Monday 13 March 2017

[PIALA FA 2017] Pahang FA vs Melaka United

________________________

Seperti yang diketahui umum, pasukan yang pawer seperti Pahang mudah menewaskan Melaka United dalam aksi Piala FA pusingan ke-3. Namun, atas semangat kesukanan yang tinggi, Pahang hanya menjaringkan gol 2 gol kemenangan berlas kosong. Takkan la nak memalukan sekali lagi pasukan yang baru bertapak di Liga Super pada musim ini.

Untuk rekod, Pahang telah mengalahkan Melaka di laman mereka sendiri pada 25 Februari yang lalu. Dan genap 2 minggu mereka dikalahkan sekali lagi.

Jae Won meraikan sekadar ala kadar gol pertama Pahang menerusi sepakan penalti. Memang patut pun jaringan menerusi penalti tidak diraikan sevaganza atau semeriah-meriah acara kerana gol menerusi sepakan penalti adalah gol yang rendah tarafnya. Lainlah kalau sepakan penalti itu berlaku selepas pertarungan 120 minit.

Pablo Dolloh memasukkan 'The Silent Killer' pada minit ke-30' bagi mengantikan Christie yang cedera.

Faisal Rosli atau nama glemernya Tocang dikeluarkan pada minit 73', dan Dinesh dimasukkan.

Diakhir perlawanan iaitu minit 86', Azam Azih menjaringkan gol yang amat cantik dan mantak hasil dorongan dari Alves, seorang pemancing laut dalam dari Brazil.

Tamat perlawanan, Melaka pulang dengan kekecewaan setelah dilaporkan tidak lagi layak menyertai Piala FA pada tahun ini.

Kesebelasan utama Pahang FA


Pemain Pahang meraikan kehenseman penyokong



No comments:

Post a Comment