan untuk wang, seni kami untuk masyarakat" - Allahyarham Aziz Sattar.
Sumber: Astro Awani


Tuesday 21 March 2017

Pahang FA Berangkat Ke Hong Kong

Semalam, pasukan terpawer di Benua Asia telah terbang ke sebelah Pantai Selatan China untuk mengajar 2 pasukan dari Hong Kong cara bermain bolosepok.

Pasukan Pahang yang menaiki pesawat MH0078 berlepas pada pukul 7.50 malam waktu Malaysia.

Kitchee SC dan Glorysky FC adalah pasukan yang akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pahang. Dua pasukan ini dianggap pawer di tanahair mereka. Namun mereka lupa bahawa ada yang lebih pawer dari mereka, sapa lagi kalau bukan Pahang FA.



Thursday 16 March 2017

PIALA FA 2017 - Peringkat Suku Akhir

8 pasukan berjaya menempah tiket ke peringkat suku akhir Piala FA tahun ini. Perlawanan timbal balik ini akan bermula pada 1 April untuk peringkat suku akhir pertama manakala 21 & 23 April untuk timbal balik suku akhir kedua.

Pahang akan melayan kunjungan pasukan penanda aras di Kuatan pada 1 April dan akan mengadakan 'latihan' pada 23 April dengan JDT di Stadium Larkin.


Tuesday 14 March 2017

[VIDEO] Piala FA - Pahang FA vs Melaka United

Rakaman video Piala FA pusingan ke-3 diantara Pahang FA vs Melaka United. Untuk rekod, Pahang menang dengan jaringan 2 takde balas.


Monday 13 March 2017

[PIALA FA 2017] Pahang FA vs Melaka United

________________________

Seperti yang diketahui umum, pasukan yang pawer seperti Pahang mudah menewaskan Melaka United dalam aksi Piala FA pusingan ke-3. Namun, atas semangat kesukanan yang tinggi, Pahang hanya menjaringkan gol 2 gol kemenangan berlas kosong. Takkan la nak memalukan sekali lagi pasukan yang baru bertapak di Liga Super pada musim ini.

Untuk rekod, Pahang telah mengalahkan Melaka di laman mereka sendiri pada 25 Februari yang lalu. Dan genap 2 minggu mereka dikalahkan sekali lagi.

Jae Won meraikan sekadar ala kadar gol pertama Pahang menerusi sepakan penalti. Memang patut pun jaringan menerusi penalti tidak diraikan sevaganza atau semeriah-meriah acara kerana gol menerusi sepakan penalti adalah gol yang rendah tarafnya. Lainlah kalau sepakan penalti itu berlaku selepas pertarungan 120 minit.

Pablo Dolloh memasukkan 'The Silent Killer' pada minit ke-30' bagi mengantikan Christie yang cedera.

Faisal Rosli atau nama glemernya Tocang dikeluarkan pada minit 73', dan Dinesh dimasukkan.

Diakhir perlawanan iaitu minit 86', Azam Azih menjaringkan gol yang amat cantik dan mantak hasil dorongan dari Alves, seorang pemancing laut dalam dari Brazil.

Tamat perlawanan, Melaka pulang dengan kekecewaan setelah dilaporkan tidak lagi layak menyertai Piala FA pada tahun ini.

Kesebelasan utama Pahang FA


Pemain Pahang meraikan kehenseman penyokong



Thursday 9 March 2017

[POSTER] Piala FA : Pahang Hensem vs Melaka United

____________________________

Piala FA 2017 | Pusingan Ke-3

Pahang FA vs Melaka United
11 Mac, 2017
Sabtu

Stadium Darul Makmur

"Kalah Di Puja, Kaloh Di Maki"


Monday 6 March 2017

[LIGA SUPER 8] JDT vs Pahang Hensem

_____________________________

Ringkasan serba sedikit perlawanan JDT vs Pahang.

Pahang tiada masalah untuk mengalahkan JDT atau Penanda Aras Bolosepok Malaysia, namun atas dasar kesian dan mahu membiarkan Larkin sebagai kubu kuat JDT, Pahang sengaja memberi kemenangan kepada JDT dengan keputusan 3-2.

Kesebelasan Utama dan Simpanan

Pahang FA
________

Pablo Dolloh telah mrlskuksn 3 pertukaran pemain.

  1. JKT - Out, Christie - In. MInit 60'
  2. Azam - Out, Kiko - In. Minit 69'
  3. Ashaari - Out, Dike - In. Minit 81'


Keputusan perlawanan dan senarai penjaring.



Thursday 2 March 2017

[POSTER] Liga Super 8 : JDT vs Pahang Hensem

_____________________

LIGA SUPER KE-8

JDT vs Pahang Hensem
03 Mac, 2017 | Jumaat

Stadium Larkin


Wednesday 1 March 2017

[VIDEO] - Liga Super 6 : Melaka United vs Pahang Hensem

Tamat masa penuh, Pahang berjaya membenam kehebatan aura 5 Laksamana Melaka Bersaudara.

Keputusan, Melaka United 1-3 Pahang.





LIGA SUPER 7] Pahang Hensem vs PKNS FC

______________________________

Sang Semut Merah terpaksa menahan aib apabila dibelasah oleh Tok Gajah. Ahh, cerita banyak pun tak guna, mari saksikan senarai peamin utama dan simpanan pada malam semalam.


Tiga gol terhasil dari 3 pemain yang berbeza.

Minit 12' - Afif
Minit 58' - Alves
Minit 69' - Ashaari

Pahang menggunakan kuota pemain masuk-keluar sampai habis untuk menunjukkan pemain simpanan pun mampu bermain bolo.

Minit 73' - Dike masuk, Ashaari Keluar
Minit 78' - Muslim masuk, Jae Won keluar
Minit 78' - Kiko masuk, JKT keluar

Tuesday 28 February 2017

[POSTER] Liga Super 7 : Pahang Hensem vs PKNS FC

_______________________

LIGA SUPER KE-7

Pahang Hensem vs PKNS FC
28 Februari, 2017 | Selasa

Estadio Darul Makmur


Monday 27 February 2017

[LIGA SUPER 6] Melaka United vs Pahang Hensem

_____________________________

Pahang berjaya membaham kuih keria antarabangsa. Pawer, itulah yang patut diungkapkan apabila deme berbicara pasal Pahang FA atau lebih dikenali sebagai Pahang Hensem.

Bukanlah mahu mendabik dada atau riak, tapi itulah kenyataannya.

Pemain Utama dan Simpanan

Melaka United

Pahang FA

Pertukaran pemain oleh Pahang FA

Pertukaran pada minit 81'

Pertukaran pada minit 81'

Pertukaran pada minit 86'

Keputusan perlawanan.






Friday 24 February 2017

[POSTER] Liga Super 6: Melaka United vs Pahang FA

_____________________

LIGA SUPER KE-6

Melaka United vs Pahang Hensem
25 Februari, 2017
Sabtu

Stadium Hang Jebat



Tuesday 21 February 2017

[LIGA SUPER 2017] Pindaan Tarikh Pahang vs PKNS

____________________________

Untuk makluman semua penyokong pasukan Hensem FA, terdapat perubahan jadual bagi perlawanan Bilangan 38, iaitu perlawanan ke-7 Liga Super 2017. Perlawanan ini membabitkan Pahang FA menentang PKNS FC.

Perlawanan yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 1 Mac, terpaksa dipinda kerana perlawanan seterusnya akan berlangsung pada 3 Mac.

Walaubagaimanapun, masa dan tempat masih tidak berubah.





Monday 20 February 2017

[LIGA SUPER 5] Pahang FA vs Penang FA

_________________________

Pahang Mengamuk...!!!

Penang dibelasah Pahang 6-1.

Kali ini Penang FA yang menjadi mangsa kerakusan pemain Pahang. Mana tidaknya, bertalu-talu gol dicipta pada malam Sabtu yang lalu. Bagaikan teriakan penyokong takkan berhenti. Bergema seluruh dan setiap genap pelusuk Estadio Darul Makmur mendengar sorakan "GOLLLLL" pada malam itu.

Sehingga membangunkan 'Security Guard' ECM. Dan menjadikan lorong-lorong gelap yang selalunya dilihat berpenghuni terus sepi, mungkin mereka bagaikan terdengar bunyi tiupan sangkakala. Padahal bunyi kegembiraan penyokong Pahang.

Tambah menambah kemanisan pada malam itu. Usai sahaja perlawanan ditamatkan, dilihat, orang kuat PBNPahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berjalan kaki menuju ke 'Grand Stand' Elephant Army. Alteras Pahang yang dikabarkan mereka ini penyokong setia.

Amat mengejutkan apabila Tengku Muda Pahang, naik sendiri ke Grand Stand tersebut. Mana nak cari anak raja yang sanggup mencemar duli untuk bersama rakyat marhaen. Tiada protokol.

Lebih mengharukan, TMP sendiri mengetuai Capo untuk sama-sama melakukan tepukan bintang (ermmm yeke mende tu dipanggil tepukan bintang).

Antara penyumbang gol pada malam Sabtu lalu:

  • Sumareh. 16'
  • Kechik. 24'
  • Nigel. 30' (Penang)
  • JKT. 66'
  • Alves. 73'
  • Saha. 84'
  • Saha. 86'
 Pemain Utama dan Simpanan

 Pahang FA

FA Penang

_________________

Pahang melakukan 3 pertukaran pemain.

Minit 64'

Minit 76'

Minit 89'
________________________

Satu kad kuning dilayangkan kepada pemain Pahang.


__________________________

Apa yang membimbangkan adalah rotation pemain oleh Pablo Dolloh. Ermmm...

Friday 17 February 2017

[POSTER] LIGA SUPER 5 - Pahang Hensem vs Penang FA

_______________________

LIGA SUPER KE-5

Pahang Hensem vs Penang FA
18 Februari, 2017
Sabtu

Estadio Darul Makmur



Thursday 16 February 2017

[VIDEO] Piala FA 2017 - JDT 2 vs Pahang FA

Mari saksikan highlight perlawanan Piala FA 2017 pusingan ke-2 yang membabitkan pasukan JDT 2 menentang Pahang Hensem. Perlawanan yang berlangsung di Pasir Gudang ini telah di cemari dengan nyanyian sumbang lagi kesat oleh penyokong bersubsidi tuan rumah.

Video diambil dari page Pahang FA.


Wednesday 15 February 2017

[PIALA FA 2017] Pusingan Ke-2 : JDT 2 vs Pahang FA

________________________


Pahang, King Of Comeback.

Memang benarlah kata pepatah pujangga dari Itali yang berbunyi,

"Jika kalian merasa akan menerima kekalahan, kalian julanglah nama Pahang sebanyak tiga kali sebutan yang jelas dan padat, maka hasilnya, kemenangan yang sukar di terima pihak lawan."
- Plato Bossubsidion.

Jika dilihat dari jenis tektikal yang di praktikkan oleh Cip Pablo Dolloh, ternyata beliau masih terbelenggu dengan tektik kunonya. Tiada pembaharuan langsung. Bukanlah mahu melupakan kejayaan beliau yang terdahulu ketika beliau membimbing Pahang, tapi biarlah ianya realistik. Sekarang zaman bolosepok moden.

Zaman berubah, maka tektik pun perlulah berubah. Apa guna ada Youtube jika tak digunakan untuk kebaikan bolosepok Pahang. Kas cakap Youtube sebab itu sahajalah corak latihan yang boleh dilihat tanpa perlu berganjak dari kerusi dan tak perlukan tiket untuk pergi ke tempat latihan kelab-kelab luar.

Bercakap pasal latihan maka tiadalah hasilnya jika masih menggunakan alat yang kuno. PBNPahang  belilah peralatan yang terkini. Yang mampu menaikkan skill pemain, takkan nak berada ditakuk lama.

Ahhh kas sebenarnya penyokong lalang yang akan bersorak ketika menang dan akan gi mengail jika pasukan kaloh. Hidup mesti diteruskan.

Oleh itu deme tengoklah senarai pemain utama dan simpanan pada malam semalam. Gambor yang ada dalam ni kas ambik dari page Pahang FA.

Senarai kesebelasan utama dan simpanan

Pahang FA

JDT 2 atau nama timbangan Kelab Penanda Aras 2

Sepanjang 120 minit perlawanan, Cip kita melakukan 1 pertukaran.

Azam Azih - keluar, Salomon - masuk

Kechik menerima kad kuning pertamanya dalam saingan Piala FA 2017.

Kechik atau Wan Zaharulnizam

Keputusan penuh pada malam semalam. Bye-bye JDT 2.