Wednesday 22 March 2017

Google Doodle : Penghargaan Buat Allahyarham P. Ramlee



Sempena hari kelahiran yang ke-88 Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, Google melancarkan Doodle khas buat lagenda seni tanahair itu.

Walaupun sudah 44 tahun beliau pergi meninggalkan kita, namun karyanya tetap segar malah masih releven untuk di tonton oleh semua lapisan masyarakat kini.

Lagenda yang berasal dari Pulau Pinang ini, merupakan seorang pelakon, penyanyi, pemuzik, penulis lagu/lirik malah, juga seorang pengarah. Dengan pelbagai kebolehan itu, memang layaklah beliau digelar 'Seniman Agung Negara'.

"Itulah yang P. Ramlee katakan, seni kami bukan untuk wang, seni kami untuk masyarakat" - Allahyarham Aziz Sattar.
Sumber: Astro Awani


Tuesday 21 March 2017

Pahang FA Berangkat Ke Hong Kong

Semalam, pasukan terpawer di Benua Asia telah terbang ke sebelah Pantai Selatan China untuk mengajar 2 pasukan dari Hong Kong cara bermain bolosepok.

Pasukan Pahang yang menaiki pesawat MH0078 berlepas pada pukul 7.50 malam waktu Malaysia.

Kitchee SC dan Glorysky FC adalah pasukan yang akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pahang. Dua pasukan ini dianggap pawer di tanahair mereka. Namun mereka lupa bahawa ada yang lebih pawer dari mereka, sapa lagi kalau bukan Pahang FA.



Thursday 16 March 2017

PIALA FA 2017 - Peringkat Suku Akhir

8 pasukan berjaya menempah tiket ke peringkat suku akhir Piala FA tahun ini. Perlawanan timbal balik ini akan bermula pada 1 April untuk peringkat suku akhir pertama manakala 21 & 23 April untuk timbal balik suku akhir kedua.

Pahang akan melayan kunjungan pasukan penanda aras di Kuatan pada 1 April dan akan mengadakan 'latihan' pada 23 April dengan JDT di Stadium Larkin.


Tuesday 14 March 2017

[VIDEO] Piala FA - Pahang FA vs Melaka United

Rakaman video Piala FA pusingan ke-3 diantara Pahang FA vs Melaka United. Untuk rekod, Pahang menang dengan jaringan 2 takde balas.


Monday 13 March 2017

[PIALA FA 2017] Pahang FA vs Melaka United

________________________

Seperti yang diketahui umum, pasukan yang pawer seperti Pahang mudah menewaskan Melaka United dalam aksi Piala FA pusingan ke-3. Namun, atas semangat kesukanan yang tinggi, Pahang hanya menjaringkan gol 2 gol kemenangan berlas kosong. Takkan la nak memalukan sekali lagi pasukan yang baru bertapak di Liga Super pada musim ini.

Untuk rekod, Pahang telah mengalahkan Melaka di laman mereka sendiri pada 25 Februari yang lalu. Dan genap 2 minggu mereka dikalahkan sekali lagi.

Jae Won meraikan sekadar ala kadar gol pertama Pahang menerusi sepakan penalti. Memang patut pun jaringan menerusi penalti tidak diraikan sevaganza atau semeriah-meriah acara kerana gol menerusi sepakan penalti adalah gol yang rendah tarafnya. Lainlah kalau sepakan penalti itu berlaku selepas pertarungan 120 minit.

Pablo Dolloh memasukkan 'The Silent Killer' pada minit ke-30' bagi mengantikan Christie yang cedera.

Faisal Rosli atau nama glemernya Tocang dikeluarkan pada minit 73', dan Dinesh dimasukkan.

Diakhir perlawanan iaitu minit 86', Azam Azih menjaringkan gol yang amat cantik dan mantak hasil dorongan dari Alves, seorang pemancing laut dalam dari Brazil.

Tamat perlawanan, Melaka pulang dengan kekecewaan setelah dilaporkan tidak lagi layak menyertai Piala FA pada tahun ini.

Kesebelasan utama Pahang FA


Pemain Pahang meraikan kehenseman penyokong



Thursday 9 March 2017

[POSTER] Piala FA : Pahang Hensem vs Melaka United

____________________________

Piala FA 2017 | Pusingan Ke-3

Pahang FA vs Melaka United
11 Mac, 2017
Sabtu

Stadium Darul Makmur

"Kalah Di Puja, Kaloh Di Maki"


Monday 6 March 2017

[LIGA SUPER 8] JDT vs Pahang Hensem

_____________________________

Ringkasan serba sedikit perlawanan JDT vs Pahang.

Pahang tiada masalah untuk mengalahkan JDT atau Penanda Aras Bolosepok Malaysia, namun atas dasar kesian dan mahu membiarkan Larkin sebagai kubu kuat JDT, Pahang sengaja memberi kemenangan kepada JDT dengan keputusan 3-2.

Kesebelasan Utama dan Simpanan

Pahang FA
________

Pablo Dolloh telah mrlskuksn 3 pertukaran pemain.

  1. JKT - Out, Christie - In. MInit 60'
  2. Azam - Out, Kiko - In. Minit 69'
  3. Ashaari - Out, Dike - In. Minit 81'


Keputusan perlawanan dan senarai penjaring.



Thursday 2 March 2017

[POSTER] Liga Super 8 : JDT vs Pahang Hensem

_____________________

LIGA SUPER KE-8

JDT vs Pahang Hensem
03 Mac, 2017 | Jumaat

Stadium Larkin


Wednesday 1 March 2017

[VIDEO] - Liga Super 6 : Melaka United vs Pahang Hensem

Tamat masa penuh, Pahang berjaya membenam kehebatan aura 5 Laksamana Melaka Bersaudara.

Keputusan, Melaka United 1-3 Pahang.





LIGA SUPER 7] Pahang Hensem vs PKNS FC

______________________________

Sang Semut Merah terpaksa menahan aib apabila dibelasah oleh Tok Gajah. Ahh, cerita banyak pun tak guna, mari saksikan senarai peamin utama dan simpanan pada malam semalam.


Tiga gol terhasil dari 3 pemain yang berbeza.

Minit 12' - Afif
Minit 58' - Alves
Minit 69' - Ashaari

Pahang menggunakan kuota pemain masuk-keluar sampai habis untuk menunjukkan pemain simpanan pun mampu bermain bolo.

Minit 73' - Dike masuk, Ashaari Keluar
Minit 78' - Muslim masuk, Jae Won keluar
Minit 78' - Kiko masuk, JKT keluar