Tahniah kepada PBNP kerana mengangkat kembali maruah bolosepok Pahang dengan menguna semula logo lama yang pepalih hensemnya.
Nama pasukan Pahang juga kembali menjadi Pahang FA. Ini bermakna tiada lagi DNAkoneck yang diasaskan oleh ex-ceo PFC.
Pasti ramai diluar sana mengutuk kerana Pahang FC (Pfc) kembali menjadi Pahang FA. Dan ada juga yang beranggapan penyokong Pahang ni jenih "Glory Hunters" kerana tidak sabar-sabar menunggu hasil dari Pfc yang dilihat tidak bermaya musim lalu.
Ahhh... Biarkan kata-kata mereka. Ini pasukan kesayangan kita. Buat apa hendak dengar cakap orang.
* * * * * * * * * * * * * * *
Penyokong Pahang bukanlah jenih penyokong yang tak mahukan perubahan. Biarlah perubahan itu secara beransur-ansur dan berperingkat. Bukannya secara mengejut sehinggakan hampir kesemua pemain utama di lepaskan dan mengguna pemain muda yang masih belum serasi untuk bermain di level senior. Dan banyak lagi...
Biorkan benda hok yang lalu tu berlalu pergi meninggalkan kita yang hensem ni.
* * * * * * * * * * * * * * *
Apa yang menjadi persoalannya sekarang ini adalah PENSWASTAAN.
PBNP masih ada niat nak teruskan penswastaan Pahang FA ni atau tidak? Jika ada niat, baik teruskan sahaja niat suci itu. Tapi kalau taknak menswastakan pasukan, FAK PBNP!!!
Atau adakah penswastaan musim lalu hanya lakonan semata-mata. FAK PBNP sekali lagi.
* * * * * * * * * * * * * * *
Penswastaan akan menyebabkan kroni-kroni PBNP tak dapat cari makan.