Tuesday, 7 February 2017

Jersi JAKO Bakal Menemui Penyokong Hensem

________________________________________________________________

Berita baik untuk mereka yang menanti kehadiran jersi Pahang FA. Dikhabarkan bahawa JAKO akan membuka butiknya di Estadio Darul Makmur. Ini diakui sendiri oleh Media Pahang FA menerusi #Sesi30Minit pada 3 Februari lalu di laman Twitter rasmi Pahang FA.

Pertanyaan dari peminat berkenaan jersi

Butik JAKO di Stadium Darul Makmur


Walaubagaimanapun, jersi akan mula dijual sebelum perlawanan menentang Penang pada 18 Februari nanti.




Umum telah mengetahui bahawa kelewatan jersi untuk sampai ke bumi Hensem ini disebabkan penghantaran jersi tersebut telah terkandas di Abu Dhabi. Mungkin disebabkan ianya membawa logo yang mempunyai aura pawer, makanya pihak kastam sana mahu mengesahkan yang ianya bukanlah bahan terlarang.


Namun apabila ditanya mengenai harga, pihak media Pahang FA masih tidak dapat pastikan lagi harga rasminya. Mungkin pihak pengurusan masih mahu berahsia akan hal itu. Tapi takpe la, asalkan kas dapat menyarung jersi baharu pada musim ini.

Jika terdapat 2 versi jersi, iaitu jersi versi pemain dan replika untuk penyokong, pastinya harga replika adalah jenih mampu milik, mungkin kurang dari RM100. Manakala jersi versi pemain mungkin berharga RM150 keatas. Itu anggapan kas sahaja.

____________________________________________________________

Namun begitu tiada lagi jersi ketiga dikeluarkan untuk pasukan Pahang, mungkin musim depan jika Pahang dan JAKO masih berkerjasama akan ada jersi ketiga.


________________________________________________________________________




No comments:

Post a Comment