Monday, 23 May 2016

PAHANG FC: Mengapa Diaz Tidak Berlakon Pada Malam Sabtu Lalu?.

Bola itu bulat. Ya, bola itu bulat. Kita takkan tahu mana bola itu akan pergi jika kita sepaknya walaupon kita telah target ke satu-satu tempat, di sudut atas beloh kiri misalnya. Namun, jika profesion kita setiap hari berkerabat dengan bolo. Pastinya setiap pergerakkan bolo itu dapat dikawal. Kalau tak tepat mengenai sasaran, dapat sipi-sipi pon jadilah. Itulah yang dinamakan kemajuan.

Apa yang terjadi malaa Sabtu yang lalu amat memeranjatkan walaupon kita telah tahu bahawa pasokan yang dulunya dipanggil ‘King of Comeback’ akan kaloh. 6 berbalas kosong. Ya, ENAM KOSONG…!!! Amat mengejutkan. JIka di Larkin kita mampu menghalang asakan dan hanya memberi bonus kepada JDT dengan 3 bijik gol. Tapi dihalaman sendiri kita seolah-olah kena pukau.



Sebenarnya jika dilihat dari sudut permainan JDT, mereka bukanlah handal sangat. Dan pasokan Pahang mampu member tekanan jika Coach Razip pandai dalam menentukan tektikal dan menempatkan pemainnya. JDT ni kekuatannya adalah bermain secara berpasukan dan mereka amat memerlukan satu sama lain terutama di bahagian midfield dan jika Pahang mampu menghalang (orang putih kata ‘marking’) sekurang-kurangnya  2 midfielder mereka terutama dibahagian sayap, permainan mereka akan huru-hara.

Tapi Mario si Berbulu ni bukanlah sebarangan orang. Diseparuh masa pertama beliau akan meneliti corak permainan lawan dan jika dalam 20 minit awal beliau lihat pasokannya mampu mengalohkan lawan. Beliau akan mengarahkan anak buahnya bermain secara menyerang dan itulah yang terjadi pada malaa Sabtu lalu. 3 biji di separuhmasa pertama. (Mungkin beliau telah meneliti corak Pahang di Larkin dan perlawanan lalu).

Setelah 3 biji dilepaskan dan tiada apa-apa perubahan dalam 10 minit awal separuh masa kedua. Maka tahulah Si Mario ni bahawa dia boleh menang besar. Maka kita dapat lihat cara mainannya sama di separuh masa pertama. JIka pemain Pahang mampu mengawal midfield JDT di separuh masa pertama. Corak memainkan mental lawan akan ditujunkkan oleh JDT. Dimana malaa itu kita bakal saksikan lakonan Diaz.

Dan kas amat kecewa kerana tiada lakonan Diaz pada malam tersebut. Mengapa???

Dan melalui cakak-cakak orang, Pahang sengaja melepaskan jaringan hanya untuk melihat siapa dia penyokong setia.


Akhir kata, Bolosepok Adalah Sukan Untuk Rakyat.

No comments:

Post a Comment