Tuesday 22 November 2016

Pencalonan Anugerah PUSKAS

Faiz Subri telah tercalon dalm TOP 10 anugerah PUSKAS yang dianjurkan oleh FIFA. Amat menjadi kebanggaan peminat bolosepok apabila ada anak Malaysia yang mampu melakukan jaringan bertaraf dunia.

Ahhhh... Cakak banyok pon tak guna. moh ngundi jaringan Faiz Subri yang amat lawo.

Klik Gambor untuk mengundi:



KLIK LINK DISEBELAH UNTUK MENGUNDI >>> Faiz Subri For PUSKAS Awards <<<

Friday 18 November 2016

PIALA SUZUKI AFF 2016 - Kumpulan B

PIALA SUZUKI AFF 2016 bakal membuka tirai pada 19 November dan berakhir 17 Disember 2016.

Kejohanan yang memasuki Edisi ke-11 ini akan menyaksikan 8 pasukan berentap sesama sendiri dan di bahagikan kepada 2 kumpulan.

Kumpulan A:
Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina

Kumpulan B:
Kemboja, Laos, Timor Leste dan Brunei

Kumpulan A akan bermain di Filipina manakal Kumpulan pula akan beraksi di Myanmar.



Wednesday 16 November 2016

AFF CUP 2016 : 23 Pemain Pilihan OKS

Harimau Malaysia telah menyenaraikan 23 pemain yang akan mengamuk di bumi Myanmar. Doakan mereka pulang membawa khabar yang gembira.

Turut sama dalam skuad ini adalah Abam Matt, kapten Pahang FC.

*RALAT - Tiada pemain yang bernama Khairul Nizam Jothi dalam skuad ini





Terima Kasih Fauzi Roslan

Page-page bolasepak telah memberi bayang bahawa pemain yang menggunakan nama timbangan Budok Pekan akan berhijrah ke Melaka pada musim depan. Namun tidak dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini. 

Akaun facebook milik Fauzi Roslan ( Muhammad Fauzi ) turut mengatakan bahawa beliau tidak akan bersama Pahang Fc musim depan. Dan beliau mengucapkan penghargaan terima kasih kepada PFC kerana memberi ilmu bolosepok untuk beliau terus maju dalam sukan nombor 1 ini. Adakah ini bermakna beliau akan pasti meninggalkan PFC...???


Untuk menguatkan cerita ini, page facebook Kawan Budok Pekan 19 mengepost sekeping gambar berlatarbelakangkan sebuah bangunan yang bersejarah di Melaka.


Untuk rekod, R. Surendran dan Abdul Aziz Ismail telah berhijrah ke Melaka pada musim 2016.

Tuesday 15 November 2016

Jersi Baharu, Jersi Lama, Logo FAM dan NIKE

* * * * * * * * * * * * * *

"If you're ashamed to stand by your colours, you better seek for another flag"
Mokhtar Dahari

* * * * * * * * * * * * * *

Seperti yang sedia maklum, pasukan bolosepok Malaysia kebiasaanya akan menukar jersi setiap 2 tahun sekali. Dan pada tahun ini, iaitu pada hari ini, telah berlangsungnya majlis pelancaran jersi baru untuk pasukan negara.

Jersi yang dilancarkan oleh NIKE Malaysia, akan diguna pakai bagi saingan Piala SUZUKI AFF 2016. Walaupun kelihatan simple tetapi ianya masih menampakkan kegarangannya.


JIka 3 jersi sebelum ini dilekatkan bendera Malaysia di dada pemain, jersi pada edisi kali ini logo FAM akan di gunakan. Sebenarnya dalam bola sepak antarabangsa, logo federasi adalah ‘standard’ yang biasanya digunakan di bahagian dada jersi kebangsaan. Jika dilihat pada kejohanan Euro 2016, Copa America 2016 dan Piala Asia 2015, hampir kesemua negara menggunakan logo federasi atau pun logo pasukan di jersi masing-masing.

Dan untuk mengetahui lebih lanjut mengapa logo lama digunakan sedangkan logo baharu Harimau Malaysia telah dilancarkan pada 16 September lalu...?




* * * * * * * * * * * * * * *

Tidak manis sekiranya kita lihat jersi baru sehingga lupa akan design jersi lama pasukan negara. Untuk itu kas menyertakan 2 keping gambar jersi-jersi terdahulu untuk kita buat sebagai kenang-kenangan.

Jersi Home Malaysia 1950 - 2016

Jersi Away 1980-2016


Papua New Guinea Belajar Main Bolo Dengan Harimau Malaysia

Seperti yang telah sedia maklum, Malaysia atau nama timbangan barunya, Harimau Malaysia telah berjaya mengalahkan Papua New Guinea petang semalam.



Perlawanan ini ibarat misi membalas dendam pasukan negara setelah mereka dikalahkan oleh pasukan sama pada 17 Jun lalu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Harimau Malaysia terlebih dahulu dikejutkan oleh jaringan Nigel Dabinyaba yang menyumbang gol tunggal Papua New Guinea  petang semalam sebelum pemain Harimau Malaysia mengamuk dan berjaya menghasilkan 2 gol.

Pada minit ke-21, Hazwan Bakri menyamakan kedudukan sekaligus menaikkan kembali semangat pemain negara untuk terus berjuang di dalam keadaan hujan lebat. Dan kedudukan kekal 1-1 sehingga wisel separuh masa pertama ditiupkan.

Amri Yahyah menjadi hero Harimau Malaysia semalam apabila dengan tenang menyudahkan sepakan penalti setelah Darren Lok dijatuhkan pada minit ke-47.

Senarai Pemain Pilihan OKS - Malaysia vs Papua New Guinea




Tuesday 8 November 2016

Senarai Pasukan Bersaing Di LIga Super dan Liga Perdana 2017


12 pasukan layak bersaing di Liga Super bagi musim 2017.

  1. JDT 1
  2. Felda United FC
  3. Kedah FA
  4. Kelantan FA
  5. Selangor FA
  6. Perak FA
  7. T-Team
  8. Sarawak FA
  9. Pahang FC
  10. Pulau Pinang FA
  11. Melaka United Soccer Association
  12. PKNS FC
* * * * * * * * * *


12 pasukan yang bakal bersaing di Liga Perdana 2017.
  1. JDT 2
  2. Negeri Sembilan
  3. Kuala Lumpur
  4. Perlis FA
  5. DRB HIcom
  6. Kuantan FA
  7. Sabah FA
  8. UITM FC
  9. MIFA
  10. Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
  11. PDRM FA
  12. Terengganu FA

Monday 7 November 2016

RUMORS: Jurulatih Dan Pemain Yang Dikaitkan Dengan PFC

Liga Malaysia 2016 telah pun tamat. Namun sukan bolosepok Malaysia masih belum tamat. Terdapat pelbagai rumors dan serta mengenai pasukan-pasukan yang menyertai Liga M. Namun yang lebih menarik perhatian adalah senarai jurulatih dan pemain yang bakal beraksi dalam Liga Malaysia.

* * * * * * * * * *

Antara calon jurulatih yang dikatakan akan membimbing pasukan Pahang FC musim 2017.

Nama                                        : Dollah Salleh
Pasukan Terakhir Dilatih         : Perlis FA (Nov 2015-Kini)
Pencapaian Pasukan Terakhir : Ke-6 Liga Perdana


Nama                                        : Mehmet Durakovic
Pasukan Terakhir Dilatih         : Selangor FA ( 2014-2015)
Pencapaian Pasukan Terakhir : Piala Malaysia 2015

* * * * * * * * * *

Antara nama-nama pemain yang dikaitkan dengan pasukan Pahang FC musim 2017.

Nama   : Ashaari Shamsudin
Asal   : Terengganu
Pasukan Lama/Sekarang   : Terengganu FA

Nama   : Joseph Kalang Tie
Asal   :  Sarawak
Pasukan Lama/Sekarang   : Terengganu FA

 Nama   : Ahmad Syamim Yahya
Asal   :  Pahang
Pasukan Lama/Sekarang   : Felda United FC

Nama   : Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
Asal   : Kelantan
Pasukan Lama/Sekarang   : Kelantan


Sebenarnya ramai lagi yang dikaitkan dengan pasukan pawer ini, namun nama-nama inilah yang dilihat akan diikat oleh Pahang FC untuk musim 2017.

Masih ada sinar untuk Pahang FC...

Thursday 3 November 2016

Antara Razip Ismail, Ex-CEO, Jersi dan DNA

Meskipun beliau berjaya melaksanakan misi singkat pengurusan Pahang FC untuk mengekalkan pasukan Tok Gajah dalam Liga Super musim depan, namun dengan 6 kekalahan (semasa kendalian beliau) dan menyebabkan pasukan hampir terjerumus ke dasar liga serta di tambah lagi dengan suara penyokong yang mahukan beliau berehat dari bangku coach, nasib Razip Ismail kini bagai telor di hujung tanduk.

Razip Ismail
Jika kita imbas rekod terkini semasa beliau mengambil alih pasukan berkuatkuasa 17 Mac sehingga kini, pasukan Pahang hanya berjaya memenangi 5 perlawanan dan 1 kemenangan percuma, 5 keputusan seri serta 6 kekalahan dalam liga super. Pahang terlepas aksi Piala Malaysia 2016 kerana kecundang ketika dalam kumpulan lagi. Suara penyokong yang mahu beliau dihentikan ada asasnya.


Hadirnya beliau bagi mengantikan Coach Ahmad Shaharudin Rosdi yang meletak jawatan pada 8 Mac, 2016 sebenarnya tidak disenangi oleh penyokong. Kerana rekod beliau sebagai coach sebelum ini tidaklah membanggakan walaupun berjaya menjulang Piala Bangabandhu pada tahun 2015. Ramai masih ingat tentang kegagalan beliau membawa Kuala Lumpur FA keluar dari zaman kegelapan mereka serta sekadar di tangga ke-8 Liga Perdana musim 2012.

* * * * * * * * * *

Liga Malaysia telah pun menutup tirainya, untuk itu mari kita soroti perjalanan Pahang FC Musim ini.

Sebelum memasuki tahun 2016, PBNP dengan secara rasminya menswastakan pasukan Pahang FA kepada Pahang FC. CEO Fahrizal Hasan dilantik untuk menguruskan PFC secara korporat. Namun, masuk sahaja tahun baru iaitu sesaat selepas logo Pahang FC diperkenalkan, PFC dicemuh. Pasal mende pulok...?

Logo Baru Pahang FC

Pada tanggal 1 Januari, 2016, tepat jam 12 malam logo baru Pahang FC diperkenalkan. Sebenarnya ramai yang tidak menyukai logo yang diperkenalkan oleh bekas CEO PFC ini yang seakan-akan menyerupai logo Liverpool FC, sebuah kelab yang beridentitikan ayam dan diayamkan di Liga Perdana Inggeris. Ramai yang membantah, malah ramai juga yang menyukainya. Yang membantah itu semuanya tergolong dalam kalangan pencinta bolosepok Pahang.



13 Februari, jersi PFC di pertontonkan kepada umum. Berbeza dengan tahun 2015, acara pengenalan jersi ini hanya diadakan di perkarangan tapak parking berhadapan Pintu Utama Stadium Darul Makmur. Penyokong yang membantah pasal logo tadi sekali lagi mempertikaikan tentang acara yang secara ala kadar ini. Dan dari situlah, penyokong yang mencintai bolosepok Pahang seakan sudah tahu akan kegawatan kewangan yang dihadapi oleh PFC. Ahhh... Penyokong setia mana tahu semua ni.

Jersi PFC Home dan Away
Memperoleh 3 kekalahan dan sekali seri serta ditambah pula kegagalan PFC di pusingan ke-3 Piala FA telah memaksa Fahrizal Hasan, CEO PFC meletakkan jawatan selepas kekalahan yang memalukan kepada Sime Darby di tempat sendiri. Beliau yang sebelum ini telah memperkenalkan dnaPFC, telah dikecam kerana menyenaraikan ramai pemain muda dan import yang tidak segah mana.

Fahrizal Hasan (Ex-CEO PFC)
Penyokong mana yang tak mengamuk jika dilepaskan hampir kesemua pemain utama ke pasukan lain semata-mata mahu menyerapkan DNA gampang beliau kedalam hati dan sanubari pemain muda. Dibawah pengurusan beliau jugalah Pahang FC menghadapai satu lagi masalah yang sama dengan kes Borji. Namun kali ini dengan kelab Frenz United yang melibat pemain muda R. Dinesh dan Kogileswaran. Tapi tahniah juga diucapkan kepada Ex-CEO kerana beliau masih follow up sehingga berjaya menyerapkan pemain muda ini ke skuad utama PFC.

Kogi dan R. Dinesh
Tak cukup dengan itu, 7 Mac, 2016, Coach Shah dan pembantu beliau Azarudin Aziz telah menghantar surat perletakkan jawatan. Walaupun berpengalaman sebagai penolong jurulatih kepada Zainal Abidin Hassan, bekas Cip Pahang FA..., pengalaman beliau masih belum boleh untuk melatih PFC.


Tak lama selepas perlantikan Razip Ismail, coach Ahmad Shaharudin  kembali dipanggil untuk membantu Razip melatih Pahang FC.


Sumber:

Berita Harian - Ceo Letak Jawatan
Sinar Harian - Fahrizal Letak Jawatan
Utusan - Ahmad Shah Letak Jawatan
Berita Harian - Razip Ismail Jurulatih Pahang
Berita Harian - Kogi, Dinesh Milik Pahang
Berita Harian - Pahang Tidak Boleh Daftar Dinesh dan Kogi
Utusan - Ahmad Shah Kembali Ke PFC