________________________
Pahang, King Of Comeback.
Memang benarlah kata pepatah pujangga dari Itali yang berbunyi,
"Jika kalian merasa akan menerima kekalahan, kalian julanglah nama Pahang sebanyak tiga kali sebutan yang jelas dan padat, maka hasilnya, kemenangan yang sukar di terima pihak lawan."
- Plato Bossubsidion.
Jika dilihat dari jenis tektikal yang di praktikkan oleh Cip Pablo Dolloh, ternyata beliau masih terbelenggu dengan tektik kunonya. Tiada pembaharuan langsung. Bukanlah mahu melupakan kejayaan beliau yang terdahulu ketika beliau membimbing Pahang, tapi biarlah ianya realistik. Sekarang zaman bolosepok moden.
Zaman berubah, maka tektik pun perlulah berubah. Apa guna ada Youtube jika tak digunakan untuk kebaikan bolosepok Pahang. Kas cakap Youtube sebab itu sahajalah corak latihan yang boleh dilihat tanpa perlu berganjak dari kerusi dan tak perlukan tiket untuk pergi ke tempat latihan kelab-kelab luar.
Bercakap pasal latihan maka tiadalah hasilnya jika masih menggunakan alat yang kuno. PBNPahang belilah peralatan yang terkini. Yang mampu menaikkan skill pemain, takkan nak berada ditakuk lama.
Ahhh kas sebenarnya penyokong lalang yang akan bersorak ketika menang dan akan gi mengail jika pasukan kaloh. Hidup mesti diteruskan.
Oleh itu deme tengoklah senarai pemain utama dan simpanan pada malam semalam. Gambor yang ada dalam ni kas ambik dari page
Pahang FA.
Senarai kesebelasan utama dan simpanan
Pahang FA
JDT 2 atau nama timbangan Kelab Penanda Aras 2
Sepanjang 120 minit perlawanan, Cip kita melakukan 1 pertukaran.
Azam Azih - keluar, Salomon - masuk
Kechik menerima kad kuning pertamanya dalam saingan Piala FA 2017.
Kechik atau Wan Zaharulnizam
Keputusan penuh pada malam semalam. Bye-bye JDT 2.