Tuesday 13 September 2016

LIGA SUPER 2016: Pahang FC Kembali Memberi Harapan Untuk Kekal

Amat tidak elok jika kekalahan pasukan Pahang fc kita maki tetapi tidak memuji ketika Pahang fc menang. Oleh itu marilah kita memuji dengan gaya angkuh kepada pemain-pemain dan menggampangkan dengan sekeras-kerasnya pengurusan PBNP.

Selangor sungguh bertuah kerana dapat belajar cara bermain bolosepok yang sebenar dari Pahang FC. Walaupon Pahang FC mampu untuk menjaringkan lebih banyak gol, namun untuk menghormati rakan-rakan yang juga bekas pemain Pahang FA cukuplah 1 gol untuk memeriahkan suasana pada malam itu


Untuk rekod, hanya tinggal 2 perlawanan liga yang harus Pahang fc tempuhi sebelum membuat keputusan samada mahu kekal di Liga Super atau mahu menjulang kembali Piala Liga Perdana.

Untuk rekod laģi, Pahang berjaya memperoleh 17 mata dan berada ditangga ke-12 dibelakang Pulau Pinang dan Terengganu yang berkongsi 19 mata.

Untuk makluman semua, Pahang fc akan menerima kunjungan Penang pada 24 September sebelum berehat selama sebulan dan selepas itu berkunjung pula ke Terengganu menentang T-Team.

No comments:

Post a Comment