Thursday 29 September 2016

Siapakah Pengganti Razip Ismail...?

Dengan pencapaian yang tak tercapai dek akal, berkemungkinan Coach Razip akan diberi kata putus supaya tidak lagi mengemudi pasukan Pahang FC musim 2017.

Jadi, siapakah yang layak untuk membimbing pasukan yang pawer ini...? Terdapat rumors yang mengaitkan mereka bertiga untuk di beri kontrak bersama pasukan Pahang 2017.


   Zainal Abidin Hassan


Fandi Ahmad


Big Sam













Pahang Pawer,
Pahang Angkuh,
Pahang Hensem.

Tuesday 27 September 2016

LIGA SUPER 2016: Masih Ada Sinar Untuk Kekal


Pahang telah membuat comeback diakhir musim. Namun untuk benar-benar kekal, Pahang wajib menang menentang T-Team pada 24 Oktober nanti.

Menengok ke carta Liga Super, ada 5 pasokan yang akan berebut 2 slot ke Liga Perdana musim depan. Adakah Sarawak? PDRM? Pulau Pinang? Terengganu? atau Pahang FC?. Sama-sama kita nantikan keputusan perlawanan terakhir Liga Super pada bulan depan.


Saturday 24 September 2016

LIGA SUPER 2016: Mahu Kekal Atau Mahu Menjulang Piala Liga Perdana?

5 jam sebelum perlawanan bermula. Perlawanan yang bakal menentukan samada Pahang FC kekal di Liga Super atau mahu mencuba nasib di Liga Perdana musim depan.

Ramai diantara penyokong sudah mula berharap agar Pahang bermain di Liga Perdana. Malah sudah ada yang menyatakan bahawa Stadium Mini Temerloh mesti dijadikan sebagai stadium tuan rumah. Dan deme ni mahu Pahang bangkit di Liga Perdana dan menggunakan pemain muda yang Liga Daerah lahirkan.

Nampaknya penyokong lebih pandai merangka perancangan pasukan Pahang dari orang yang dilantik.

Tuesday 13 September 2016

LIGA SUPER 2016: Pahang FC Kembali Memberi Harapan Untuk Kekal

Amat tidak elok jika kekalahan pasukan Pahang fc kita maki tetapi tidak memuji ketika Pahang fc menang. Oleh itu marilah kita memuji dengan gaya angkuh kepada pemain-pemain dan menggampangkan dengan sekeras-kerasnya pengurusan PBNP.

Selangor sungguh bertuah kerana dapat belajar cara bermain bolosepok yang sebenar dari Pahang FC. Walaupon Pahang FC mampu untuk menjaringkan lebih banyak gol, namun untuk menghormati rakan-rakan yang juga bekas pemain Pahang FA cukuplah 1 gol untuk memeriahkan suasana pada malam itu


Untuk rekod, hanya tinggal 2 perlawanan liga yang harus Pahang fc tempuhi sebelum membuat keputusan samada mahu kekal di Liga Super atau mahu menjulang kembali Piala Liga Perdana.

Untuk rekod laģi, Pahang berjaya memperoleh 17 mata dan berada ditangga ke-12 dibelakang Pulau Pinang dan Terengganu yang berkongsi 19 mata.

Untuk makluman semua, Pahang fc akan menerima kunjungan Penang pada 24 September sebelum berehat selama sebulan dan selepas itu berkunjung pula ke Terengganu menentang T-Team.

Monday 5 September 2016

LIGA SUPER 2016: Selangor vs Pahang fc

Masih berbaki 3 perlawanan penting untuk pasukan Pahang fc meneruskan kelangsungan hidup di Liga Super pada musim depan.

Pertemuan menentang Selangor pada Sabtu ini amat penting buat Pahang kerana jika Selangor berjaya mengutip 1 mata atau 3 mata penuh, pasukan yang menjadi kegilaan ramai ini patut melupakan hasrat untuk angkuh di Liga Super pada tahun depan.

Mereka bakal di melangkah ke Liga Perdana dengan penuh bergaya pada musim depan itupon jika ayahanda mereka, iaitu FAM tidak memformat Liga Super dengan meletakkan 16 pasukan layak bertanding di liga utama negara Malaysia.

Anak emas, biasa la. Takkan itupon deme nok dengki.

Selangor vs Pahang fc
10 Sept, 2016
9 malam
Stadium Shah Alam