Monday, 20 February 2017

[LIGA SUPER 5] Pahang FA vs Penang FA

_________________________

Pahang Mengamuk...!!!

Penang dibelasah Pahang 6-1.

Kali ini Penang FA yang menjadi mangsa kerakusan pemain Pahang. Mana tidaknya, bertalu-talu gol dicipta pada malam Sabtu yang lalu. Bagaikan teriakan penyokong takkan berhenti. Bergema seluruh dan setiap genap pelusuk Estadio Darul Makmur mendengar sorakan "GOLLLLL" pada malam itu.

Sehingga membangunkan 'Security Guard' ECM. Dan menjadikan lorong-lorong gelap yang selalunya dilihat berpenghuni terus sepi, mungkin mereka bagaikan terdengar bunyi tiupan sangkakala. Padahal bunyi kegembiraan penyokong Pahang.

Tambah menambah kemanisan pada malam itu. Usai sahaja perlawanan ditamatkan, dilihat, orang kuat PBNPahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berjalan kaki menuju ke 'Grand Stand' Elephant Army. Alteras Pahang yang dikabarkan mereka ini penyokong setia.

Amat mengejutkan apabila Tengku Muda Pahang, naik sendiri ke Grand Stand tersebut. Mana nak cari anak raja yang sanggup mencemar duli untuk bersama rakyat marhaen. Tiada protokol.

Lebih mengharukan, TMP sendiri mengetuai Capo untuk sama-sama melakukan tepukan bintang (ermmm yeke mende tu dipanggil tepukan bintang).

Antara penyumbang gol pada malam Sabtu lalu:

  • Sumareh. 16'
  • Kechik. 24'
  • Nigel. 30' (Penang)
  • JKT. 66'
  • Alves. 73'
  • Saha. 84'
  • Saha. 86'
 Pemain Utama dan Simpanan

 Pahang FA

FA Penang

_________________

Pahang melakukan 3 pertukaran pemain.

Minit 64'

Minit 76'

Minit 89'
________________________

Satu kad kuning dilayangkan kepada pemain Pahang.


__________________________

Apa yang membimbangkan adalah rotation pemain oleh Pablo Dolloh. Ermmm...

No comments:

Post a Comment