Wednesday 22 March 2017

Google Doodle : Penghargaan Buat Allahyarham P. Ramlee



Sempena hari kelahiran yang ke-88 Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, Google melancarkan Doodle khas buat lagenda seni tanahair itu.

Walaupun sudah 44 tahun beliau pergi meninggalkan kita, namun karyanya tetap segar malah masih releven untuk di tonton oleh semua lapisan masyarakat kini.

Lagenda yang berasal dari Pulau Pinang ini, merupakan seorang pelakon, penyanyi, pemuzik, penulis lagu/lirik malah, juga seorang pengarah. Dengan pelbagai kebolehan itu, memang layaklah beliau digelar 'Seniman Agung Negara'.

"Itulah yang P. Ramlee katakan, seni kami bukan untuk wang, seni kami untuk masyarakat" - Allahyarham Aziz Sattar.
Sumber: Astro Awani


No comments:

Post a Comment