Tuesday, 24 May 2016

PIALA MALAYSIA 2016: Pahang Naib Johan Kumpulan B...?


Piala Malaysia tanpa kelibat Pahang ibarat Piala Dunia tanpa Coupe du Monde. Begitulah diumpamakan oleh pakar-pakar bolosepok zaman dahulu kala terhadap pasukan yang paling pawer di Tanah Malaya.  Dan ketika zaman dahulu semua pasokan amat gentar dan takut bila berhadapan dengan Pahang FA (nama lama Pahang FC sebelum diswastakan).

Ketakutan dan kegentaran mereka masih lagi wujud di zaman ini sehinggakan mereka akan meroyan  kegembiraan bagai memenangi cabutan nombor 4D jika mampu menewaskan Pahang. Padahal itu tektik Pahang je untuk melihat pasokan lain berasa bahagia.

Monday, 23 May 2016

PAHANG FC: Mengapa Diaz Tidak Berlakon Pada Malam Sabtu Lalu?.

Bola itu bulat. Ya, bola itu bulat. Kita takkan tahu mana bola itu akan pergi jika kita sepaknya walaupon kita telah target ke satu-satu tempat, di sudut atas beloh kiri misalnya. Namun, jika profesion kita setiap hari berkerabat dengan bolo. Pastinya setiap pergerakkan bolo itu dapat dikawal. Kalau tak tepat mengenai sasaran, dapat sipi-sipi pon jadilah. Itulah yang dinamakan kemajuan.

Apa yang terjadi malaa Sabtu yang lalu amat memeranjatkan walaupon kita telah tahu bahawa pasokan yang dulunya dipanggil ‘King of Comeback’ akan kaloh. 6 berbalas kosong. Ya, ENAM KOSONG…!!! Amat mengejutkan. JIka di Larkin kita mampu menghalang asakan dan hanya memberi bonus kepada JDT dengan 3 bijik gol. Tapi dihalaman sendiri kita seolah-olah kena pukau.



Sebenarnya jika dilihat dari sudut permainan JDT, mereka bukanlah handal sangat. Dan pasokan Pahang mampu member tekanan jika Coach Razip pandai dalam menentukan tektikal dan menempatkan pemainnya. JDT ni kekuatannya adalah bermain secara berpasukan dan mereka amat memerlukan satu sama lain terutama di bahagian midfield dan jika Pahang mampu menghalang (orang putih kata ‘marking’) sekurang-kurangnya  2 midfielder mereka terutama dibahagian sayap, permainan mereka akan huru-hara.

Tapi Mario si Berbulu ni bukanlah sebarangan orang. Diseparuh masa pertama beliau akan meneliti corak permainan lawan dan jika dalam 20 minit awal beliau lihat pasokannya mampu mengalohkan lawan. Beliau akan mengarahkan anak buahnya bermain secara menyerang dan itulah yang terjadi pada malaa Sabtu lalu. 3 biji di separuhmasa pertama. (Mungkin beliau telah meneliti corak Pahang di Larkin dan perlawanan lalu).

Setelah 3 biji dilepaskan dan tiada apa-apa perubahan dalam 10 minit awal separuh masa kedua. Maka tahulah Si Mario ni bahawa dia boleh menang besar. Maka kita dapat lihat cara mainannya sama di separuh masa pertama. JIka pemain Pahang mampu mengawal midfield JDT di separuh masa pertama. Corak memainkan mental lawan akan ditujunkkan oleh JDT. Dimana malaa itu kita bakal saksikan lakonan Diaz.

Dan kas amat kecewa kerana tiada lakonan Diaz pada malam tersebut. Mengapa???

Dan melalui cakak-cakak orang, Pahang sengaja melepaskan jaringan hanya untuk melihat siapa dia penyokong setia.


Akhir kata, Bolosepok Adalah Sukan Untuk Rakyat.

LIGA SUPER 2016: Carta Liga Super - Perlawanan ke-12

Kedudukan pasokan Pahang masih ditakuk lama dan tidak beruboh selepas 12 perlawanan.



Friday, 20 May 2016

PAHANG FC: Sang Gajah Masih Tidur.

Pusingan pertama Liga Super telah pon berakhir, namun skuad yang selesa dipanggil Tok Gajah masih lagi melayan mimpi indah dizaman tori. Sudahlah, apalagi hendak dikenangan kejayaan dulu. Pandanglah kedepan. Hidup kalaa sesekali toleh kebelakang untuk memperbaiki diri takde mende, ni kalaa nok bangga diri baik gi mampos la.

Namun, walaupon Pahang FC dilihat tidak mampu untuk mengganas pada musim ini. Para penyokong tetap setia dan tetap angkuh menyokong skuad yang di barisi pemain muda ini. Buktinya, setiap kali ada live di tv, para isteri akan dilupakan buat seketika sehingga minit-minit terakhir perlawanan. Anak-anak akan dibiorkan menanggis meminta susu. Dan mata takkan berkelip melihat aksi Nazril menepis bolo.

Thursday, 19 May 2016

PIALA MALAYSIA 2016: 16 Pasukan Merebut Piala Tertua Di Malaysia.



Setelah berakhirnya perlawanan Liga Super malam tadi, kini telah lengkaplah 16 pasukan yang akan menentang sesama sendiri untuk menjulang piala yang dianggap tertua dan paling berprestij di rantau Asia ini.

Ini bermakna, setakat ada Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala AFC mahupon menjulang Piala Liga Super tidak bermakna pasukan deme kuat, mantak, serta gagah. Rasakan nikmat menjulang Piala Malaysia dulu sebelom mengatakan pasokan deme terbaik.

16 pasukan yang layak bertanding:

Wednesday, 18 May 2016

KISAH LIGA SUPER: Pahang Hilang Ke???

Kerja pandir.

Dimanakah hilangnya semangat kesukanan mereka...? Walaupon sebelom ini mereka menyatakan merekalah paling bertamadunan, tapi kejadian yang berlaku pada sebiji bas milik pasokan paling pawer di Tanah Melayu ini amat mendukacitakan.

Mungkinkah dengan mem'vandalisme' di body bas mampu mengerunkan pasokan Pahang...? Tidak... Pasokan Pahang tidak pernah gerun malah tidak akan gentar untuk menentang pasokan mereka. Pakailah seberapa banyak pemain negara untuk menentang Pahang, Pahang dengan rileks akan mengalahkan mereka.

Monday, 16 May 2016

LIGA SUPER 2016 #11: JDT vs PAHANG FC

Perlawanan liga super yang kesebelas yang membabitkan sebuah pasukan dari selatan iaitu JDT menentang sebuah pasokan yang paling pawer di dalam arena bolosepok Malaya, Pahang FC.


"Pahang akan mengajor cara bermain bolosepok yang sebenar dekat JDT."
                          - Pak Teh Tukang Urut, Masjid Lama Jerantut.

KAKI PUNGKOR: 'Kini Meluaskan Kuasanya Memuji Dan Memaki PFC Di Blog'

Khabarkan berita gembira ini keseluruh pelusok negeri yang melahirkan ramai jejaka yang hensem dan gadis-gadis yang lawo. Ya, negeri Pahang la. Negeri yang teramat pawer dalaa arena bolosepok sehingga berjaya mencipta falsafah dan ketamadunan bolosepok yang tinggi.